HFMD - Mak Bapak Semua Tolong Ambik Perhatian Yer...
Perhatian kepada ibubapa yang ada anak-anak berumur 10 tahun ke bawah (especially 5 tahun ke bawah)! Tolonglah luangkan sikit masa baca pasal penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ni ya sebab baru baru ni KKM melaporkan pada 18 Julai 2018, hari keempat minggu ke 29/2018 sebanyak 722 kes HFMD ni dilaporkan kat seluruh negara menjadikan jumlah kes keseluruhan setakat ni untuk tahun aje sebanyak 33,425 kes! Gila banyak tu!
.
.
.
.
Apa tu HMFD ni?
.
.
Menurut KKM, Penyakit HMFD ni disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71). Pada tahun 2018, aktiviti EV71 ni didapati meningkat sejak Mac 2018. EV71 boleh sebabkan komplikasi iaitu dehidrasi, keradangan otak (encephalitis), kegagalan jantung dan sistem pernafasan (cardiorespiratory failure) dan jugak kematian! Biasanya HFMD ni dijangkiti kanak-kanak di bawah 10 tahun, especially 5 tahun ke bawah.
.
.
.
.
Haaa....bahaya tu kan. Setakat ni takde lagi kematian yang disebabkan oleh HFMD atau jangkitan EV71 dilaporkan.
.
.
Camna cara HFMD ni merebak?
.
.
HFMD merebak melalui sentuhan secara langsung dengan mereka yang dah dijangkiti melalui :-
1) Lelehan hingus, cecair dari hidung
2) Air liur
3) Najis
4) Cecair dari kulit yang melepuh (blister)
.
.
.
.
Bukan tu aje, mana-mana permukaan dan alatan mainan yang dah disentuh kanak-kanak yang dijangkiti HFMD ni jugak boleh sebabkan jangkitan.
.
.
Apa Tanda-Tanda Penyakit HFMD ni?
.
.
1) Ruam kat tangan, kaki dan mulut
2) Demam
3) Sakit Tekak
4) Badan rasa lemah
5) Ulser pada lidah, gusi dan tekak
6) Hilang selera makan
7) Bayi meragam
.
.
.
.
Kalau ada tanda-tanda ni, apa yang perlu dilakukan?
.
.
Bawak anak jumpa doktor dulu kat hospital or klinik berdekatan untuk pastikan betul ke kena HFMD. Sebenarnya takde rawatan atau vaksin khusus untuk rawat penyakit ni. But uolls boleh guna a few cara ni untuk kurangkan kesakitan anak uolls tu :-
.
1) Over The Counter pain reliever macam ibuprofen (Advil) atau acetaminophen (Tylenol) or numbing mouth spray. Jangan guna aspirin. Ia boleh sebabkan serious illness pada budak-budak.
.
2) Aiskrim, youghurt, smoothies untuk kurangkan sakit mulut & tekak.
.
3) Sapu losyen untuk kulit gatal macam Calamine Lotion untuk kurangkan rashes.
.
4) Sapu gel aloe, minyak kelapa dara atau minyak zaitun vera kat bahagian kulit yang ada blister dan ulser tu.
.
5) Minum air kelapa muda untuk kurangkan demam.
.
6) Minum fruit juice yang kaya dengan vitamin C.
.
.
Apakah cara untuk elakkan HFMD daripada tersebar?
.
.
Kebersihan merupakan kunci utama untuk atasi HFMD. Kat sini Kak Nad kongsikan a few tips yang uolls boleh ikut untuk lindungi family daripada HFMD:-
.
.
1) Basuh tangan dengan kerap dengan sabun especilly lepas tukar lampin.
.
2) Ajar anak basuh tangan dengan betul especially sebelum makan. Untuk anak kecik, tangan diorang jugak perlu selalu dibasuh sebab diorang suka masukkan tangan dalam mulut.
.
.
3) Gunakan tisu bila batuk & bersin untuk elakkan virus tersebar ke udara. Buang segera tisu tu kat dalam tong sampah. Jangan buang merata-rata.
.
4) Basuh alat permainan anak sekerap mungkin. Selain tu bersihkan jugak tempat anak uolls bermain gunakan sabun pembasmi kuman.
.
.
Tapi kalau uolls atau anak uolls dah terkena HFMD, camna plak caranya nak elakkan jangkitan tu tersebar kat orang lain? Ikut tips ni :-
.
.
1) Elakkan sentuhan rapat seperti ciuman & pelukan.
.
2) Bersihkan permukaan kat rumah yang kerap disentuh (tombol pintu, alat perminan, pemegang fridge etc) dengan sabun pembasmi kuman.
.
3) Elakkan berkongsi tuala dan barang-barang sepeti sudu dan cawan.
.
4) Everytime nak basuh baju kotor atau cadar pesakit, rendam dengan air panas dulu.
.
5) Jangan hantar nak yg sakit ke taska/tadika/sekolah. Kuarantinkan kat umah. Make sure bagitau pihak taska/tadika/sekolah untuk cegah budak-budak lain daripada terkena.
.
6) Dapatkan panduan di taska/tadika anak uolls mengenai tempoh untuk tidak hadir selepas anak uolls kena HFMD. Walaupun anak dah sihat, virus dalam badan diorang actually still active dan menjangkiti bebudak lain pulak.
.
.
Tips kurangkan rasa sakit ulser pada mulut semasa makan :-
.
.
1) Hisap ais berperisa / aiskrim malaysia atau kiub ais.
2) Makan aiskrim yang lembut.
3) Minum air sejuk
4) Elakkan makanan masam mcm buah oren.
5) Makan makanan yang lembut.
6) Berkumur dengan air suam lepas makan.
7) Kalau anak anda pandai berkumur tanpa menelannya, kumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam. Ia boleh bantu kurangkan rasa sakit dalam mulut.
.
.
.
.
Kak Nad harap ibubapa kat luar sana ambik perhatian yer pasal HFMD ni sebab penyakit ni cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, especially kat taska/tadika. Pastikan uolls peka kalau ada sebarang tanda kat anak-anak uolls.
.
.
Orang ramai boleh laporkan kejadian kes HFMD di taska/tadika/sekolah ke Pejabat Kesihatan daerah yang terdekat. Jangan lupa maklumkan jugak kepada pihak taska atau pusat jagaan kalau anak-anak uolls terkena penyakit HFMD ya. tindakan ni dapat bantu mereka basmi penyakit ni dengan lebih berkesan.
.
.
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum Sket
-Kak Nad-
Comments
Post a Comment