Paraben Dalam Kosmetik : Betul Ke Bahaya?


Assalamualaikum Semua...
.
.
Hari ni Kak Nad nak sentuh sikit pasal Paraben ni sebab ada customer yang tanya betul ke paraben ni bahaya sampai boleh sebabkan kanser payudara?
.
.
Kalau uolls search kat internet tu memang mcm2 artikel kuar pasal ni. Ada yg kata bahaya, ada yang kata tak bahaya. Tapi kalau uolls baca artikel-artikel yang terkini pasal paraben ni, mostly cakap tak bahayapun.
.
.
Banyak organisasi antarabangsa telah meneliti kesan paraben pada kulit. Kat USA, American Cancer Society & FDA telah melihat paraben dari sudut eksperimen dan perubatan. Diorang nyatakan 3 jenis paraben utama dalam produk kosmetik iaitu methyparaben, propylparaben & butylparaben adalah selamat digunakan. Diorang dapati paraben pada kosmetik tidak boleh rosakkan kesihatan dan sebabkan kanser payudara. Health Canada pulak cakap takde lagi bukti hubungan antara paraben dan kanser payudara.
.
.
Apa sebenarnya paraben ni?
.
.
Paraben ni sejenis pengawet yang digunakan dalam produk kosmetik & skincare untuk memanjangkan jangka hayat produk tu. Yalah kalau tak letak mau produk tu bleh tahan 3-6 bulan aje. Lepas tu kena dispose. Tak ke rugi pengeluar tu nanti. Pengguna yang beli pun rugi jugak sebab produk cepat expired.
.
.
Selain memanjangkan shelf life produk tu, paraben jugak mencegah pertumbuhan bakteria dan hindari produk tersebut daripada berkulat.Dengan adanya paraben ni, bolehlah produk tu bertahan 12-24 bulan. Produk mcm deodoran, syampu, losyen badan dan mandian usually ada paraben.
.
.
Cosmetic Ingredient Review (CIR) membuat kesimpulan bahawa paraben ni selamat digunakan sehingga 25%. Tapi kebanyakan produk yang ada kat pasaran hanya guna sekitar 0.01%-0.03% aje. So kuantitinya tu memanglah teramat kecik.
.
.
Badan kita boleh absorb paraben melalui dua cara, melalui kulit dan mulut. Yang melalui kulit ni of courselah by produk kosmetik, skincare dan ubat sapuan luar. Melalui mulut ni pulak melalui ubat-ubatan makan. Jgn tak tau ada ubat yang ada kandungan paraben jugak tau.
.
.
Menurut Skin Inc. paraben akan disingkirkan dari badan dalam tempoh 36 jam melalui air kencing.
.
.

.
.
Apa yang Kak Nad dapat katakan kat sini, paraben ni tak berbahaya dan tak boleh datangkan kesan kronik pada diri kita. Kalau dah pakar-pakar kata tak bahaya, maknanya selamatlah digunakan. Ada jugak yg gunakan kes paraben ni sbg marketing strategy untuk lariskan produk diorang, usually produk organik sbb produk organik ni memang paraben free tapi harganya memang mahal. So tepuk dada tanya selera.
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer...
.
.
xoxo
Kak nad

Comments

Popular Posts