Movies Of The Week - Filem Patriotik Malaysia!
Assalamualaikum Semua!
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61 ni, Kak
Nad senaraikan 5 filem patriotik yang diadaptasi daripada kisah benar yang
wajib uolls tonton!
.
.
Perlu ke tengok filem patriotik?
.
.
Bila kita tengok filem-filem patriotik ni, sedikit
sebanyak dapat naikkan semangat kenegaraan kita sebagai rakyat Malaysia.
Pengisian filem patriotik bukan pasal perang
semata-mata malah semangat juang juga turut diangkat menjadi tema sesebuah
filem.
.
.
Kalau uolls boleh tengok filem bertema patriotik negara luar macam
the thin red line, black hawk down, fury etc tu, takkanlah tak boleh tengok
filem patriotic negara sendiri ye tak? Hehehe…
.
.
1. Bukit Kepong (1981)
.
.
.
Bukit Kepong (1981) |
.
Filem Bukit Kepong yang ditayangkan pada 1981 ini berkisarkan
mengenai perjuangan pihak polis menentang komunis. Diangkat dari kisah benar
yang terjadi pada tahun 1950, filem arahan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin
ini dilakonkan oleh beliau sendiri bersama Allahyarham Hussein Abu Hassan,
Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.
.
.
.
2. Leftenan Adnan (2000)
.
2. Leftenan Adnan (2000)
.
.
Leftenan Adnan (2000) |
.
.
Filem arahan sutradara profilik Aziz M Osman ini telah diterbitkan pada tahun 2000. Menampilkan garapan kisah benar Leftenan Adnan Saidi yang terjadi semasa Perang Dunia Kedua, filem ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Hairie Othman, Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli dan ramai lagi.

3. Paloh (2003)
.
3. Paloh (2003)
.
.
Paloh (2003) |
.
.
Menggarap kisah benar penduduk daerah Paloh yang terletak di Johor, filem arahan Adman Salleh ini ditayangkan pada tahun 2003. Mengangkat kisah penduduk Tanah Melayu yang terpaksa hidup dalam tekanan akibat berlakunya konfrontasi antara pihak tentera Jepun dengan Parti Komunis Malaya, Paloh dibintangi oleh Janet Khoo, Nam Ron, Ellie Suriaty dan ramai lagi.

4. 1957: Hati Malaya (2007)
.
4. 1957: Hati Malaya (2007)
.
.
1957 : Hati Malaya |
.
.
Diterbitkan pada tahun 2007 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia
yang ke-50, filem hebat ini diarahkan oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba.
Berkisarkan mengenai golongan muda tempatan yang berusaha untuk menerbitkan
sebuah buku bergambar yang bertajuk 1957 - Hati Malaya, filem ini turut
menyelitkan kisah benar mengenai perjuangan untuk mencapai kebebasan.
Filem ni dibintangi Rusdi Ramli, Maya Karin, Sharifah Amani, Nanu Baharuddin
dan ramai lagi.
.
.
.
5. Tanda Putera (2013)
.
5. Tanda Putera (2013)
.
.
Tanda Putera (2013) |
.
.
Filem adaptasi kisah benar ini memaparkan hubungan persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Filem ini turut diarahkan oleh pengarah prolifik Datin Paduka Shuhaimi Baba. Tanda Putera dibintangi oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim dan ramai lagi.

Selamat Menonton & Berhujung Minggu!
Xoxo
Kak Nad
.
.
#bukitkepong
#leftenanadnan
#paloh
#1957hatimalaya
#tandaputera
Comments
Post a Comment