Kenapa 31 Ogos 1957?


MERDEKA!!!! MERDEKA!!!! MERDEKA!!!!
.
.
2 hari lagi kita akan sambut Hari Merdeka. Every year kita akan sambut Hari Merdeka pada 31 Ogos. Tahun ni genaplah 61 tahun kita merdeka daripada jajahan British selepas PM kita pada masa tu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj laungkan 'Merdeka' sebanyak 7 kali kat Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Dataran Merdeka).
.
.
Tapi pernah tak uolls tertanya nape tarikh 31 Ogos ni dipilih sebagai hari pengisytiharan merdeka? Nape bukan 30 Ogos ke, 1 September ke? Sape yang pilih tarikh ni? Haaa....nak tau? Jom baca!
.
.
Sebelum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan British pada 1 Januari 1956, satu mesyuarat yang dihadiri Ketua Pemuda UMNO, Tun Sardon Jubir dan timbalannya iaitu Haji Ahmad Badawi (bapa PM ke-5, Tun Abdullah) bersama Mufti Pulau Pinang pada masa tu, Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada Tun Abdullah) telah diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
.
.
Nape Mufti pun terlibat sama? Sebab untuk pastikan tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman berpendapat beliau perlu dapatkan pandangan Syeikh Abdullah Fahim sebab beliau adalah seorang yang tokoh dalam ilmu Falak yang pada pendapatnya mempunyai firasat dah kasyaf.
.
.
Menurut kiraan Syeikh Abdullah Fahim, 31 Ogos adalah tarikh yang baik sebab pada tarikh tu semua planet akan berada dalam kedudukan sebaris. Syeikh Abdullah Fahim jugak cakap kalau tak nak pilih tarikh 31 Ogos tu, the next date yang elok untuk dipilih adalah 31 Ogos 1962. 5 tahun lagi tuh!
.
.
Before Tunku Abdul Rahman maklumkan pemilihan tarikh 31 Ogos 1957 kepada pihak British, Syeikh Abdullah Fahim jugak ada pesan if British tak setuju dengan tarikh tu, pemuda-pemuda UMNO dilarang daripada lakukan kacau-bilau atau nak rampas kuasa daripada pihak British supaya takde perkara lebih teruk berlaku. Jika kemerdekaan tak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki tu, Syeikh Abdullah Fahim mintak supaya tunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.
.
.
Alhamdulillah setelah 3 minggu berunding dengan pihak British, apa yang dihajati telah dimakbulkan Allah SWT. Pihak British setuju dengan tarikh tu. Pada 20 Februari 1956, bertempat kat Dataran Pahlawan, Bandar Hilir Melaka, tarikh 31 Ogos 1957 telah diumumkan sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.
.
.
Sebelum pengisytiharaan kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam kat Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara turunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British kat Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.
.
.
Dengan pengisytiharan tu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa  Ratu Elizabeth II ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari tu jugak Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir kat Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan Tanah Melayu dan balik ke England.
.
.
Menarik kan cerita di sebalik pemilihan tarikh 31 Ogos 1957 ni? Kak Nad sure ramai yang tak tau pemilihan tarikh kemerdekaan kita ni ada kena-mengena dengan ilmu falak.
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer. Semoga sedikit ilmu ni dapat menambah lagi knowledge uolls pasal kemerdekaan negara tercinta kita ni.
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts