Kenali 5 Jenis Face Powder
Assalamualaikum Semua...
.
.
Hari ni Kak Nad nak bercerita pasal bedak muka. Kita sebagai pompuan memang tak dapat lari daripada pakai bedak kat muka kan. Tak kiralah nak gi manapun sure akan pakai bedak kan? But uolls taw tak bedak muka ni ada memacam jenis & fungsi? Meh Kak nad citer sket naaa.....
.
.
1. Pressed atau Compact Powder
.
.
Inilah bestfren kiter sejak azali lagi ye dak? This is the first kind of face powder yang kiter sumer start guna since kenal mekap kan? Hahaha.... Bedak jenis ni usually dah diformulasikan dengan mositurizer & minyak sehingga teksturnya lebih berat. Compact powder ni sesuai untuk kulit kering sebab kandungannya yang dapat bantu lembapkan kulit.
Compact Powder Max Factor |
.
.
2. Loose Powder
.
Loose Powder atau Bedak Tabur mempunyai tekstur yang lebih ringan dan lembut daripada compact powder. Formulanya dapat membantu serap minyak dengan baik, sangat sesuai untuk uolls yang kulit berminyak. Loose powder ni usually dalam bentuk jar. Kekurangan bedak jenis ni ialah senang tumpah, berterabur dan sedikit berhabuk. Yalah dah namanya loose powder & letak dalam jar lagi kan. Walaupun bedak ni didatangkan sekali dengan puff muka, usually ramai yang lebih suka guna brush bila guna bedak ni sebab lebih senang nak ratakan kat muka dan hasilnya nampak lebih natural gitu. Loose powder ni tak tahan lama kat muka sebab senang hilang bila berpeluh.
Loose Powder NARS |
.
.
3. Two Way Cake
.
.
Kalau nak dapatkan hasil coverage yang lebih baik daripada compact powder atau loose powder, Two Way cake adalah pilihan yang tepat sebab bedak ni dah ada foundation kat dalam tu. Bentuk dia sama macam compact powder tapi kandungan dan fungsinya berbeza sebab boleh digunakan sebagai bedak dan foundation. Bedak ni jugak tahan lama bila dipakai seharian dan lebih sesuai dipakai untuk majlis-majlis instead of untuk pakai seharian. Kalau nakl gunakan sebagai bedak, guna span kering. Kalau nak gunakan as foundation, guna span basah yer.
Two Way Cake MAC |
.
.
4. Setting Powder
.
.
Setting powder digunakan selepas foundation untuk hilangkan kilauan pada muka dan pada masa yang sama untuk jaga kualitinya. Setting powder ni usually available dalam tone yang sesuai dengan warna kulit dan juga translucent.
Setting Powder Tarte |
.
.
5. Finishing Powder
.
.
Jenis bedak ni usually digunakan after setting powder untuk samarkan garis halus dan pori-pori untill uolls dapat hasil yang flawless. Mostly finishing powder ni berwarna putih so uolls kena make sure bedak ni betul-betul meresap dengan baik kat muka tu. Kalau tak nanti nampak bercapuk. Guna sikit jer cukup supaya senang meresap kat kulit muka.
Finishing Powder NYX |
.
.
So bedak mana satu nak guna ni? Actually depends pada uolls jugak yang mana paling sesuai untuk kulit uolls dan paling senang uolls nak guna. Kena ikut keadaan jugak.
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer!
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum Sket
-Kak Nad-
Comments
Post a Comment