Apa Itu Pomade?
Assalamualaikum Semua….Kak Nad sure sumer pernah dengar perkataan pomade walaupun tak pernah pakai. Betul tak? Lagilah sekarang ni pomade memang tengah meletop2 kat pasaran. Tapi apa sebenarnya pomade ni?
.
.
Pomade ni sejenis hair styling product yang boleh buatkan rambut tu nampak lebih licin, kemas, rapi dan shiny jer. Bahan-bahan yang digunakan ada kandungan lilin, zat minyak atau water-based.
.
.
Pomade ni kiranya salah satu alternative hair styling product lah selain gel, wax, hairspray atau mousse. Yang bestnya pakai pomade ni kita boleh restyle gaya rambut kita dengan mudah dan gaya rambut tu lebih tahan lama berbanding bila guna hairstyle product lain.
.
.
Ada berapa banyak jenis pomade kat luar tu?
.
.
Memang banyak jenis! Hahaha… Banyak sangat pilihan dari segi tahap kekuatan dan effect kilat sampailah dari segi bau dan warna. TAPI basically pomade ni ada 2 jenis – OIL-BASED dan WATER-BASED. Apa bezanya? Bezanya dari segi kandungan asas yang digunakan aje. Kak Nad akan kongsi pasal ni pada post yang akan datang yer!
.
.
Camna dgn Ketahanan & Kekilatan Rambut Lepas Guna Pomade?
.
.
Bergantung pada si pemakai tu sebab pomade yang dihasiilkan ni ada yang low hold sampailah strong hold! Ada jugak pomade yang buatkan rambut kita keras mcm kita gunakan gel atau spray rambut tapi takdelah sampai nampak crunchy. Mcm Kak Nad cakap tadi, pomade bolehkan uolls restyle rambut dgn mudah. Ada jugak pomade yang kurang daya tahannya, mostly pomade yang water-based lah. Sangat sesuai kalau uolls suka gaya rambut yang tak terlalu keras.
.
.
Dari segi kekilatan, rambut uolls akan lebih berkilat bila pakai pomade ni. Kilat yang cantik tau! Kalau nak kurang berkilat, guna yang jenis water-based. Kalau nak rambut tu berkilat yang maksimum or extreme, guna pomade jenis oil-based. Uolls kena cuba try test dulu pomade jenis mana yang sesuai ikut kesesuaian hairstyle yang uolls nakkan tu. Sebab jenis rambut kan lain-lain dan tahap kebasahan rambut jugak akan pengaruhi tahap kilat rambut uolls tu!
.
.
Pomade ni sesuai guna time rambut Kering ke, Lembab ke Basah yek?
.
.
Actually depends on jenis pomade tu jugak sebab lain pomade mungkin lain cara nak guna. So kena rujuk kat pengeluar pomade tu. Sure ada instruction jugak kan kat pomade tu. But basically pomade sesuai digunakan time rambut lembab, kering dan ketika rambut dah nak kering. Nak pakai time rambut basah pun boleh tapi daya tahan pomade tu akan terjejaslah walaupun nak apply pomade kat rambut basah ni lebih senang sebenarnya. Kalau rambut uolls jenis kerinting/berombak/beralun, lebih sesuai guna pomade masa rambut sedikit lembab untuk hasil yang lebih baik.
.
.
Senang ke nak cuci pomade ni?
.
.
Hmmm…..Ya dan Tidak. Hahaha…. sebab depends on jenis pomade yang uolls guna. Formulasi dan bahan2 asas pomade tu yang jadi penentu senang ke tak nak cuci. Water-based pomade usually easier to wash compared to oil-based pomade. Pomade oil-based ni lebih susah nak dicuci walaupun guna shampoo. Habis tu camna? Tipsnya, cuci rambut dulu dgn air biasa, then cuci dgn shampoo and last sekali bilas dengan air panas. Bukan air panas menggelegak taw! Agak2lah panasnya tu yer. Hahaha…
.
.
Hopefully post Kak Nad kali ni sedikit sebanyak dapat bagi info kat uolls semua pasal pomade. Jangan tau beli dan pakai aje. To those yang nak produce pomade jenama sendiri, boleh roger Kak Nad yer. Pomade untuk lelaki, pompuan, kids pun boleh!
.
.
Those yang tgh buat bisnes pomade homemade tapi nak upgrade buat dgn kilangpun boleh roger Kak Nad! Bukan setakat buat ikut formula uolls, boleh apply KKM sekali taw! Yang penting takde bahan terlarang!
.
.
Jgn lupa LIKE & SHARE dgn kengkawan yer!
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum Sket
-Kak Nad-
Comments
Post a Comment