Hermes Birkin - Handbag Orang Kaya!


Selain ribut sana sini pasal Berocca, kita jugak diributkan dengan Hermes Birkin – handbag orang kaya! Hahaha…. Nape Namanya handbag orang kaya? Sebab harganya bermula dari USD11,500 hingga USD300,000 tau! Tu belum lagi koleksi rare ekslusif Hermes Birkin yang boleh cecah juta ringgit tu! Btw to those yg tak taw, Hermes tu Jenama & Birkin tu Koleksi ya.
.
.
Koleksi Birkin ni diinspirasikan drpd Jane Birkin, seorang penulis lagu Britain yang berpengkalan di Perancis yang kebetulan berjiran dengan CEO Hermes masa tu, Jean-louis Dumas sekitar 1981. Nak dijadikan citer, barang2 Jane asyik terkeluar drpd beg & dari situ timbul idea dari Jean-louis Dumas untuk buat handbag yg ada poket untuk Jane! Hai…bertuahnya badan!
.
.

Victoria Beckham & Jane Birkin

Nape mahal sgt beg ni? Sebab kualiti & kekemasannya! Beg ni bukannya mcm beg2 lain yg kita boleh main sambar aje kat butik. Kita kena booking dulu taw. Ada waiting list lagi. And bukan calang2 orang boleh book bag ni. Yang elit & ternama aje yg boleh! Beg ni diperbuat drpd kulit binatang. Setiap beg ambik masa 7 hari utk disiapkan. Handmade lagi ok!
.
.
Camner tak mahal?! Setiap sorang tukang beg hanya akan tumpukan pada satu handbag aje. Takde kongsi2 buat. Barang2 tukang buat beg pun takde kongsi2! Memang ekslusif! Handbag ni jugak boleh custom-made ikut citarasa pembeli tapi harganya nanti of courselah makin berdentum mahal!
.
.
Katanya Victoria Beckham ada 100 buah handbag Hermes Birkin ni! Bayangkan berapa harganya tu! Hahaha…. Lebih daripada cukup untuk sara hidup sampai ke anak cucu cicit kita!
.
.

hermes Birkin Himalayan Niloticus Crocodile yang RARE!

Kesimpulannya, hanya orang2 yang terlajak kaya or yang ada good connection aje yg boleh beli handbag Hermes Birkin ni. Dahlah mahal giler, nak belipun kena book!
.
.
Apakata daripada korang berabis duit beli Hermes Birkin tu, baik buat produk jenama sendiri dgn Mutiara! Dah jadi jutawan produk nanti berderet2 Hermes Birkin boleh beli kan? Hehehe…
.
.
Jgn lupa LIKE & SHARE dgn kengkawan yer!
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum Sket
-Kak Nad-

Comments

Popular Posts