Produk Jenama Sendiri - Peranan Kilang OEM/ODM


Assalamualaikum Semua
.
.
Ramai yang terfikir nak buat produk jenama sendiri tapi risau fikir pasal modal. Yalah nak keluarkan produk jenama sendiri ni sebenarnya bukan perkara kecik. Nampak macam senang tapi sebenarnya tidak! Ramai yang cuba, tapi tak ramai yang berjaya jadi jutawan. Ada yang gagal kat peringkat production. Selebihnya berjaya tapi gagal kat pasaran pulak.
.
.
Berapa modal nak buat produk jenama sendiri ni yek?
Camna caranya?
.
.
Dua-dua soalan tu  memang berbeza sebab satu tu risau pasal modal dan yang satu lagi risau pasal cara. Tapi both tu kerisauan yang berasas. Sebab nak keluarkan produk jenama sendiri ni ibarat macam melabur. Kena ada ilmu, teknik, ada risiko kerugian dan ada kemungkinan dapat profit berkali-kali ganda.
.
.
Ilmu Itu Senjata dan Perisai dalam Bisnes!
.
.
Betul kan? Tanyalah kat sesiapa yang dah lama dive dalam dunia bisnes ni sure diorang akan cakap BETUL! Dalam bisnes ni akan ada orang yang nak ambik kesempatan. Tapi unfairlah kan kalau kita labelkan semua camtu.
.
.
Ada peniaga or founder yang jujur. Tapi takdelah sampai jual produk yang sangat murah atau bagi percuma kat pengguna. Jujur ni bermaksud dapat profit tanpa menindas sesiapa.
.
.
Cer tengok problem-problem yang sering founder alami kat bawah ni ;-
.
.
1. Kena tipu pembekal. Dah bayar duit tapi barang tak sampai
2. Kilang tak buat produk ikut spesifikasi yang founder mintak
3. Stok berlambak sebab  takde stokis interested nak ambik.
4. Produk tak dapat kelulusan KKM
5. Produk kena tiru.
6. Kena tipu bisnes partner.
7. Kena saman dengan pengguna
.
.
Kalau baca semua tu terus macam tak jadi nak kuarkan produk sendiri kan? Hanya yang betul-betul hati kering aje yang boleh survive. So basically, ilmu tu tersangatlah penting to those yang baru nak hasilkan produk jenama sendiri ni.
.
.
Kena belajar dari buku, online or mentor. Lepas tu belajar dari pengalaman. Tu yang paling selamat. Ada yang berhabis duit buat modal tapi hasilnya sangat mengecewakan. Tapi lepas kegagalan tu diorang ni akhirnya berjaya.
.
.
Jadikan diorang ni mentor sebab experience diorang ni sangat mahal. Kalau diorang ada FB or Blog, follow diorang. Kalau ada buku, beli buku tu and baca apa yang diorang kongsikan. Kalau ada seminar, pergi join. Tak rugipun sebab lagi murah daripada kalau uolls repeat the same mistake yang diorang pernah buat tu. Betul kan?
.
.

So kali ni Kak Nad nak bercerita pasal peranan kilang OEM untuk buat produk jenama sendiri. Maybe perkataan OEM ni agak asing sket to those yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes. But actually OEM ni dah lama wujud dan jadi amalan dalam bisnes sejak dulu lagi. Jangan ingat produk kosmetik aje ada OEM tapi barang-barang macam spare part kereta, handphone charger, usb cord semua tu pun ada OEM yer. Tapi kat sini Kak Nad fokuskan kat produk kecantikanlah yer
.
.
Apa tu OEM? OEM ni short form bagi Original Equipment Manufacturer. Maknanya sesebuah kilang ni  berkemampuan untuk keluarkan sesuatu produk pada spesifikasi tertentu. Produk ni takde cap atau jenama. Owner produk yang akan tentukan brand dan packaging.
.
.
Tapi kalau owner nak tambah/tukar ingredients produk atau nak buat produk totally from scratch tu camner? Boleh ke? Jawapannya Boleh. Kilang akan buat R&D dulu untuk buat sample produk ikut spesifikasi yang uolls request tu. Bila dah ok semua baru uolls boleh teruskan dengan production. Produk-produk ni dipanggil ODM - Original Design Manufacturer. Maknanya produk ni dihasilkan ikut spesifikasi uolls.
.
.
Maknanya ada dua senario kat sini.
.
.
OEM - Founder keluarkan produk yang kilang tu buat (ikut spesifikasi produk sedia ada kilang tu) under brand founder tu.

