Bestnya Durian!!!
Ya ampun…..finally dapat jugak Kak Nad lepas gian nak makan durian
musang king. Dah lama aim nak pulun ni finally dapat jugak melantak durian
musang king ni dengan family!
.
.
Nak ikutkan sekarang musim durian ni dah
tak macam dulu. Sekarang ni nampak durian kat mana2 aje ada. Macam dah takde
musim dah! Selain musang king ni, ada memacam lagi jenis durian tau. So kalau nak beli tu jangan taw nak tunjuk jari jek. Kena taw jugak serba sikit tentang
durian tu. Silap tunjuk jari, terbakar poket! Hahaha….
.
.
Jom kita tengok 10 jenis durian yang biasa terdapat kat
pasaran Malaysia ni!
.
.
Musang King.
.
.
![]() |
Musang King |
Sumer orang taw Musang King ni raja segala buah durian! Buat
masa nil ah…Hehehe… Musang King jugak dikenali sebagai Butter Durian, Cat
Mountain King dan Rajah Kunyit. Kalau tengok ulas durian yang berwarna kuning
terang tu…perrgghhh…memang terliur gamaknya! Kalau ada bajet, jangan lepaskan
peluang rasa durian ni taw. Rasanya Manis-manis pahit tapi saaaangat berkrim! That’s
why ramai yang suka!
.
.
Golden Phoenix
.
.
![]() |
Golden Phoenix |
Jenis ni jugak dikenali sebagai Golden pillow. Warnanya
kuning pucat dan sikit keputihan. Teksturnya sikit berair, baunya memang tajam
dan rasanya pahit. Jenis ni biasanya tumbuh dari pokok lama dan bukan hybrid.
So dia punya rasa tu memang rasa pure durian! Susah nak cari durian ni kecuali
kalau kat selatan Malaysia macam kat Johor. Kalau nak rasa durian yg rasa pure
ni, kena car ikat dusun-dusun durian Johor yer.
.
.
XO
.
.
![]() |
XO |
Durian jenis ni adalah antara durian yang paling senang nak
cari sebab semua gerai durian gerenti ada jual! Warnanya kuning pucat dengan rasa
pahit dan bertekstur lembut. Ulasnya kecik tapi isinya tebal!
.
.
D24
.
.
![]() |
D24 |
Yang ni antara yang paling popular di kalangan peminat
durian. Jugak dikenali sebagai nama Sultan. Warnanya kuning pucat, rasanya berkrim
tapi pahit pada masa yang sama. Kalau uolls bertuah, rasa buah durian ni ada
yang setanding dengan buah durian yang mahal, walaupun harganya boleh dikatakan
dalam kategori murah.
.
.
D13
.
.
![]() |
D13 |
Ulasnya berwarna oren dengan rasa manis yang tak terlalu
kuat. Buah ni jenis kurang berbau tapi bijinya besar. Ia jugak dikenali sebagai
Super Red Pawn. Selalunya terdapat kat area Balik Pulau, Pulau Pinang.
.
.
D101
.
.
![]() |
D101 |
Yang ni pulak berwarna kuning kusam dan rasanya sedikit manis
berkrim. Teksturnya jugak lembut. Usually those yang suka durian yang manis dan
budak-budak kecik suka makan jenis ni.
.
.
Udang Merah atau Red Prawn
.
.
![]() |
Red Prawn |
Jugak dikenali sebagai Hong Xia atau Ang Hay. Haaa...nampak tu kaler dia...Warna isi
durian jenis memang sangat unik sebab warnaya oren kemerahan. Kalau tengok tu
memang rasa gerun aje nak cuba. Durian ni melekit sikit dan rasa manis. Jenis
ni terkenal kat Pulau Pinang tapi sekarang ni boleh jugak didapati di Pahang
dan a few gerai kat KL kalau korang rajin cari.
.
.
Green Bamboo atau Teka Durian
.
.
![]() |
Green Bamboo |
Pernah tak nampak jenis durian yang warnanya kuning kusam
dengan sikit kehijauan? Haa..itulah dia durian Green Bamboo atau dikenali jugak
dengan nama Qing Zhu. Rasa isi durian ni manis dan kaya dengan serat makanan.
Isinya tebal dengan biji yang kecik. Memang puas makan!
.
.
Black Pearl
.
.
![]() |
Black Pearl |
Salah satu jenis durian mahal. Hahaha…Harganya sekitar RM50
sekilo. Isinya yang berwarna
kuning pucat ini mempunyai rasa yang sedikit pahit, berlemak dan biji yang
kecil. Durian ini sangat mengenyangkan dan antara jenis yang mesti dicuba.
.
.
Tawa D162
.
.
![]() |
D162 |
Ini antara jenis durian yang rare dan
susah nak cari tapi kalau dapat, kena cubalah sekali. Warna dan ulasnya takdelah
menarik sangat tapi dia punya rasa tu agak berbeza terutama sekali kepada
mereka yang memilih rasa pahit. Lembut berkrim tetapi rasa pahitnya agak kuat
dan terus melekat walaupun selepas makan!
.
.
Terliur tak tengok gambo-gambo durian ni! Hehehe....So lepas ni jangan main tunjuk jer yer bila nak beli durian! Selamat
jalan-jalan cari durian! Hahaha
.
.
Jangan lupa Like & Share info ni dengan geng kaki durian yer!
.
.
.
.
- Kak Nad -
Comments
Post a Comment