Serum oh Serum!
Assalamualaikum Semua..
.
.
Kalau dulu kita ada 3 produk skincare utama iaitu cleanser, toner dan moisturizer tapi sekarang ada 1 lagi produk skincare yang menjadi kegilaan ramai iaitu SERUM! Serum dikatakan bertindak lagi hebat daripada krim pelembap. Tapi uolls taw tak apa fungsi serum kepada kecantikan kulit?
.
.
Dalam produk skincare, serum ni kiranya on top of the hierarchy lah. Serum ni adalah cairan yang mengandungi konsentrasi zat aktif yang sangat tinggi dan berguna untuk perbaiki struktur kulit macam asid amino, antioksidan, vitamin, pencerah kulit, peptida, hidrasi, atau eksfoliasi. Ia bertindak lebih pantas compared to pakai pelembap biasa sebab saiznya yg nano tu dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit paling dalam tau! Dah tu serum ni jugak bekerja 10 kali ganda lebih kuat daripada pelembap biasa! That's why harga serum ni selalunya agak mahal walaupun dalam botol yang kecik comel jek.
Pakai serum dulu then baru pakai moisturizer & mekap yer.... |
.
Camner cara yang betul nak apply face serum? Tengok video ni :-
.
Orang pakai serum usually sebab nak elokkan kulit muka diorang macam kulit kusam dan tak bermaya, kulit berjeragat, tona kulit tak sekata dan memacam masalah kulit lain lagi. Tapi tak bermakna orang ada kulit bermasalah jer yang boleh pakai serum ni. Orang yang takde masalah kulitpun boleh pakai. Kulit elokpun kena jaga jugak kan? Hehehe...
.
.
Kat sini Kak Nad kongsikan 3 jenis pilihan serum yang terbaik untuk kulit muka :-
.
.
1. Serum Vitamin C
Serum Vitamin C Kiehl's |
.
Serum Vitamin C ni bersifat antioksidan dan paling banyak digunakan. Ia berfungsi untuk mencegah dan melambatkan proses penuaan. Serum-serum yang ada kandungan Vitamin C ni adalah yang terbaik untuk atasi masalah kulit kusam dan bintik-bintik hitam. Serum jenis ni jugak bersifat antiradang which means sesuai untuk semua jenis kulit even to those with sensitive skin.
.
.
Serum ni jugak boleh bantu cerahkan kulit muka taw! Usually serum yang berupaya cerahkan kulit ini mempunyai kadar vitamin C yang agak rendah sekitar 15% jer. Kadar ini boleh meningkat menjadi 20% untuk atasi masalah kulit yang bermasalah.
.
.
2. Serum Vitamin E
Serum Vitamin E The Body Shop |
.
Nutrisi yang terdapat dalam Serum Vitamin E ni lebih mudah larut dalam minyak sehingga mempunyai konsistensi yang lebih berat darpada vitamin yang larut dalam air. Serum ni adalah pilihan terbaik bagi uolls yang nak rawat kulit rosak. Serum ni jugak boleh bantu kulit jadi lebih lembap sebab ia mampu mengunci kadar kelembapan semulajadi kat bawah kulit.
.
.
Manfaat lain Serum Vitamin E ni adalah boleh bantu lindungi kulit daripada pencemaran akibat asap rokok dan kenderaan dan dapat pulihkan kulit terbakar akibat sinar UV dengan lebih cepat. Antioksida yang ada dalam serum ni jugak dapat neutralkan efek radikal bebas hingga kesan pedih boleh hilang dengan cepat.
.
.
3. Serum Kolagen
Serum Kolagen Measurable Difference |
.
Kolagen ni adalah komponen protein pembentuk struktur kulit, otot dan pembuluh darah. Kandungan kolagen dalam badan bergantung kepada faktor usia, cara pemakanan dan gaya hidup.
.
.
Kalau uolls nak taw pada usia 30an, kita akan kehilangan antara 15-20% kolagen dalam badan. Bila umur 50an, kita akan hilang 35-40% kolagen dalam badan! Bila kolagen kurang, fungsi, keanjalan dan ketegangan kulit pun akan berkurang. Sebab tu serum kolagen ni sangat penting untuk bantu jaga keanjalan dan ketegangan kulit. Ia jugak boleh bantu proses penyembuhan parut-parut jerawat kat muka tu.
.
.
.
.
Kak Nad sure uolls perasan lately ni memang banyak jenis serum yang dijual kat pasaran, bukan aje kat drugstore tapi kat kedai-kedai produk kecantikan dan online pun ada. Sure pening kepala kan tengok? Kalau uolls ada masalah kulit yang agak teruk nasihat Kak Nad better uolls pergi jumpa pakar estetik sebab pakar ni akan buat skin test akan bagi solution camna nak atasi specifically untuk kulit uolls tu. Memang kena labur duit sikit tapi berbaloi dengan result yang uolls akan dapat.
.
.
Kalau uolls takde bajet nak jumpa pakar estetik, boleh cuba guna serum yang dijual kat pasaran. But make sure uolls skodeng betul-betul dulu serum yang uolls nak beli tu. Tengok ada tak ingredients yang uolls elergik. Baca review sumer. Tengok ada orang komplen tak. Puas hati baru beli kay?
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer.
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum Sket
-Kak Nad-
Comments
Post a Comment