Natural & Organic Skincare/Cosmetics Product Tu Sama Ke?


Ramai yang assumed natural & organic product ni sama aje. Sebenarnya tak sama ya! Meh Kak Nad brief sikit perbezaan natural & organic dan nape synthetic chemical products lebih murah.
.
.
Natural product ni dirumus gunakan bahan2 semulajadi – mineral base atau plant base contohnya minyak zaitun (olive oil), pati minyak lavender (lavender essential oil), shea butter, aloe vera dan lain-lain. Natural product ni jugak ada yg mengandungi bahan kimia tapi kuantitinya sangat kecik. 
.
.
Organic product dirumus gunakan bahan2 yang diiktiraf organic misalnya minyak zaitun organic (organic olive oil), pati minyak lavender organic (organic lavender essential oil), aloe vera organic (organic Aloe Barbadensis) dll. Usually produk camni dah dapat pengiktirafan organik oleh badan antarabangsa mcm USDA dan Ecocert dan logo badan pengiktirafan tersebut dicetak di label produk.
.
.



Produk skincare/cosmetic konvensional plak biasanya dirumus menggunakan pelbagai bahan kimia sintetik. Nilah yang paling byk dijual kat drugstore.
.
.
Nape produk skincare/cosmetics konvensional ni paling banyak dijual kat pasaran?
.
.
Sebab bahan kimia sintetik lebih murah, senang dapat, mudah diurus/digunakan, lebih stabil (tak terlalu sensitif dgn faktor suhu & persekitaran) dan tahan lebih lama berbanding bahan organik. Dengar mcm bahaya jer kan tapi inilah produk yg selalu kita beli kat drugstore tu. Yang merbahayanya bila ada bahan terlarang mcm merkuri, hydroquinone sumer tu. Tapi produk yg ada bahan terlarang ni sure takkan dapat masuk drugstore! So don’t worry.
.
.
Tak banyak produk yg dapat certified organic sebab nak dapat pengiktirafan tu pun bukan senang. Prosesnya rumit dan libatkan penggunaan bahan2 mentah yang diiktiraf organik, maknanya bukan aje ditanam tanpa baja kimia tapi jugak gunakan benih organik, guna kaedah sustainable farming dan mcm2 lagi. Pendek kata, kosnya sgt tinggi. Sebab tu produk yang certified organic ni lebih mahal daripada produk plant/mineral base or konvensional.
.
.
Kadang2 kita takde choice & terpaksa guna produk konvensional sbb perlu untuk atasi masalah kulit atau perlu atasi masalah tu dgn cepat. Selain lebih murah, produk2 ni senang nak dapat sebab mass produce oleh big brand. Kat mana2 drugstore ada. Produk organik plak ambik masa sikit untuk nampak kesan. Dah namanya bebas bahan kimia kan! Memang selamat tapi kena bersabar sikitlah nak nampak hasilnya tu.
.
.
Personally, kalau ada bajet dan ada pilihan lebih baik beli produk skincare/cosmetics yang plant/mineral base mcm aloe vera, honey, sunflower oil, pati minyak tulen, shea butter dll. Tak semestinya organic, asalkan yg mudah nak dapat dan harga mampu milik.
.
.
Kat Malaysia ni ada ke badan yang boleh iktiraf produk tempatan sebagai organik?
.
.
Logo SOM V1 & V2

Ada tapi hanya untuk produk makanan ajer yang perlu mendapat Standard Persijilan Organik Malaysia (SOM) dan akan mendapat logo Organik Malaysia. Bagi produk skincare/ cosmetics tempatan ni belum ada lagi oleh mana-mana badan. Maknanya sesiapapun boleh guna terma ‘kosmetik organik’ tanpa larangan. Kosmetik organik tempatan ni jugak tak bermaksud bebas bahan bahan kimia tetapi gunakan bahan organik dalam penghasilannya.
.
.
Contohnya produk kosmetik yg hanya mengandungi 0.01% minyak lavender organik jugak labelkan produk diorang sebagai kosmetik organik. Tapi ramai tak sedar. So rajin2 lah baca label ya. Sebab tu kita kena alert & tak tertipu dengan helah pengeluar produk yg guna label organik ni.
.
.
Produk2 Mutiara Skincare semuanya plant base taw. Kita memang takde letak bahan2 terlarang ni. Kalau ada sesiapa nak buat jenama sendiri boleh calling2 Kak Nad yer!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dgn kengkawan!
.
.
p/s - Btw, Tunggu Kak Nad every friday 12.30 live kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Kak Nad

Comments

Popular Posts