ODM - Founder keluarkan produk yang kilang tu buat (ikut spesifikasi founder) under brand founder tu.
.
.
Both produk ODM dan OEM memang ada R&D. Yang bezanya R&D produk OEM dah dibuat lebih awal so bila ada permintaan daripada founder yang nak keluarkan produk tu, kilang boleh terus proceed dengan production. Untuk ODM pulak akan ambik masa sikit sebab kilang akan buat R&D untuk dapatkan sample yang betul-betul ikut spesifikasi founder tu. Bila founder dah puas hati, barulah kilang proceed dengan production.
.
.
Basically produk kecantikan OEM/ODM ni boleh dihasilkan oleh kilang yang sama. Melainkan produk yang founder tu mintak memang kilang tu tak boleh buat even after R&D, then founder kenalah cari kilang lain.
.
.
So apa peranan Kilang OEM/ODM untuk bantu founder hasilkan produk jenama sendiri ni? Meh Kak Nad citer.
.
.
1. Kilang OEM/ODM boleh bantu jimatkan production cost.
.
.

Tak semua ada modal besar nak bukak kilang sendiri untuk buat produk jenama sendiri. Usually Founder yang berjaya dan dah lama bergelumang dalam bidang ni aje yang mampu ada kilang sendiri. Itupun tak ramai.
.
.
So camna nak jimatkan kos tu? Founder yang baru nak libatkan diri dalam bidang ni or especially to those yang sebelum ni hanya buat produk homemade tapi nak upgrade tak perlu ada kilang sendiri dan beli mesin-mesin production yang harganya dah tentu mahal untuk hasilkan produk yang bermutu tinggi. Tak payah hire pekerja kilang and so on. Kat situ memang dah jimat kos. Sebab kilang-kilang ni boleh hasilkan produk yang uolls nak tu dalam masa yang cepat dan berkualiti.
.
.
2. Kilang OEM/ODM boleh bantu founder tentukan ingredients & resepi produk jenama sendiri seperti yang founder nak.
.
.

Kilang yang bagus akan offer servis start daripada penentuan ingredients produk. Usually kilang akan discuss dan cadangkan ingredients apa yang sesuai ikut pasaran semasa. Sebab pasaran kecantikan ada macam-macam trend. So trend ni akan dibicangkan dengan founder produk.
.
.
Idea dari perbicangan kilang & founder boleh hasilkan produk yang bermutu. Kilang akan pastikan produk yang nak dikilangkan tu menepati standard yang amat dijaga rapi bagi menjaga status pengilangan diorang. Founder plak boleh ketengahkan idea yang menepati taste diorang macam bau, tekstur, warna.
.
.
3. Kilang OEM/ODM ada BioTech Engineer, Formulator & Pakar Herba yang bertauliah!
.
.

Usually kilang ada beberapa resepi/formula umum yang akan digunakan sebagai basic kepada penghasilan sesuatu produk. Contohnya macam lipmatte. Daripada resepi/formula umum lipmatte ni, founder boleh request untuk tambah elemen lain macam bau melon, shea butter, collagen etc. Kilang akan gunakan kepakaran diorang untuk ubahsuai resepi/formula umum lipmatte tu untuk menepati kehendak founder tadi. Ni yang kita panggil R&D. Satu sample hasil R&D tu akan dihasilkan. Kalau founder setuju, barulah kilang proceed dengan production.
.
.
4. Kilang OEM/ODM yang bagus akan bantu founder sepenuhnya sampai produk ready untuk dijual.
.
.

