Kenapa Kita Perlukan Mentor Untuk Berjaya Dalam Bisnes
Assalamualaikum Semua...
.
.
Selalu kita dengar, kalau nak berjaya dalam apa jugak bidang yang kita ceburi, kita mesti ada sorang mentor/guru yang boleh bimbing kita. Of courselah mentor tu adalah orang yang dah berjaya dan sanggup untuk tolong kita.
.
.
Ramai yang nak berniaga tapi tak taw nak buat bisnes apa
.
Ramai yang nak jadi usahawan tapi tak taw camner nak start
.
Ramai yang nak berjaya dalam bisnes tapi takde MENTOR/GURU/SIFU untuk bagi guide yang betul
.
.
Hmmm...camner tu yek?
.
.
Istilah mentor perniagaan atau business coach baru aje naik lately padahal amalan ni sebenarnya dah lama dipraktikkan secara tak langsung dalam lingkungan perniagaan. Mentor perniagaan ni adalah seorang pengamal perniagaan yang dah experienced, yang berkongsi ilmunya kat usahawan lain yang baru aje berkecimpung dalam dunia bisnes.
.
.
Kenapa Kita Perlukan Mentor?
.
.
Dengan tunjuk ajar mentor, seorang usahawan muda/baru boleh belajar dan mencontohi pengalaman seorang mentor yang dah berjaya tu. So diorang dapat kurangkan risiko lakukan kesilapan berbanding dengan mencuba sendiri. Ia jugak dapat jimatkan masa, wang dan tenaga yang terbuang apabila melakukan trial and error.
.
.
![]() |
Kak Nad dengan Sifu Najib |
Dalam dunia perniagaan sekarang, cara ni banyak dipraktikkan. Contohnya dalam bidang internet marketing atau bisnes franchise dan banyak lagi. Macam dalam bisnes franchise, uolls hanya perlu contohi sistem/model perniagaan yang dah teruji berkesan sebelum ni.
.
.
Bermentor gunakan buku dan internet jugak bagus tapi tak memberi impak maksimum kat uolls sebab one-way interaction aje. Untuk belajar sesuatu perkara yang baru, 2-way interaction atau komunikasi 2 hala sangat perlu supaya lebih berkesan.
.
.
Bila kita ada mentor, sikit sebanyak kita boleh pastikan yang planning yang kita buat tu berjalan dengan lebih lancar. Kalau kita nak bukak bisnes misalnya atau nak expand bisnes kita, kalau kita buat secara membuta-tuli atau main redah aje, sure akan ada perkara yang kita overlook atau terlepas pandang atau tak ready nak menghadapinya. Perkara ni boleh dielakkan atau dikurangkan bila kita ada mentor yang berpengalaman dalam bidang tu.
.
.
Dengan adanya mentor, uolls boleh capai kejayaan yang sama dalam masa yang lebih singkat sebab mentor akan guide uolls agar tak repeat the same mistake yang diorang dah lalui dulu. Lagi satu sebab, uolls sebenarnya boleh dapat formula khusus atau shortcut untuk capai kejayaan yang sama.
.
.
.
.
Kalau uolls still takde mentor, apakata mulai sekarang uolls cari seseorang yang uolls kagumi dan telah capai kejayaan dalam bidang masing-masing dan jadikan diorang mentor hidup anda. Pelajari minda, sikap dan tindakan diorang untuk mencapai kejayaan dalam bidang bisnes. Masih belum terlambat untuk berguru.
.
.
Kalau uolls ada bajet, jangan lokek untuk invest duit untuk berguru dengan mentor. Kalau takde bajet lebih, still boleh pergi seminar-seminar yang diorang anjurkan. Walaupun ilmu yang uolls dapat takdelah begitu intensive macam berguru 1-to-1, sekurang-kurangnya ilmu yang uolls dapat tu boleh digunakan untuk perbaiki apa kelemahan yang mungkin ada dalam bisnes uolls sekarang ni. Ingat, berniaga aje tak lengkap tanpa ilmu pengetahuan.
.
.
Jgn lupa LIKE & SHARE dgn kengkawan yer!
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum Sket
-Kak Nad-
Comments
Post a Comment