5 Handbag Paling Mahal Di Dunia!!!


Wanita & Handbag memang tak dapat dipisahkan! Sejak dulu lagi handbag mahupun clutch memang sinonim dengan wanita. Kak Nad sure uolls pun ada koleksi handbag kan? Hahaha...ada yang sayang sangat sampai jarang pakai. Jangan lupa take care of the handbag walaupun uolls jarang gunakan yer.
.
.
Memang tak terkira banyaknya handbag yang dijual kat luar sana tu. Tapi yang menyebabkan certain beg tu jadi menarik tentulah sebab rekabentuk, warna, jenama dan harga. Cakap pasal harga ni, some of us wanita ni sanggup berabis duit demi sebuah handbag idaman, sehingga ada yang mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit.
.
.
Kalau mampu lainlah citer. Kalau tak mampu tapi sanggup ikat perut sebab nak melaram beg idaman camner? Hahaha.... Takper Kak Nad faham. Sekali-sekala ikat perut apa salahnya kan. Yang penting tak kacau duit suami! Hahaha...
.
.
So kat sini Kak Nad nak share 5 beg tangan yang paling mahal kat atas muka bumi ni. Setakat ni lah. Hahaha... Kalau mampu, bolehler beli kan? Kalau tak mampu, kita cuci mata sesamer ajelah yek!
.
.
5) The Louis Vuitton Urban Satchel Bag
.
.
U dont have to say it! I know what's in your mind! Hahaha.... Yes....Kak Nad pun ingat beg ni nampak macam sampah-sarap yg melekat kat beg tu! Tapu uolls taw tak harga beg ni berapa? Haaa.... RM642,000 okay! Sampah yang mahal ni! Hahaha....
.
.
Louis Vuitton Urban Satchel
.
.
Beg yang 'sangat ekslusif' ni dihasilkan daripada kulit yang terbaik dan dihiasi dengan úrban charms'. Louis vuitton menggunakan Ashley Olsen sebagai model untuk iklankan beg ni. Khabarnya kembar Ashley, Mary-Kate, Victoria Beckham dan Anna Wintour berebut nakkan beg sampah ni! Haaiii....dah banyak sangat duit sampai tak tau nak buat apa lah tu gamaknya! Hahaha..
.
.
4) Lana Marks Cleopatra
.
.
Kak Nad memang tak pernah dengar brand ni. Brand Lana Marks ni telah keluarkan sebuah beg yang nilainya ke-4 termahal kat dunia ni iaitu beg Cleopatra yang harnya.....RM1.07 juta.
.
.
Lana Marks Cleopatra

.
.
Beg Cleopatra ni dikeluarkan sekali setahun jek. Beg ni diperbuat daripada kulit buaya yang berwarna perak metalik dan dihiasi dengan 1500 butir berlian hitam dan putih dia atas emas putih 18 karat! Haaaa....geram tak tengok?! Hahaha...
.
.
3) Chanel Diamond Forever Classic
.
.
Beg ni nampak jer macam beg harga mampu milik tapi uolls taw tak harganya RM1.12 juta! Memang tak mampu milik! Hahaha.... Beg serba putih yang nampak sangat elegan ni dihiasi 334 butir berlian di atas emas putih 18 karat. Setiap satu butir berlian tu adalah 3.56 karat!
.
.
Chanel Diamond Forever Classic
.
.
Tali bahu beg ni plak diperbuat daripada emas putih. Hanya 13 buah unit aje yang dijual kat pasaran. So Kak Nad rasa kesemua 13 beg tu dah ada owner!
.
.
2) Hermes Birkin Ginza Tanaka
.
.
Ingat tak Kak Nad pernah post pasal beg Hermes Birkin ni and kenapa beg ni sangat mahal? Well, memang tak sahlah kalau beg ni takde dalam list ni kan? Beg hasil rekaan pereka Jepun Ginza Tanaka ni diperbuat daripada 100% platinum! Haaaa...ambik kau! Hahaha..
.
.
Hermes Birkin Ginza Tanaka

.
.
Tak cukup dengan tu, beg ni jugak dihiasi dengan 2000 butir berlian dan berlian 8 karat berbentuk pir. Tali beg ni dan berlian 8 karat tu plak boleh dijadikan gelang tangan atau rantai leher. Berapa harganya ni? RM8.13 juta ajer yang....Hahaha...
.
.
1) The 1001 Nights Diamond Purse
.
.
Inilah dia beg yang termahal kat atas muka bumi ni! Namanya tu pun dah mahal kan?! Beg ni keluaran House of Mouawad, sebuah syarikat barang kemas yang terkemuka dunia. Beg ni telah diiktiraf oleh Guinness Book of World Records sebagai beg termahal di dunia.
.
.

The 1001 Nights Diamond Purse

.
.
Beg yang sangat glamorous ni memerlukan masa selama 8,800 jam untuk disiapkan oleh 10 orang pofessional. Haaa...lebih setahun tuh! Beg ni dihiasi 4,356 butir berlian colourless, 105 butir berlian kuning, 56 butir berlian merah jambu dan disempurnakan dengan emas 18 karat. Harganya? RM16.26 juta Kak Ros oi!!!
.
.
Kak Nad hanya mampu melihat aje hahaha...Yang mana satu pilihan hati uolls?
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer!
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum Sket

-Kak Nad- 

Comments

Popular Posts