Jom Kenali Royal Jelly & Khasiatnya!


Sape kat sini pernah dengar Royal Jelly? Kak Nad sure ramai yang kat luar sana yang pernah dengar Royal Jelly ni tapi uolls tau tak apa sebenarnya Royal Jelly ni? Royal Jelly memiliki kandungan dan khasiat yang sangat unik dan misteri. Namun, ianya terbukti mampu merawat pelbagai jenis penyakit dan berkesan melawan penuaan. Sebelum Kak Nad citer kebaikannya, better Kak Nad citer dulu asal-usul Royal Jelly ni yek!
.
.
Royal jelly hanya mampu dihasilkan oleh lebah. Ia merupakan susu Ratu Lebah yang jadi makanan utama Ratu Lebah dan larvanya. Berbeza dengan pollen, propolis dan madu. Royal Jelly adalah produk yang dihasilkan sendiri oleh lebah dan bukan merupakan modifikasi daripada produk tanaman atau penternakan yang gunakan bahan kimia. Royal Jelly secara khususnya dihasilkan oleh para lebah melalui pollen dan nectar yan dihirup, kemudian disekresi melalui sesungut istimewa di kepala lebah.
.
.
.
.
Dalam sarang lebah, larva ni diberi makan Royal Jelly. Royal Jelly disuntik masuk ke dalam larva untuk pastikannya dapat nutrient yang cukup. Lepas 3 hari, larva yang diberi Royal Jelly ni akan berubah jadi Ratu Lebah dan akan terus diberi makan Royal Jelly sepanjang hayatnya. Haaaa.....nampak tak istimewanya Royal Jelly ni. Dikatakan Ratu Lebah mampu hidup hingga lebih daripada 5  tahun lamanya! Disebabkan Ratu Lebah diberi Royal Jelly, maka usianya adalah jauh lebih panjang berbanding lebah-lebah lain yang hanya memakan pollen dan madu.
.
.
Apa bestnya Royal Jelly ni? Dah banyak kajian tentang kehebatan Royal Jelly ni tapi belum sepenuhnya mampu merungkai kehebatan sebenar kandungan Royal Jelly yang sangat unik.  Royal Jelly mengandungi asid amino essential, mineral, fruktosa dan glukosa dan juga beberapa jenis vitamin seperti vitamin B, vitamin A, vitamin C, vitamin D, vitamin E dan juga vitamin K.
.
.
.
.
Kandungan lain yang telah dikenalpasti dalam Royal Jelly ialah kolagen yang sangat tinggi, kandungan protein bagi memastikan kesihatan dalaman dan luaran yang berpanjangan dan juga mengawal hormon untuk melawan penuaan. Selain itu, Royal Jelly juga berkesan meningkatkan imunisasi badan dengan adanya gamma globulins dan metal paraben untuk anti-oksidan.
.
.
Selain tu jugak, Royal Jelly turut berkesan merawat infection dalam perut, keletihan, anorexia, ketidaksuburan, jangkitan virus dan bakteria.  Selain mampu tingkatkan imunisasi badan, kajian jugak telah buktikan Royal Jelly ni  sangat berkesan untuk turunkan kolesterol yang tinggi di dalam badan dan jugak terbukti mampu turunkan tekanan darah yang tinggi di dalam badan. Fungsi vitamin di dalam Royal Jelly jugak berkesan untuk cegah penyakit kulit dan mengurangkan risiko kanser kulit. Haaa...nampak tak betapa banyaknya khasiat Royal Jelly ni!
.
.
Khasiat Royal Jelly. Kredit : BeePollenBuzz
.
.
Kesimpulannya, Royal Jelly ni ada banyak khasiat untuk rawat pelbagai penyakit dan juga sebagai suplemen tambahan kepada badan. Dengan adanya kajian-kajian perubatan moden, Kak Nad sure khasiat Royal Jelly ni bakal diterokai dengan lebih dalam dan sure takkan jadi sesuatu yang asing lagi tak lama lagi. Sekarang ni pun dah banyak produk berasaskan Royal Jelly kat pasaran. Cuma nasihat Kak Nad sebelum consume apa-apa supplemen, mintak nasihat doktor dulu yek.
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yek!
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts