Movies Of The Week


It's time for movies of the week! 😁
.
.
Apa xtvt uolls weekend ni? Kalau takde nak gi mana2 jom kita layan movie kat rumah! Movie apa yek untuk minggu ni? 🤔
.
.
Kali ni Kak Nad nak rekomen 3 movies yang best kat uolls. Maybe some of u belum pernah tengok movie ni lagi. As usual, sinopsis movie ni Kak Nad buat kat setiap poster movie tu yer…
.
.
Beastly (2011)
..

Beastly (2011)
Genre : Drama, Fantasy, Romance

Kyle Kingston (lakonan Alex Pettyfer) adalah seorang pelajar popular yang tak tau hormati rakan sekelas dia. Apabila dia menang kerusi presiden sebuah kelab kat sekolah tu, Kyle buat satu plan untuk kenakan balik musuh dia dalam pencalonan tu iaitu Kendra (lakonan Mary-Kate Olsen), yang jugak dipanggil “witch” kat sekolah tu. Kyle invite Kendra datang kat party dia as a date tapi bila Kendra sampai jer kat party tu, Kyle cakap Kendra tu berangan jer lebih sebab takde sape yang nak date dengan witch!
.
.
Walaupun dah dimalukan depan bebudak sekolah tu, Kendra dengan coolnya telah baca satu spell yang  membuatkan Kyle jadi hodoh, sehodoh jiwanya tu. Lagi teruk, Kendra cakap, Kyle kena cari cinta sejati dalam masa setahun, someone yang boleh mencintai dia despite muka dia yg hodoh tu. Kalau tak dapat cari, Kyle akan kekal hodoh selama-lamanya. Haaa….ambik kau!
.
.
Of course Kyle cuak. Semua doctor cakap takde apa yg boleh diorang buat. Kylepun sembunyikan diri kat sebuah apartment dengan seorang pembantu rumah dan seorang tutor yg buta.
.
.
Harapan terkahir Kyle sekarang bergantung kepada Lindy (lakonan Vanessa Hudgens), kawan sekolah dia yang sebelum ni dia tak pernah ambik pedulik pun. Adakah Lindy akan jatuh cinta dengan Kyle dan dapat reverse balik spell tu? Uolls kena tengok!
.
.
White Chicks (2004)
.
.
White Chicks (2004)

Genre : Comedy crime

Movie ni memang movie lama tapi everytime Kak Nad tengok memang tak pernah tak ketawa. Mesti ketawa walaupun dah banyak kali tengok. Tak jemu!
.
.
Movie ni pasal dua ejen FBI Kevin & Marcus Copeland yang fall in disgrace sebab gagal dalam misi diorang. Untuk raih kepercayaan boss diorang semula, diorang pun offerkan diri untuk jadi bodyguard kepada 2 socialite terkenal, Britney & Tiffany Wilson yg akan datang ke Hampton untuk sebuah majlis social.
.
.
Diorang pun pi jemput the Wilson Sni sters ikat airport. Otw dari airport ke hotel, diorang terlibat dgn accident yg sebabkan hidung & bibir Wilson Sisters tu cedera. Of courselah kan Wilson Sisters tu tak nak pergi majlis tu dalam keadaan diorang yang dah sedikit hodoh tu.
.
.
Untuk selamatkan keadaan, Kevin & Marcus pun menyamar jadi Wilson Sisters sepanjang majlis tu. Yang bestnya Wilson Sisters tu tak tau Kevin & Marcus menyamar jadi diorang. Even ejen FBI lain pun tak tau yang datang tu Britney & Tiffany Wilson tiruan! Memang kelakar gila! Tapi dapat ke diorang rahsiakan penyamaran tu sampai semuanya selesai?
.
.
Uolls kena tgk movie ni. Memang banyak scene yang kelakar!
.
.
Before I Wake (2016)
.
.
Before I Wake (2016)
Genre : Drama, Fantasy, Horror, Thriller


Mark & Jessie (lakonan Thomas Jane & Kate Bosworth) baru aje kehilangan anak tunggal diorang yang mati lemas dalam tab mandi. Untuk menyembuhkan rasa sedih dan kehilangan tu, diorangpun ambik seorang nak angkat yang cute, Cody (lakonan Jacob Trembley), 8 tahun.
.
.
Kat rumah, Cody sangat takut untuk tido sebab kalau dia bermimpi, apa yang dia mimpikan tu akan jadi real. Cody bgtau Jessie yg dia takut nak tidur. Jessie pulak ingat benda tu hanya takut semulajadi bebudak. Dia sanggup tak tido malam sampaikan Jessie risau dengan keadaan Cody tu.
.
.
Tapi satu hari diorang dikejutkan dengan kemunculan anak diorang yang dah mati tu secara tiba-tiba kat kat ruang tamu. Rupa-rupanya itu semua adalah mimpi Cody yang boleh jadi real. Masalahnya bukan aje mimpi yang best aje boleh jadi real tapi nightmares pun sama jugak!
.
.
Yang teruknya lagi, apa yg Cody mimpikan tu terjadi serentak masa dia tgh mimpi tu. Haaaa….Sebab tu Cody takut nak tido! Orang-orang kat luar boleh terkena kalau dia nightmares yang bukan-bukan!
.
.
Apa sebenarnya yang sebabkan mimpi Cody ni boleh jadi real? Haaa…..uolls kenalah tengok sendiri.
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer!
.
.
Happy weekend uolls! ☺️
xoxo
- Kak Nad-

Comments

Popular Posts