Bisnes Baru Tapi Dah Bungkus? Ni Sebabnya....


Assalamualaikum Semua...
.
.
Sejak akhir-akhir ni kalau uolls perasan ramai betul anak-anak muda yang berbisnes. Mana taknya, bila hari-hari mata ni disogokkan dengan imej peniaga muda yang berjaya dan popular, sure rasa terdetik kat hati nak jadi camtu jugak kan?.
.
Memang berbisnes ni adalah cara paling mudah nak jadi kaya tapi tak semua orang berbisnes tu berjaya. Ada jugak yang terkandas especially yang baru ceburi bisnes ni. Kat sini Kak Nad nak share 10 sebab kenapa banyak bisnes baru tak boleh bertahan lama dan terus bungkus!
.
.
1) Gagal Urus Kewangan
.
.
Ramai peniaga yg lakukan kesilapan kira keuntungan. Diorang hanya nampak untung kasar jek tanpa ambik kira kos-kos tersembunyi. Ini sekaligus boleh sebabkan bisnes yang baru beroperasi tu alami kerugian dan akhirnya tutup kedai. Selain tu, ramai jugak peniaga yg tak tau kawal kuantiti stok & inventori.
.
.
2) Tak Cukup Ilmu & Experience
.
.
Ramai yang ceburi bisnes secara membabi-buta tanpa ilmu di dada. Actually nak berbisnes ni perlu ada ilmu dulu. Banyak cabang ilmu dalam bisnes yang perlu kita pelajari mcm marketing, accounting, management & customer service.
.
.
Sekarang ni ada banyak kelas & seminar yg dianjurkan untuk didik peniaga baru. Ada yg free ada yg kena bayar. Ikut bajet uolls lah. Tapi tak rugi invest untuk belajar ilmu bisnes ni. Satu aje nasihat Kak Nad, kalau ada bajet lebih, cari mentor & berguru dengan diorang. Sebab diorg dah lebih dulu makan garam dan tahu selok-belok bisnes. Sebaiknya uolls cari mentor drpd jenis perniagaan yang sama.
.
.
3) Niaga Produk/Servis Yang Bukan Kepakaran
.
.
Ada sesetengah peniaga yg memang tabiatnya suka ikut orang lain. Kita niaga kosmetik, dia nak niaga kosmetik. Kita buat wedding planning, diapun nak buat yg sama. Hahaha....
.
.
Sebolehnya elakkan drpd tiru bisnes lain. Gunakan sendiri kepakaran & kemahiran yg uolls ada. Contohnya kalau uolls pandai menjahit, buatlah kelas jahitan or bukak butik. Kalau suka hias rumah, cuba offer servis hiasan dalaman or personal shopper perabot ke kan? Nampak tak?
.
.
Jual produk  atau tawarkan servis yang uolls mahir dan suka. Bila uolls buat benda yg uolls suka barulah takde rasa tertekan and happy jer berbisnes kan?
.
.
4) Tak Nak Kerja Keras
.
.
Ramai peniaga muda just nampak wang ringgit, kemewahan & keuntungan hasil bisnes jek. Diorang tak mau usaha keras. Kata orang "bukan senang nak senang" - which is true! Kalau senang, dah ramai dah jadi jutawan kat luar sana tu kan?
.
.
Certain business perlukan kita kerja lebih masa or kerja on weekend, tak cukup tido, kena angkat barang berat-berat or terpaksa berjauhan dengan family. Pendek kata, uolls kena sacrifice sikit sebelum betul-betul success.
.
.
Tanyalah kat mana-mana peniaga sekalipun, takde sape yg start bisnes dengan goyang kaki depan tv tanpa usaha keras!
.
.
5) Modal Tak Cukup
.
.
Modal yg uolls keluarkan ni perlu kerja keras untuk dapatkan balik keuntungan dengan jumlah yang sama. Modal kat sini tak bermakna uolls kena ada modal yang besar untuk buat bisnes. Tak semestinya kena pinjam dengan bank jugak.
.
.
Yang penting modal kena cukup untuk tampung operasi bisnes at least selama setahun. Selain tu, uolls kena uruskan modal ni dengan baik. Kalau tak, memang hangus camtu jek.
.
.
6) Networking Lemah
.
.
Tak kira apa jenis bisnespun, networking sangat penting. Uolls kena anggap networking ni as a silaturrahim sesama peniaga, pembekal, pelanggan dan semua yg involve dalam bisnes uolls. Networking yang bagus membolehkan bisnes uolls berkembang lebih cepat.
.
.
Ramai peniaga baru takde networking yang padu padahal dalam zaman berinternet sekarang ni lebih senang nak buat networking compared to zaman dulu. Lagi teruk, ada yg layan customer macam sampah. Tak mesra pelanggan langsung. Camna bisnes nak grow kalau tak pandai jaga customer. Uolls kena ingat, tanpa customer, uolls takde bisnes tau! Hahaha...
.
.
7) Malas
.
.
Jangan tak tau, ada peniaga yg tak mau usaha lebih untuk majukan bisnes mereka. Tak nak kuar turun padang untuk pantau dan lihat sendiri how other business are run. Ada jugak yg kurang motivasi dan takde disiplin bila berniaga. Contohnya macam tak bukak kedai ikut waktu operasi, berniaga main-main ataupun kerap cuti!
.
.
8) Tak Tahu / Tak Mahu Selesaikan Masalah
.
.
Bila bisnes ada masalah, ada peniaga yg tak mau selesaikannya dan sanggup biarkan masalah tu berlarutan. Uolls kena ingat, bisnes manalah yg tak pernah alamai dugaan kan. Jangan biar masalah tu drag sampai jadi snowball yg besar! Susah uolls nanti. Cara uolls tangani masalah tu akan tentukan kejayaan bisnes tu. So handle lah betul-betul ya!
.
.
9) Terlalu Fokus Pada Produk Semata-mata
.
.
Ada sesetengah peniaga tak boleh berfikir secara meluas. Diorg lebih banyak tekankan pada produk semata-mata tanpa fikirkan hal-hal macam kaedah marketing yang berkesan dan customer service yang ohsem. Seorang peniaga yang bijak dan berjaya akan ambik kira segala faktor yang pengaruhi bisnes mereka. Sebab tulah Kak Nad cakap tadi ilmu bisnes tu penting.
.
.
10) Tak Dapat Sokongan Moral
.
.
Ada sesetengah peniaga baru yang tak dapat sokongan moral daripada family or friends diorang. Keadaan ni boleh sebabkan diorang rasa down sampai hilang fokus untuk teruskan bisnes. Ada jugak peniaga yang dikelilingi orang-orang negatif yang selalu pandang rendah kat diorang.
.
.
Seeloknya, bawak berbincang dgn family sebelum teruskan plan nak berniaga tu. Cuba buat kertas kerja ramalan untung rugi dan pelan perniagaan supaya diorang lebih faham hala tuju idea bisnes uolls tu. Barulah diorang takde rasa ragu-ragu dan akan sokong uolls!
.
.
So itulah dia sebab-sebab kenapa bisnes baru banyak yang bungkus. Kak Nad harap topik kali ni sedikit sebanyak dapat bukak minda uolls supaya bisnes uolls tak mengalami nasib yang sama. Selamat Maju Jaya!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer...
.
.
xoxo
- Kak Nad -

Comments

Popular Posts