Tips Pilih Moisturizer Sesuai Dengan Kulit Wajah


Toner? Dah. Primer? Dah! Setting spray? pun Dah! hmmm...tapi nape muka ni still berminyak ek? Even worse, boleh nampak pori-pori muka plak tu, padahal dah pakai foundation tebal nih! Haisshhh....apa nak buat ni??!!
.
.
Haaaa...mesti ada nata uolls yang pernah lalui situasi ni kan? Kebanyakan muka wanita berminyak kat zon-T tapi kering kat bahagian pipi. So kenalah pakai mositurizer jugak kan?
.
.
Sama jugak macam kita pilih pencuci muka ikut jenis kulit muka kita, nak pilih skincare produk pun penting supaya tak datangkan masalah yang lebih serius.
.
.
So camna caranya nak pilih mositurizer yang sesuai dengan kulit supaya kulit muka kita tak memanjang berminyak aje? Jom Kak Nad kongsi sikit tips ni.
.
.
Basically ada 3 jenis moisturizer iaitu krin, gel dan losyen. So kat sini Kak Nad bagi tips ikut jenis kulit ya.
.
.
1) Kulit Kering = Moisturizer jenis KRIM
.
.
Kalau kulit uolls jenis kering dan terasa menegang, uolls kena pakai mositurizer jenis krim ni. Krim biasanya mengandungi 50% minyak dan 50% air. Ia memang berfunsi untuk memulih kulit kering dan berpigmentasi.
.
.
Tapi moisturizer jenis krim ni akan halang kemasukan udara ke dalam kulit sekaligus susahkan nutrisi untuk diserap ke dalam kulit. So Kak Nad syorkan uolls apply nipis aje krim tu ya.
.
.
2) Berminyak / Kombinasi = Moisturize jenis GEL
.
.
Bagi yang ada kulit berminyak atau kombinasi (kering + berminyak), moisturizer jenis gel adalah pilihan yang bijak sebagnya formula gel ni mengandungi kadar lembapan air yang bebas minyak!
.
.
Bedak asas dan primer usually ada kandungan minyak ynag tinggi, so kalau uolls guna moisturizer jenis krim, muka uolls akan nampak lebih berminyak!
.
.
Seeloknya guna mosturizer jenis gel ni sebab ia boleh salurkan lembapan yang cukup untuk kulit dan memdahkan uolls sapu mekap kat muka tu.
.
.
Those yang kulit berjerawat, Kak Nad syorkan guna moisturizer jenis gel ni jugak sebab takut kalau uolls guna jenis krim or losyen, pori-pori muka uolls akan tersumbat dan kuarlebih banyak jerawat plak nanti!
.
.
3) Kering Extreme = Moisturizer Jenis LOSYEN
.
.
Kulit mengelupas sampai terasa perit dan pedih? Uolls kena guna moisturizer jenis losyen ni sebab loyen mengandungi kadar lembapan yang lebih tinggi compared to gel dan mampu serap lebih bagus ke dalam kulit.
.
.
Formulasi losyen jugak kaya dengan nutrisi lain yang boleh bantu atasi kekeringan kulit dengan lebih cepat di samping melembapkan.
.
.
4) Kulit Normal = Moisturizer Jenis GEL
.
.
Beruntungnya sape yang ada kulit normal ni sebab kelembapan kulit semulajadi dah cukup baik, so  pakai moisturizer just untuk mempertahankan kelembapan tu aje! Kak Nad sarankan moisturizer jenis gel sebab tekturnya yang ringan dan takkan buat muka terasa berminyak!
.
.
So apalagi, kalau uolls dah salah guna moisturizer tu, jom tukar ke moisturizer yang sesuai dengan kulit uolls ya!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts