Oil-Based vs Water-Based Pomade


Asslamualaikum semua….as promised, hari ni Kak Nak nak share pulak sikit info pasal oil-based dan water-based pomade. To those yang baru first time nak pakai pomade tapi tak taw nak pilih yang mana satu, don’t worry, Kak Nad akan share apa bezanya pomade2 ni, apa kelebihan dan kekurangannya. Pokok pangkalnya kuasa memilih kat tangan uolls semua, pilih mana yang bersesuaian dengan jenis rambut dan hasil yang uolls inginkan.

.
.

OIL-BASED POMADE

.
.
Oil-Based pomade ni dah lama ada kat pasaran. Dah kira tradisional lah sebab dianggarkan dah digunakan sejak 1800an lagi! Haaaa…lama tu kan. Pada masa tu, most pomade ni mengandungi bear fat tapi seiring dgn perubahan zaman, ingredients yang digunakan pun makin baguslah macam petroleum, beeswax dan soft paraffin. Kalau uolls nampak ingredients n ikat label pomade tu maknanya oil-basedlah ya!
.
.
Kelebihan Oil-Based Pomade
.
.
Pomade jenis ni usually ada kandungan kimia yang lebih sedikit compared to water-based pomade. Basically pomade jenis ni tak mudah kering dan mudah untuk restyle. Tapi kualiti dan kesan daya tahan pomade oil based ni depends on jenama dan variasi produk jugaklah. Dah katanya tak mudah kering makanya pomade ni jugak lebih sesuai kalau dipakai dalam cuaca lebih sejuk dan hujan. Disebabkan kandungan minyak pada pomade ni so takdelah mudah larut bila kena air.
.
.
Kekurangan Oil-Based Pomade
.
.
Susah nak bilas! Hari tu Kak Nad ada cakapkan, kalau nak cuci kena pakai shampoo dan air panas kalau nak cepat hilang. To those yg berkulit sensitive, kena be careful sebab ada yg cakap muka naik jerawat lps first time guna. Naper yer? Haaa…sebab mineral oil dalam pomade ni bersifat comedogenic. Meaning, boleh sebabkan liang roma tersumbat then sebabkan naik jerawat. Satui tips nak elakkan naik jerawat ni, jangan pakai terlalu banyak. Pakai sket jer cukup. Guna sapu tangan or tisu untuk hilangkan lelehan minyak kat dahi, muka dan sekitar hairline.
.
.

WATER-BASED POMADE

.
.
Kalau oil-based tadi versi tradisional, water-based ni plak dikira versi moden. Bezanya pada ingredients yang berasaskan air. Mula2 dulu pomade jenis ni keluar dalam bentuk gel tapi dengan kemajuan teknologi manufacturing, keluarlah satu formulasi baru ni. Inovasi baru ni dipanggil water-based versi unorthodox. Sama macam oil-based, perbezaan dari segi tahap kilat, daya tahan dan konsistensi tu berbeza ikut brand dan variasi produk.
.
.
Kelebihan Water-Based Pomade
.
.
Mudah nak dibilas/dibasuh! Pomade ni jugak takde kesan sampingan kat kulit muka macam pakai oil based tadi sebab kandungan minyak yang kecik. Sangat sesuai dengan cuaca panas sebab pomade jenis ni mampu kekal kering dan kekalkan struktur rambut serta tak jejaskan daya tahan rambut.
.
.
Kekurangan Water-Based Pomade
.
.
Tak tahan lama dan susah nak restyle rambut. Ada jugak pomade water based yang mengandungi bahan kimia yang kompleks dan gunakan bahan asas yang tak berkualiti yang boleh rosakkan rambut. Satu tips untuk restyle rambut bila dah pakai pomade water-based ni, sapu sikit air dan pomade pada rambut dan restyle semula rambut tu!
.
.
So amacam? Senang jerkan nak bezakan pomade oil-based dan water-based ni. Both ada pro & cons. Ikut citarasa masing2. Kat sini Kak Nad ada up sekali youtube video perbezaan oil-based dgn water- based pomade ni. 
.
.
To those yang nak produce pomade jenama sendiri, boleh roger Kak Nad yer. Pomade untuk lelaki, pompuan, kids pun boleh! Those yang tgh buat bisnes pomade homemade tapi nak upgrade buat dgn kilangpun boleh roger Kak Nad! Bukan setakat buat ikut formula uolls, boleh apply KKM sekali taw! Yang penting takde bahan terlarang!
.
.

Jgn lupa LIKE & SHARE dgn kengkawan yer!

.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum Sket
-Kak Nad-

Comments

Popular Posts