Ada NOT KKM Tapi Beracun???
Assalamualaikum semua….Kak Nad gerenti sumer pernah baca pasal produk kosmetik yang ditarik dari pasaran sebab ada racun macam hydroquinone dan merkuri? Sure pernah kan sebab yang keluarkan kenyataan akhbar tu jugak adalah daripada KKM sendiri.
.
.
Tapi....camna dah register dengan KKM pun boleh beracun? Camna boleh jadi camtu? Hari tu Kak Nad dah citer pasal apa tu KKM, NOT, MAL kan. Kali ni Kak Nad nak kongsi 7 senario camner produk yang dah ada NOT KKM pun boleh beracun!
.
.
1. PRODUK TAK DIUJI DI MAKMAL KKM.
.
.
.
.
Tapi....camna dah register dengan KKM pun boleh beracun? Camna boleh jadi camtu? Hari tu Kak Nad dah citer pasal apa tu KKM, NOT, MAL kan. Kali ni Kak Nad nak kongsi 7 senario camner produk yang dah ada NOT KKM pun boleh beracun!
.
.
1. PRODUK TAK DIUJI DI MAKMAL KKM.
.
.
Ramai yang assumed bila dah ada nombor NOT drpd KKM sure selamat guna produk tu kan?. Sepatutnya YA. Tapi nombor NOT tu hanyalah satu pengesahan yang produk kosmetik tu dah didaftarkan dalam sistem KKM. Maksudnya, KKM dah dimaklumkan yang produk ni dihasilkan kat kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) yang tersenarai dalam direktori kilang KKM. Lepas produk tu dapat nombor NOT barulah boleh jual kat uolls semua. Tapi produk tu tak semestinya dah diuji KKM sebelum dipasarkan.
.
.
.
.
2. DAH DAPAT BANYAK KOMPLEN BARU KKM UJI PRODUK TU.
.
.
Ingat yer, produk yang dapat NOT ni tak melalui ujian makmal KKM. Abes tu bilanya KKM nak buat lab test? Bila dah dapat banyak sangat komplen pasal produk tu daripada pengguna, baru KKM buat lab test. Contohnya ramai yg buat laporan pasal kulit rosak lepas pakai krim ABC. Bila dah dapat laporan tu KKM akan check semula nombor NOT untuk krim ABC dan jalankan siasatan & lab test kat produk tu. Dah terbukti baru KKM tarik balik produk tu dari pasaran.
.
.
3. NOT KKM TU DIBELI!
.
.
Haaa...jangan tak tau, kes camni memang banyak. Peniaga2 ni sanggup letak NOT palsu sebab fikirkan profit semata-mata. Diorang beli NOT palsu yang berharga ribuan RM ni dari kilang GMP yang tak bertanggungjawab dan letak kat produk diorang. Pengguna mati-mati ingat memang produk tu berdaftar tapi sebenarnya non ado! Nape diorang buat camtu? Sebab produk diorang sebenarnya tak dibuat kat kilang GMP untuk kurangkan kos pengeluaran atau guna krim kilo beli entah dari mana dan packing kat umah aje. Kalau tempat asal buat produk tu bersih, Alhamdulillah lah kan.. kalau tak, camno??? Hahaha
.
.
4. NOT KKM DAH TAK VALID
.
.
Kes camni terjadi bila mula-mula produk dihasilkan kat kilang GMP. So dapatlah pengeluar produk tu dapatkan nombor NOT. Lepas tu bila nak keluar next batch, dia dah tak buat kat kilang GMP tu tapi buat kat kilang lain ataupun kat umah aje but still gunakan nombor NOT yang sama. Bila dah camtu, dia jugak tambah ingredients yang tak sepatutnya dalam produk tu. Yalah kalau sebelum ni letak ingredients tu sure tak lepas KKM. Kali ni dah ada NOT, diorang ambik kesempatanlah! Dapat pulak buat dengan kilang baru yang tak bertanggungjawab dan sanggup bersubahat dengan pengeluar. Apalagi, penggunalah jadi mangsa!
.
.
5. NOT KKM PALSU
.
.
Kalau tadi NOT KKM DIBELI kan? Yang ni memang betul-betul PALSU! Kes ni terjadi bila syarikat mereka-reka nombor NOT padahal nombor tu tak wujudpun dalam sistem KKM. Kalau pengguna tu jenis senang percaya, memang habislah kena tipu hidup-hidup!
.
.
6. NOT KKM DAH EXPIRED
.
.
Ni lagi satu problem. Sebenarnya setiap kali nak mohon KKM untuk sesuatu produk, nombor NOT tu hanya valid untuk 2 tahun aje kebiasaannya. But still ada jugak yang tak renew dan still guna nombor NOT yang dah expired. Yang bestnya bila pengeluar still keluarkan produk yang sama guna NOT yang dah expired tapi bukan dengan kilang GMP. Yang lebih membimbangkan bila kandungan produk tu diubah dan mengandungi campuran bahan berbahaya.
.
.
7. PRODUK TIRUAN!!!
.
.
Yang ni paling merisaukan. Jangan ingat produk oversea aje banyak yang fake, local product pun ada yang kena cetak rompak taw!!! Tengok casing & packaging produk sebiji dengan yang asal tapi sebenarnya cetak rompak! Dah namanya cetak rompak, memanglah uolls check NOT tu kat KKM tetap sama sebab nama produk dan brandkan sama dengan yang original! Tapi jangan tertipu dengan barang tiruan ni! Usually fake product mengandungi bahan berbahaya walaupun nampak sama. Sebab tu sebelum beli tu teliti dulu produk tu betul-betul. Memang nampak sama tapi sebenarnya perbezaan yang uolls boleh detect macam warna, tekstur, bau, ejaan pada casing/kotak etc. Beli produk kat pengedar yang sah kalau tak nak tertipu.
.
.
Seram kan bila baca semua ni? Memang perkara ni berlaku. Peniaga dan Kilang sanggup buat apa aje dan bersubahat sebab nakkan keuntungan. Tapi tak semua peniaga dan kilang macam tu yer. Jangan disebabkan kes-kes camni, habis semua peniaga dan kilang terpalit sama. Kesian kat diorang yang betul2 berniaga dengan jujur ni.
.
.
Nasihat Kak Nad, jadilah pengguna yang bijak. Skodeng dulu produk tu baru beli. Beli daripada pengedar yang sah aje.
.
.
Untuk maklumat lanjut boleh skodeng web BPFK
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer!
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum Sket
-Kak Nad-
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer!
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum Sket
-Kak Nad-
Comments
Post a Comment