Apa itu Triple Cleansing?


Assalamualaikum semua… pernah tak dengar pasal triple cleansing? Kak Nad sure ramai yang dah taw kan? Pada yang tak taw, hari ni Kak Nad nak share apa tu triple cleansing. Tapi sebelum tu Kak Nad nak terangkan dulu apa tu double cleansing method.
.
.
Double cleansing ni bukannya baru tapi dah wujud berabad lamanya terutamanya kat Jepun di mana geisha gunakan teknik double cleansing ni untuk bersihkan muka diorang drpd mekap tebal yang diorang pakai hari-hari tu! First cuci dgn oil-based cleanser untuk hilangkan mekap. Then barulah cuci dengan normal facial cleanser untuk bersihkan leftover drpd first step tadi. Sebab tu namanya Double Cleansing!
.
.
Tapi kenapa sampai dua kali kena cuci muka tu? Haaa…meh Kak Nad habaq naaa…. Sebab kat muka kita ni ada dua jenis kotoran. Pertama, kotoran yang berasaskan minyak mcm sebum, makeup, sunscreen yg kita pakai dan sebagainya. Yang kedua, kotoran yang berasaskan air mcm peluh, kotoran dan debu.
.
.
Kalau setakat pakai normal cleanser aje, dia cuma cuci muka dari debu dan peluh je. Habistu minyak semua tu camner kan? Kalau tak bersihkan minyak ni semua, nanti mula lah pores kita tersumbat. Bila tersumbat, jadilah macam macam dekat muka! Sebab tu oil-based cleanser ni penting untuk buang segala kotoran kat muka dan make sure pores tak tersumbat.
.
.
Camner nak buat double cleansing ni? Senang jer… Mula-mula cuci muka pakai oil-based cleanser kat atas muka yang kering. Then bilas. Lepas tu cuci muka pakai cleanser yang normally kita pakai. Then bilas lagi. Done! Senang jer kan?
.
.

Tapi kalau tak pakai mekap kena jugak ke double cleansing ni? Yes, kena! Kalau nak pores kat muka tu sentiasa bersih.
.
.
Kalau oily skin boleh ke guna oil cleanser? Tak makin berminyak ke muka? Jawapannya tak! Oil cleanser ni tujuannya nak bersihkan muka dari segala minyak. So oily skin pun sesuai nak guna oil cleanser.
.
.
Sehari berapa kali nak kena buat double cleansing ni? Sekali sehari jer dah cukup. Better buat at the end of the day, masa night routine.
.
.
Mana nak beli oil cleanser ni? Hahaha….drugstore kan ada! Serbu jer Watsons or Guardian tu! 
.
.
Camna nak taw oil cleanser tu sesuai dengan kulit kita ke tak? Usually oil cleanser memang sesuai dengan semua jenis kulit sebab ia tak keringkan kulit kita. Tapi better tengok ingredients tu betul-betul. Check kot2 ada ingredients yang tak sesuai dengan kulit korang. Avoid yang tu. Semua jenis kulit tak sama so apa yang sesuai untuk orang lain tak semestinya sesuai untuk kulit kita okay?!
.
.
TAPI tadi kata Triple Cleansing kan? Ni baru Double Cleansing. Mana lagi satu step tu? Hahaha Kak Nad tak lupa ok! Yang jadikannya Triple Cleansing ialah bila kita tambah satu lagi step SEBELUM buat double cleansing tadi. So apa step pertama tu? Step pertama tu ialah bersihkan dulu mekap/kotoran kat muka muka dengan cleansing tissue! Tu aje! Lepas tu sambung dgn double cleansing. Tak susahpun kan? Mana datangnya Triple Cleansing Method ni? Mana lagi kalau bukan Korea!
.
.

So camna? Agak2 larat tak buat triple cleansing method ni? Kalau nak kulit muka bersih, sihat, glowing bagai kenalah kerah kudrat jugak buat kan? Hahaha…. Satu jer pesan Kak Nad, bila kulit muka kita sihat, nak pakai mekap apapun senang! 
.
.
Jgn lupa LIKE & SHARE dgn kengkawan yer!
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum Sket
-Kak Nad-

Comments

  1. Hai saya nak tanya, kalau buat double cleansing 2 kali sehari bole ke? Sekali sebelum solat zohor and lagi skali waktu malam sebelum tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. not good for your skin. takut over exfoliate lepastu dry. better waktu nak zohor tu lap pakai faical wipes/micellar water je.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts