Urban Legend - Isabella....


Dia Isabella....
.
.
Haaa.....sape yang tak tau lagu Isabella kumpulan Search tu kan? Tahun 1989 tu memang berhantu lah lagu tu! Kiri kanan depan belakang memanjang lagu Isabella aje!
.
.
Bila Kak Nad terdengar lagu Isabella ni kat radio tetiba jer meremang bulu roma. Dah lama tak meremang disebabkan lagu Isabella ni. Last time jadik camni tahun 1989 tu jugaklah! Haaaa.....jangan tak tu, time tu jugak ada satu kisah seram yang bermain dari bibir ke bibir bebudak time tu!
.
.
Kisah seram apa tuh? Pasal Isabella ni lah! Sesiapa yg sezaman dgn Kak Nad sure pernah dengar pasal hantu Isabella. Camner popularnya lagu Isabella tu, camtu jugaklah popularnya pasal hantu Isabella ni.
.
.
Kak Nad pun sebenarnya ingat-ingat lupa pasal hantu Isabella ni. Yang Kak Nad ingat Isabella ni kononnya sebelah mukanya cantik & sebelah mukanya hodoh sebab langgar pantang. Katanya masa tu dia amalkan ilmu hitam untuk cantikkan muka. Untuk dapatkan muka yang cantik tu dia kena berpantang - tak boleh tengok cermin langsung! Kak Nad tak ingatlah plak berapa lama dia kena berpantang tu!
.
.
Nak dijadikan citer, si Isabella ni jadik tak sabar bila ramai sangat yang puji muka dia makin lama makin cantik. Yelah kalau uolls pun sure kembang kempis hidung bila orang puji camtu kan? Disebabkan tak tahan dengan pujian-pujian tu, Isabella pun langgarlah pantang dia tu! Akibatnya muka dia jadi sebelah cantik sebelah hodoh!
.
.
Yang Kak Nad ingat setakat tu ajer. Kenapa dipanggil hantu Isabella pun Kak Nad tak ingat. Maklumlah benda ni jadik tahun 1989 kan. Budak kecik lagi! Kak Nad ada jugak google kot2 ada citer pasal ni sikit aje yang kuar. Tupun ada macam2 versi. Ada yg cakap muka dia hodoh sebab langgar pantang makan sate. Ada yang cakap dia ni gadis kilang yang kena bunuh lepas kena rogol.
.
.
Sesiapa kat luar sana yang still ingat pasal kisah seram ni, yang ingat nape dia dipanggil hantu, sudi-sikanlah komen kat bawah yek. Boleh kita sharing-sharing memori urban legend kita zaman kecik-kecik dulu. Kalau uolls ada citer seram lain yang nak share pun boleh share kat sini!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yek!
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts