Kelebihan Amalan Zikir Fatimah


Aduhai....penatnya badan hari ni! Balik kerja nak kena masak lagi untuk anak-anak....
.
.
Kak Nad yakin bukan Kak Nad aje yang selalu rasa camni tapi hampir semua wanita yang dah berkahwin dan ada anak-anak sure pernah rasa camni. Nilah antara lumrah yang dilalui oleh semua wanita. Bukan jer sibuk kerja kat pejabat, balik rumah pulak kena masak, basuh baju, kemas rumah lagi tu. Kadang-kadang tu mengeluhlah jugak bila badan dah penat sangat kan? Apakata kita cuba amalkan Zikir Fatimah yang dikaitkan dengan kisah Rasulullah SAW dan anaknya Saidatina Fatimah yang dapat mengurangkan keletihan badan.
.
.
KISAH RASULULLAH DAN ANAK PEREMPUANNYA SAIDATINA FATIMAH
.
.
Bagi mengatasi kepenatan semasa melakukan tugas-tugas seharian samada kat rumah ataupun pejabat, bolehlah jadikan amalan yang diajar Rasulullah SAW kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
.
.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abi Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata:-
.
.
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantumu."
.
.
Saidatina Fatimahpun pergilah bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya kat rumah. Tapi Rasulullah SAW tak mampu untuk penuhi permintaannya tu. Lalu baginda pun pergi menemui puterinya dan manantunya itu. Baginda berkata :-
.
.
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
.
.
Inilah penawar ringkas yang Rasulullah SAW ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah SAW ni. Katanya," Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku"
.
.
Alangkah baiknya zikir ni kita amalkan, tak kiralah kepada para ibu, suami, isteri atau sesiapapun yang merasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian. Amalkan membaca setiap malam sebelum tidur :-
.
.
Subhanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakhbar 33 kali
.
.
Buat dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan). InsyaAllah mampu untuk menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.
.
.
Sabda Rasulullah "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayatpun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar"
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer...
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts