KKM? NOT? MAL? Apa Semua Tu?
Ramai yang tanya Kak Nad, nak keluar produk kana register KKM ke? Dah check produk ni tapi takdepun nombor KKM kat kotak/label dia. Meh Kak Nad brief pasal KKM, NOT dan MAL ni yer...
.
.
KKM
.
.
Sumer org taw KKM ni Kementerian
Kesihatan Malaysia. SEMUA produk kosmetik, farmaseutikal, persediaan
tradisional dan supplemen makanan WAJIB berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah (PBKD), KKM di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
sebelum dijual kepada pengguna. Bila produk tersebut dah didaftarkan dengan KKM
means produk tu selamatlah digunakan.
.
.
Syarikat perlu berdaftar terlebih
dahulu sebagai Holder kat BPFK untuk mendapatkan TOKEN. Bila dah dapat Token ni
barulah syarikat boleh daftarkan produk pulak. Hanya satu Token aje akan
dikeluarkan untuk satu syarikat dan Token itu akan jadi tempat simpan semua
maklumat dan nombor pendaftaran produk yang akan dikeluarkan oleh syarikat tu.
.
.
Produk yang berdaftar dengan KKM ni
tak menggunakan huruf ‘KKM’ kat mana-mana nombor pendaftaran tapi menggunakan
nombor pendaftaran yang bermula dengan NOT tau MAL. Apa bezanya tu?
.
.
NOT
.
.
NOT atau Nombor Notifikasi hanya
dikeluarkan untuk produk kosmetik aje. Apa tu produk kosmetik? Produk Kosmetik
ditakrifkan sebagai bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran
tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan rongga mulut
untuk tujuan membersih, mewangi, mencantukkan kulit wajah, menghilangkan bau badan,
melindungi atau menjaga diri agar sentiasa dalam keadaan yang baik.
.
.
Kat Malaysia, produk kosmetik adalah
di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ASEAN Cosmetics Directives
(ACD) dan Guideline for Control of Cosmetics Product in Malaysia bagi menjamin
produk kosmetik tu berkualiti dan selama kepada pengguna.
.
.
Since 2008, proses kawalan ni telah
bertukar Sistem Pendaftaran kepada Sistem NOTIFIKASI. Melalui sistem ni pihak
syarikat perlu buat notifikasi kat BPFK dulu sebelum produk tu boleh diimport,
dikilangkan atau dipasarkan kat Malaysia.
.
.
Bila
dah daftar, produk kosmetik tu akan dapat satu Nombor Notifikasi (NOT)
sebagai bukti yang produk tu dah didaftarkan dengan BPFK. Nombor Notifikiasi
diberikan dalam bentuk NOT dan diikuti dengan 9 angka dan diakhiri dengan huruf
K. Contohnya NOT123456789K.
.
.
Nombor Notifikasi (NOT) ni akan
dikeluarkan dalam tempoh 1-3 hari selepas mendapat kelulusan. NOT ni sah untuk
2 tahun aje so pihak syarikat kenalah buat renewal at least 1 month before expiry
date.
.
.
Syarikat tak diwajibkan untuk letak
nombor NOT kat produk kosmetik diorang.
.
.
Sistem Pendaftaran Produk dan Perlesenan dibuat di http://npra.moh.gov.my/q3plus/index.php |
MAL
.
.
Kalau NOT untuk produk kosmetik, MAL
ni pulak untuk produk farmaseutikal, supplemen kesihatan dan persediaan
tradisional contohnya macam ubat-ubatan, vitamin c tablet, detox drinks, teh
herba. Semua ni jugak perlu didaftarkan kat BPFK.
.
.
Nombor pendaftaran akan bermula dengan
MAL, diikuti dengan 8 angka dan diakhiri dengan huruf yang menunjukkan kategori
pendaftaran produk tu macam ‘A’, ‘T’, ‘X’, atau ‘N’. Contohnya MAL12345678X
A: Produk preskripsi
X: Produk bukan preskripsi (over the
counter product)
N: Supplemen kesihatan
T: Tradisional
H: Veterinari
C: Pengilang kontrak (contract
manufactured)
R: Pembungkus semula (repacked)
S: Sumber Kedua (second source)
E: Produk untuk eksport sahaja (export
only)
Z: GST Zero Rated
.
.
Selain nombor pendaftaran MAL, setiap
produk ni jugak akan disertakan dengan sticker Hologram Security Device (Meditag TM).
Contoh Nombor Pendaftaran MAL dan sticker Hologram Security Device (Meditag TM) |
Contoh sticker Hologram Security Device (Meditag TM) |
.
.
Tempoh nak dapat nombor MAL ni jugak agak
lama iaitu 3-8 bulan bergantung kepada jenis produk sebab BPFK kena buat lab
test dulu. Bila dah dapat kelulusan, syarikat perlu mohon lesen
pengilang/pengimport/pemborong pulak. Validity lesen ni 1 tahun aje.
.
.
Tak susah sebenarnya nak fahamkan konsep
ni. Syarikat perlu daftar dulu dengan BPFK (KKM) sebagai holder untuk dapatkan
TOKEN. Bila dah dapat Token, barulah syarikat boleh daftarkan produk diorang
samada under kosmetik atau farmaseutikal. Kalau kosmetik, produk yang
diluluskan akan dapat Nombor Notifikasi NOT. Kalau farmaseutikal (ubatan,
supplemen kesihatan dan persediaan tradisional), produk yang diluluskan akan
dapat nombor pendaftaran MAL dan Sticker Hologram kat produk diorang.
.
.
Untuk bacaan lanjut boleh skodeng
website BPFK kat http://npra.moh.gov.my
http://npra.moh.gov.my |
.
.
Hopefully lepas ni uolls takdelah
blur-blur lagi pasal KKM ni!
.
.
Jgn
lupa LIKE & SHARE dgn kengkawan yer!
.
.
p/s
- Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg
Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n
Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum
Sket
-Kak
Nad-
Comments
Post a Comment