Rawat Acne Dengan Witch Hazel


Assalamualaikum Semua πŸ˜
.
.
Kak Nad nak tanya pernah tak korang dengar perkataan “Witch Hazel”? Apa tu?! Haa….Witch Hazel ni bukan ahli sihir yer….hahaha πŸ˜‚…tapi ianya sejenis astringen topikal yang diperbuat daripada kulit kayu serta daun pokok witch hazel atau nama saintifiknya “Hamamelis Virginiana”.
.
.
Pokok ini asalnya dari Amerika Utara. Sejak dulu lagi, Orang Asli Amerika gunakan tumbuhan ni dgn cara merebusnya untuk rawat iritasi kulit. Tapi korang tau tak witch hazel jugak bagus untuk rawat muka berjerawat? πŸ˜‰
.
.
Apa kegunaan Witch Hazel? πŸ€”
.
.
Kalau korang perasan kat drugstore banyak jual face mist or toner yang ada kandungan Witch Hazel ni. Witch hazel dijual dalam bentuk cecair astringent untuk keguaan luar sahaja. So jgn memandai nak guna untuk bahagian dalaman badan plak yer.
.
.
Witch Hazel boleh digunakan untuk meawat banyak masalah kulit antaranya jerawat kerana sifat-sifat astringennya yang membunuh bakteria berbahaya yang sebabkan jerawat, dan sifatnya yang boleh menenangkan tu boleh mengurangkan kemerahan dan keradangan pada kulit. πŸ‘
.
.
Witch hazel juga boleh digunakan secara luaran untuk mengurangkan bengkak buasir, dan juga digunakan untuk rawat luka kecil dan lebam. Ia boleh digunakan untuk redakan kerengsaan kulit kecil, seperti gigitan serangga, racun ivy, ekzema, dan psoriasis.
.
.
Bila kita gunakan witch hazel kat muka, ia boleh seimbangkan pengeluaran minyak dan kecilkan liang-liang pori. Kedua-duanya berfungsi untuk menyembuhkan jerawat dan memulihkan wajah kita supaya jadi lebih sihat. πŸ˜ƒ
.
.


Camna nak rawat muka berjerawat dengan Witch Hazel ni? πŸ€”
.
.
Senang jer! Mula-mula, cuci muka dengan facial cleanser yang korang guna. Dah siap cuci muka, guna witch hazel sebagai toner – letak beberapa titik kat cotton pad, sapu & ratakan slowly kat muka. Seriously lepas tu korang memang akan rasa muka tu bersih dan kurang berminyak. πŸ‘
.
.
Rata-rata respon yang gunakan witch hazel ni memang sangat positif. Jerawat teruk jugak pulih dengan baik.
.
.
Ehem, to those yang teringin nak keluarkan witch hazel astringent jenama sendiri, boleh roger Kak Nad yer! πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰
.
.
Jgn lupa LIKE & SHARE dgn kengkawan yer!
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.

.
.
Senyum Sket
-Kak Nad-

Comments

Popular Posts