Ketawa Baik Untuk Kesihatan!
Assalamualaikum Semua...
.
.
Sebelum uolls baca, Kak Nad nak uolls tengok dulu video sketsa daripada SNL (Saturday Night Live) ni. Dalam sketsa ni kononnya Sofia Vergara & 'Penelope Cruz' (Lakonan Kate McKinnon yang superb!) nak buat shooting iklan shampoo Pantene. Yang bestnya diorang ni especially 'Penelope Cruz' tu kena sebut scientific lingo yang susah dalam iklan ni. Nak taw apa jadi? Tengok dulu video ni!
.
.
.
Haaa...Amacam? Pecah perut tak korang tengok sketsa tu?! Hahahaha...Everytime Kak Nad tengok sketsa ni memang kenot berenti ketawa. Memang kelakor giler! Hilang terus stress bagai sumer!
.
.
Cakap pasal ketawa ni, kat sini Kak Nad nak share sebab-sebab kenapa ketawa ni baik untuk kesihatan kita!
.
.
1) Redakan Ketegangan & Ketakutan - Ketawa akan alihkan emosi negatif dalam diri kita kepada perasaan yang lebih baik dan positif!
.
.
2) Cegah Penyakit Jantung - Bila kita ketawa, kadar degupan jantung akan jadi aktif. So jantung kita kan jadi lebih sihat.
.
.
3) Rendahkan Hormon Stress - Ketawa akan rendahkan hormon seperti cortisol, epineprine (adrenalin) dan dopamin. Bila uolls ketawa, stress pun kurang!
.
.
4) Bakar Kalori - Haaaa....uolls taw tak ketawa selama 10-15 minit mampu bakar sehingga 50 kalori? Tapi nak ketawa tupun agak-agaklah yek. Tak berenti2 karang nanti orang ingat uolls tak betul plak!
.
.
5) Kukuhkan Hubungan - Humor dan ketawa boleh rangsang perasaan positif dan merapatkan hubungan sesama kita.
.
.
6) Mampu Kurangkan Tahap Gula Dalam Darah - Kajian menunjukkan bahawa individu yg ada diabetes mempunyai tahap gula yang lebih rendah lepas diorang makan ketika menonton rancangan komedi.
.
.
7) Bantu Redakan Konflik - Humor mengubah perspektif dan benarkan kita melihat situasi yang kurang memberi ancaman.
.
.
8) Latih & Tenangkan Otot - Ketawa yang baik dapat legakan tekanan, buatkan otot kita rasa tenang untuk tempoh 45 minit.
.
.
9) Naikkan Mood - Kita akan cenderung untuk ketawa 30 kali lebih banyak bila kita bersama orang lain berbanding bila kita sorang-sorang.
.
.
10) Anti-Penuaan - Haaa....nampak tu. Peningkatan bekalan darah ke bahagian muka akan serikan muka dan buatkan kulit kita bertambah sihat.
.
.
11) Kuatkan Sistem Imun Badan - Ketawa boleh tingkatkan sel imun dan antiodi melawan penyakit yang boleh kukuhkan daya tahan badan kita melawan penyakit.
.
.
12) Kurangkan Keinginan Untuk Makan - Ketawa tingkatkan rembesan endorphin yang bantu kurangkan selera makan.
.
.
13) Beri Ketenangan Fizikan & Emosi - Berkongsi gelak ketawa boleh tambahkan keriangan, tenaga dan daya tahan. Humor adalah cara terbaik untuk ubati kemarahan, frust dan pergaduhan.
.
.
14) Tarik Perhatian Orang Lain - Ketawa hubungkan kita dengan orang lain dan ketawa ni boleh berjangkit bila kita sama-sama tak boleh berenti fikirkan perkara humor yang sama. Betul tu!
.
.
15) Kurangkan Kesakitan - Bila kita ketawa, kita melepaskan endorphin, kimia semulajadi dalam badan yang beri rasa feel good yang boleh legakan kesakitan.
.
.
16) Tingkatkan Tenaga & Fokus - Ketawa boleh beri kita lebih fokus bila buat sesuatu kerja dan medapatkan result yang lebih baik.
.
.
Haaaa...amacam? Banyak betul manfaat ketawa yang kita tak sedar kan? Ingatkan boleh kurangkan stress aje tapi banyak lagi manfaat lain rupanya. Sebab tu orang cakap, sehari kalau tak ketawa sungguh rugi! So Rerajinlah ketawa yer lepas ni!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer!
.
.
xoxo
- Kak Nad -
Comments
Post a Comment