Kos nak keluarkan produk jenama sendiri ni tak sama between one factory to another. Lain kilang lain harga. Perbezaan ni disebabkan oleh kualiti raw material dan perkhidmatan yang kilang tu tawarkan. Maybe ada kilang boleh tawarkan harga lebih murah sebab raw material yang diorang guna bukan jenis high end atau founder kena cari sendiri raw material daripada pembekal.
.
.
Kilang yang bagus usually akan offer full service. Start daripada cari raw material, beli botol, design logo, label dan packaging sampailah ke pendaftaran produk untuk dapat kelulusan KKM. Ingat yer, hanya kilang berstatus GMP aje yang boleh bantu founder daftarkan produk diorang kat KKM.
.
.

Apa tu GMP? GMP ni bermaksud Good Manufacturing Practice atau Amalan Perkilangan Baik. Certification ni diberikan kepada kilang yang betul-betul mencapai piawaian pengeluaran yang high standard bagi tahap keselamatan dan kebersihan yang ditetapkan.
.
.
Amat berisiko kalau beban nak dapatkan kelulusan KKM ni diletakkan kat Founder sebab banyak paper work yang nak kena buat. Kalau kilang yang tolong uruskan pendaftaran KKM ni, kilang boleh hasilkan test batch/sample dan proceed dengan production bila dapat kelulusan KKM.
.
.
5. Ada kilang OEM yang tawarkan after-sales services macam bantuan marketing, coaching
.
.

Tak kiralah betapa hebatnya produk yang dihasilkan tu tapi tanpa marketing, produk tu takkan dapat grab attention pengguna. Marketing, advertising, camna nak jual produk tu semuanya berganung kepada Founder. Kalau strategi diorang betul, sales memang meroket dan berkepuk-kepuk duit masuk. Tapi kalau salah strategi, sales krik krik camna? Tak ke kesian kan?
.
.
Kilang yang proaktif akan bantu founder dari segi pemasaran. Paling tak pun akan guide or bagi coaching kat founder camna nak pasarkan produk diorang, camna nak buat FB Ads, camna nak tentukan harga produk dan banyak lagi. Tujuannya untuk memudahkan produk tu dijual. Bila produk laku macam pisang goreng panas, sure founder akan repeat next batch kat kilang tu kan? Kiranya win-win situation lah ni.
.
.
Tapi uolls kena ingat, produk tu cepat meletop ke tak semuanya bergantung kepada usaha promosi dan marketing Founder tu sendiri.
.
.
Kesimpulannya kat sini kalau nak keluarkan produk jenama sendiri, modal memang perlu dikeluarkan dalam semua peringkat start daripada R&D sampailah ke Marketing. Dari segi pecahan, peringkat pengilangan yang paling banyak gunakan modal melainkan kalau uolls guna iklan kat tv untuk marketkan produk uolls, so marketing/advertising uolls akan makan modal yang besar.
.
.
To those yang berminat nak keluarkan produk jenama sendiri, nasihat Kak Nad, siapkan diri dengan sedikit sebanyak ilmu dalam penghasilan produk jenama sendiri ni. Kalau ada ilmu, niat betul dan jujur dalam bisnes InshaAllah akan dipermudahkan urusan perniagaan tu.
.
.
Semoga topik kali ni dapat beri manfaat kat uolls yang tengah plan nak buat bisnes produk jenama sendiri.
.
.
Senyum Sket
-Kak Nad-

Comments

  1. Terima kasih atas penjelasan..berminat juga nak buat produk sendiri

    ReplyDelete
  2. Thank you 😊. Sy nk tnya selepas produk siap apa yg founder patut dpt dari kilang selain dari kkm? Adakah formula produk juga akan diberikan?

    ReplyDelete
  3. TERBALIK SIA ODM AND OEM ISH

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts