Lagi Pasal Produk Fake!



Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua….
.
.
Ingat tak last month Kak Nad pernah cakap pasal fake product? Masa tu Neelofa pernah cadangkan kat kerajaan supaya buat plan baru atasi masalah fake product ni. Kalau uolls perasan lately ni banyak pasal isu counterfeit fake product especially kat Instagram kan? Brand macam dUck, Siti Khadijah dan Naelofar sendiri adalah antara brand tempatan yang paling banyak kena cetak rompak!
.
.
Usually brand popular dan dah established yang selalunya boleh jual beribu unit produk ni lah yang selalu kena cetak rompak. Tak kiralah apa jenis produk sekalipun baik kosmetik, skincare, tudung, telekung etc asal popular aje sure kena cetak rompak. Sebab diorang tau akan ada permintaan walaupun ianya fake. Kalau takde demand, takkanlah boleh beranak-pinak fake produk ni kan?
.
.
dUck Scarves

.
.
Of course those brands can come up with some solutions macam pakai barcode ke, serial number ke, packaging box yang lebih exclusive ke, but apalah makna semua tu kalau kita sebagai pengguna tak support produk ori dan takde kesedaran pasal fake product ni. Kalau betul u peminat scarf brand dUck, support diorang dgn beli yang original. Jangan beli yang fake. Kalau betul u nak belikan mak u telekung Siti Kadijah tu, beli yang ori! Takkan u sanggup tengok mak u pergi solat Jemaah kat masjid pakai telekung cetak rompak kan?
.
.
Tapi ada yg cakap, alah diorg tu dah kaya, kita beli yang fakepun diorg takkan terjejas punya. Siapa kata? Uolls tau tak berapa ramai staffs yang diorang nak kena bayar gaji tu? Camna nak bayar gaji kalau sale terjejas teruk sbb ramai yang beli fake instead of beli yg ori? Camna nak roll duit nak release new product ke kan? Tu belum cakap pasal penat otak fikir pasal nak buat design yang gempak-gempak tapi bila keluar kena cetak rompak pulak! Frust tau sis….
.
.
Box exclusive telekung Siti Khadijah
.
.
Try to put ourselves in their shoes. Pening tak kepala fikir? Frust tu jangan cakaplah. Banyak habis duit kat iklan and marketing sampai semua orang kenal brand u tapi bila tengok sale every month? Ke laut! Frust kan?! Bila dapat tau produk uolls kena cetak rompak, lagilah frust kan? Then uolls came out with so many things to make sure barang u tak kena cetak rompak macam serial number and all but still sale tak naik sebab fake product tu pun dok  tiru serial code ala produk uolls tu. Frust tak?
.
.
In the end, yang boleh fight barang cetak rompak ni adalah pengguna sendiri. U kata u peminat, so beli yang original, jangan beli barang fake. Takde bajet sebab barang tu mahal? Kumpul duit sampai u dapat beli. Kak Nad jamin u akan rasa sangat puashati bila dapat beli yg ori walaupun terpaksa menabung! Sekali sekala apa salahnya kan?! Yang penting jangan beli yang fake sebab bila u beli yang fake tu u sebenarnya support orang-orang di belakang tabir yang bermaharajalela keluarkan produk cetak rompak ni! Uolls tau tak mostly tudung cetak rompak ni drpd Vietnam & kosmetik mostly drpd China? So, stop beli fake product ni. Tolooooongggglah…
.
.
Brand Siti Khadijah turun padang to educate people how to spot fake telekung
.
.
Ada pengguna yang memang tak sedar diorang terbeli yang fake sebab everything sebijik macam original termasuklah harga! Selalunya perkara ni terjadi bila uolls beli online kat reseller atau individual yang claim produk tu ori. That’s why Kak Nad selalu pesan, pergi beli kat official website/store or authorized reseller. Jangan main beli sebarangan kat online tu. Itu aje cara nak elak uolls terbeli produk fake ni.
.
.
Penjual pun kenalah tau produk tu ori ke tak. Jangan main jual aje. Kalau u tau benda tu fake tapi u still jual jugak, kiranya u bersubahat samalah dengan manufacturer barang cetak rompak tu! Takkan u tak sedar kot semua tu. Bayangkanlah u jual kosmetik cetak rompak, lepas tu ada customer u komplen muka rosak teruk lepas pakai barang yang u jual tu. Tak kesian ke kat diorg? Kalau diorg nak saman camner? Tak ke haru?
.
.
Brand Naelofar antara brand tempatan yang terkena tempias cetak rompak
.
.
Those yang memang dalam sedar beli fake produk tu pulak, Kak Nad nasihatkan lepas ni tolonglah berenti beli ya. Sudah-sudahlah tu. Janganlah dok pakai fake dUck scarf tapi berangan macam ori. Tak sama u….kualiti memang tak sama, kepuasan memakai tu jangan cakaplah kan. Lagilah tak sama!
.
.
Samalah kita banteras fake produk!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer…
.
.
Xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts