7 Jambatan Paling Pelik Di Dunia


Semua orang tau jambatan dibina untuk mudahkan kita menyeberangi sungai ataupun jalan. Tapi uolls tau tak jambatan jugak boleh dijadikan satu struktur senibina yang unik untuk tarik pelancong dan bukti kehebatan teknologi masa kini? Kat sini Kak Nad kongsikan 7 jambatan yang paling pelik di dunia!
.
.
1) Gateshead Millenium Bridge, England
.
.
Gateshead Millenium Bridge, England

Jambatan ni terkenal dengan jolokan Jambatan Mata Berkelip sebab bentuk dan kaedah pencondongnya. Jambatan yang dihasilkan oleh arkitek dari firma WillkinsonEyre dan jurutera struktur, Gifford ni terletak kat Newcastle Upon Tyne, England.
.
.
.
.
Jambatan ni direka khas untuk pejalan kaki & penunggang basikal aje. Bila ada bot atau kapal kecik nak lalu kat bawah tu, jambatan ni akan digerakkan dengan sistem hidraulik yang memutarkannya ke atas. Jambatan sepanjang 126 meter ni menelan kos sebanyak RM117 juta.
.
.
2) Newport Transporter Bridge, United Kingdom
.
.
Newport Transporter Bridge, United Kingdom

Dibuka buat pertama kali pada tahun  1906, Newport Transporter Bridge yang ni terletak kat Sungai Usk, United Kingdom ni adalah sejenis jambatan pengangkut yang digunakan untuk bawak penumpang dan kereta seberangi Sungai Usk. Kalau dah boleh angkut kereta seberangi sungai tu of courselah structure jambatan ni kuat kan. Panjang jambatan ni 236 meter.
.
.
.
.
Ia adalah satu daripada beberapa buah jambatan jenis ni yang pernah dibina di dunia. Jambatan ni sangat menarik untuk ditonton. Oleh kerana sangat jarang ditemui membuatkannya berada dalam senarai ni.
.
.
3) Laguna Garzon Bridge, Uruguay
.
.
Laguna Garzon Bridge, Uruguay

Jambatan yang direkabentuk oleh arkitek terkenal Rafael Vinoly ni terletak di Garzón, Ururugay. Ia dikatakan pelik sebab berbentuk bulatan lengkap.
.
.
.
.
Ia sengaja dibina berbentuk bulatan untuk memaksa pemandu kenderaan untuk slowlkan speed bila memandu kat situ dan bolehkan pejalan kaki mengakses sepanjang jambatan ini.
.
.
4) Rolling Bridge, London
.
.
Rolling Bridge, London

Sure uolls ternganga kejap tengok jambatan ni kan? Bukan uolls aje, Kak Nad pun sama! Hahaha... Rolling Bridge yang terletak kat Paddington Basin, London ni dibina pada tahun 2004 dan merupakan sebahagian daripada projek Grand Union Canal office and retail development kat Paddington Basin.
.
.
.
.
Rolling Bridge ni merupakan sebuah jambatan gulung yang sangat unik dan pelik. ia menggunakan seksyen segitiga untuk gulungkan dirinya. Mekanisma penggulungan ni dikendalikan oleh satu siri pam hidraulik dan silinder, membolehkan ia bergulung dan kembali semula ke bentuk asal jambatan.
.
.
Jambatan ni memenangi Anugerah Reka Bentuk Struktur keluli British pada tahun 2005.
.
.
5) Eshima Ohashi - Jepun

.
.
Eshima Ohashi, Jepun

Kalau uolls gayat or takut dengan ketinggian, jangan guna jambatan ni! Nampak macam roller coaster kan? hahaha.... Antara aspek yang paling menarik mengenai design jambatan ni adalah ia kelihatan tersangatlah curam daripada sudut-sudut tertentu yang membuatkan sesetengah orang ragu-ragu nak gunakannya! Hahaha...
.
.
.
.
Tahap kecuraman jambatan ni adalah 6.1%. Ia dibina untuk menghubungkan Matsue di wilayah Shimane dengan Sakaiminato di wilayah Tottori dengan menyeberangi Tasik Nakaumi. Ia mengambil masa 7 tahun untuk disiapkan iaitu dari 1997 hingga 2004.
.
.
6) Slauerhoffburg, Netherlands
.
.
Slauerhoffbrug, Netherland

Slauerhoffbrug bermaksud Jambatan Slauerhoff ni terletak kat bandar Leeuwarden, Netherlands. Ia jugak dikenali sebagai jambatan ekor. Ia merupakan sejenis jambatan bergerak. Aspek yang paling menakjubkan pasal design jambatan ni adalah keseluruhan badannya boleh diangkat melalui satu bahagian aje!
.
.
.
.
Ia siap dibina pada tahun 2008 dan dicat dengan warna biru dan kuning yang diambil daripada warna bendera bandar Leeuwarden. Proses menaik dan menurunkan jambatan ni ambik masa 3 minit. Jambatan ni dikatakan satu-satunya jambatan kat dunia yang beroperasi dengan cara memisahkan dan memindahkan jalan tu ke atas secara fizikal supaya bot kecik boleh lalu kat bawah tu. Sejumlah 2500 kaki persegi jalan akan dipisahkan dan diangkat ke atas sehingga 90 darjah!
.
.
7) Lucky Knot Bridge, China
.
.
Lucky Knot Bridge, China

Jambatan yang direka dengan bentuk ala naga berwarna merah ni terletak kat Changsha, china. Ia dibina di atas Sungai Dragon King Harbour. Bukan aje bentuknya yang pelik dan menarik, malah jambatan ni jugak takde permulaan dan pengakhiran sebab dibina secara tersambung antara satu sama lain,macam ikatan tali kasut.
.
.




.
.
Ia merupakan jambatan pejalan kaki yang mempunyai anak tangga dengan jarak 185 meter dan setinggi 24 meter. Jambatan ni adalah hasil rekabentuk firma arkitek Next Achitects dan dibina oleh pasukan dari Beijing dan Amsterdam.
.
.
Pelik tapi menarik kan jambatan-jambatan yang uolls tengok tadi?! Semakin maju teknologi, akan semakin banyak jambatan-jambatan pelik tapi functional yang akan dibina. Bilalah nak ada satu kat Malaysia ni yek? Ke memang dah ada?
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer!
.
.
p/s - Btw, tunggu Kak Nad EVERY FRIDAY 12.30pm LIVE kat FB yer sbb byk perkara yg Kak Nad akan kongsi dgn uolls semua. PERCUMA jer! Penting utk Founder n Stockist ni.. SET SEE FIRST OK.
.
.
Senyum Sket

-Kak Nad- 

Comments

Popular Posts