5 Rahsia Face Mist Yang Perlu Anda Ketahui


Assalamualaikum semua. Ramai yg tanya Kak Nad face mist ni apa yek? Macam toner ke? Penyegar wajah ke? Kat luar tu ada memacam jenis face mist - rose water lah, green tea lah. Meh sini Kak Nad citer ya…
.
.
Face mist ni sejenis air yang boleh segarkan kulit muka yg stress akibat sinaran uv yang buat kulit muka kering, kusam, atau tak bermaya. Face mist jugak penting sebab ia segarkan dan tenangkan kulit muka, beri nutrisi dengan cara melembapkan, jadikan muka tu glowing dan berseri! Face mist jugak boleh digunakan ketika muka rasa penat dan mengantuk. Haaa….best tak? Bestkan?
.
.
Face mist boleh dijadikan toner tapi hasilnya lebih berkesan berbanding toner. Really? Yes, sebab face mist dapat seimbangkan pH kulit especially lepas cuci muka. So barulah kulit tu jadi sihat!
.
.
So apa RAHSIA face mist ni?
.
.
1. Tenangkan kulit lepas facial dan rawatan wajah.
.
.
Face mist yg ada contents spt. aloe vera, witch hazel, vitamin E dan menthol boleh tenangkan kulit. Banyak klinik dan dermatologist yang gunakan face mist kat patients lepas buat facial treatment sebab ia boleh kurangkan merah2, pedih dan gatal lepas facial treatment tu.
.
.
In fact kalau nak guna face mist ni bila-bila masapun boleh. Kalau kulit muka rasa rengsa sbb cuaca panas atau kulit terasa kering sebab aircond kat office ke, just spray aje face mist ni. Confirm memang soothing!
.
.
2. Zat drpd krim/moisturizer lebih mudah diserap lps pakai face mist
.
.
Lepas cuci muka tu sembur jer dgn facemist. Kulit akan jadi lembap dan lebih senang nak apply moisturizer sebab lebih cepat meresap ke dalam kulit dan lebih rata sapuannya. Kulit muka pun jadi lebih senang nak serap zat2 daripada krim/moisturizer tu tau!
.
.


3. Kurangkan ketebalan makeup.
.
.
Pernah tak one day rasa macam terover makeup? Kononnya nak makeup untuk special occasion, tapi last-last tengok foundation kat muka tu tebal ya amat mcm pakai topeng! Excited sgt kot nak mekap? Hahaha… Don’t worry. Sembur je face mist kat muka tu and adjust tlah balik mekap supaya jadi lebih natural.
.
.
4. Sebagai penyegar makeup
.
.
Masa kat office, lepas lunch break, selalunya muka kita rasa letih. Nak apply makeup lagi ke? Tak payah! Just spray aje facemist ni cukup!
.
.
5. Kekalkan kelembapan kulit
.
.
Jangan lupa bawak ke mana aje sebotol face mist! Paling penting, jangan lupa bawa face mist masa flight sebab face mist ni ibarat air minuman bagi muka kita. Bila kita dahaga kita minum air kan? Camtu jugaklah dgn kulit muka kita kat dalam kapal terbang yang senang kering dan kusam akibat udara kering. So spray aje a few time kat muka tu, gerenti kulit muka akan lebih lembap, segar dan glowing!
.
.
Jgn lupa LIKE & SHARE dgn kengkawan yer!
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.

.
.
Senyum Sket
- Kak Nad -

Comments

Popular Posts