Movies Of The Week


It's time for movies of the week! 
.
.
Apa xtvt uolls weekend ni? Kalau takde buat apa-apa jom kita layan movie kat rumah! Movie apa yek untuk minggu ni? 
.
.
Kali ni Kak Nad nak rekomen 3 movies yang best kat uolls. Kali ni pasal volleyball dan tennis! Semua movie ni diinspirasi daripada kisah benar tau!
.
.
Maybe some of u belum pernah tengok movie ni lagi. As usual, sinopsis movie ni Kak Nad buat kat setiap poster movie tu yer…
.
.
The Miracle Season

The Miracle Season (2018)
Genre : Drama, Sport
.
.
Filem ni berdasarkan kisah benar team volleyball perempuan West High School. Diorang ni juara bertahan peringkat negeri. Tapi satu hari star player diorang Caroline “Line” Found terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Diorang rasa sangat down dengan kematian Line sampaikan takde semangat nak practice and selalu kalah dalam pertandingan.
.
.
Kematian Line lebih dirasai bestfriend dia since kecik, Kelley Fliehler (lakonan Erin Moriarty). Tapi Coach Bresz (lakonan Helen Hunt) cakap team mate diorang lookout to her now sebab dia bestfriend Line. Slowly Kelly and teammate bina balik semangat diorang. Tapi dapat ke diorang layakkan diri ke state tournament once again & defend the title? Uolls kena tengok!
.
.
Miles
Miles (2018)
Genre : Comedy, Drama, Sport, Family
.
.
Sebuah lagi movie pasal volleyball yang inspired from true story! Miles ni sorang high school senior yang sanggup tinggalkan kampung halaman untuk masuk ke sekolah filem. Unfortunately bapak Miles dah songlap college fund dia and spent them all kat his mistress!
.
.
With no cash and mula nampak macam dah takde masa depan lagi, Miles terpaksa cari jalan keluar until one day dia jumpa satu volleyball scholarship program yang wujud antara sekolah dia dengan Loyola University kat Chicago.
.
.
The catch? The only valleyball team yang wujud kat sekolah dia adalah team pompuan jer! Takde team lelaki! But Miles find a loophole yang membolehkan dia join team volleyball pompuan tu so apalagi, dia joinlah kan! Memang bikin havoc jugaklah sebab banyak team cakap tak adil sebab ada lelaki dalam team pompuan tu.
.
.
So apa nasib Miles dalam team volleyball tu? Dapat ke dia stay dalam team tu & convince professor drpd university yang akan judge samada dia layak untuk biasiswa tu atau tak? Uolls kenalah tengok kalau nak tau!
.
.
Battle of the Sexes
Battle of the Sexes (2017)
Genre : Biography, Comedy, Drama, Sport
.
.
Sape peminat tegar tenis sure tau pasal perlawanan tenis perempuan lawan lelaki ni! Salah satu acara sukan paling ditonton pada tahun 1973 adalah perlawanan tenis di antara pemain wanita terhebat iaitu Billie Jean King dan bekas juara lelaki Bobby Riggs. Dalam filem ni watak Billie Jean King dilakonkan dengan begitu convincing sekali oleh Emma Stone dan watak Bobby Riggs dilakonkan oleh Steve Carrell.
.
.
Perlawanan ni dicadangkan oleh Bobby Riggs yang confident gila dia akan menang selain sebab nak relive his glorious past. Billie Jean King plak setuju dengan challenge ni sebab dia nak fight for equal prize money for women.
.
.
Walaupun orang awam melihat ia adalah perlawanan sengit di gelanggang, di luar gelanggang kedua-dua mereka mempunyai masalah peribadi di mana King bergelut dengan seksualitinya dan Riggs perlu berdepan dengan ketagihan berjudi.
.
.
So to those yang tak tau pasal citer lagi, better uolls tengok. Yang memang minat tenis tu, jom layan sekali!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer!
.
.
Happy weekend uolls! ☺️

Comments

Popular Posts