Bagusnya Kulit Pisang Ni!!!


Kita semua tau tentang khasiat pisang sebagai contoh boleh bantu untuk mudah tidur dan juga untuk legakan ketidakselesaan pada perut. Usually orang anggap pisang ni senang nak dibawa kemana-mana dan juga sedap dimakan bersama roti contohnya.
.
.
Tapi kalau cakap pasal kulit kulit pisang, usually memang ke tong sampah ajelah tempatynya kan? Uols tau tak sebenarnya kulit pisang ni banyak kegunaan dan kebaikannya? Haaa….tak tau ler tu hehehe….
.
.
Daripada uols buang tu lebih baik uols baca camna nak gunakan kulit pisang yang Kak Nad kongsikan di sini:-
.
.
1. Menyuburkan pokok tomato – balutkan kulit pisang kat sekeliling tomato supaya ia dapat menyerap nutrisi daripada kulit pisang.
.
2. Digunakan di dalam kompos – kulit pisang cepat diurai dan mampu berikan banyak nutrisi penting kepada tanaman.
.
3. Makanan kepada tanaman dalam – rendam kulit pisang di dalam bekas air yang besar, then campurkan 1/6 air rendaman kulit pisang itu dengan 5/6 air biasa di dalam bekas penyiram untuk menyuburkan tanaman.
.
4. Melegakan ruam dan kegatalan – sapukan kulit pisang pada gigitan serangga atau ruam untuk mengurangkan kegatalan dan menggalakkan penyembuhan.
.
5. Makanan kepada haiwan – tambahkan sedikit tanah dan kulit pisang yang kering untuk diberikan sebagai makanan kepada ayam, arnab dan lembu.
.
6. Menyediakan cuka – kulit pisang ditambah pada cuka untuk memberikan rasa cuka kulit pisang yang masam. Sesuai untuk dicampur bersama salad.
.
7. Melembutkan daging – letakkan kulit pisang yang masak di dalam kuali pemanggang untuk memastikan daging akan empuk dan lembut semasa memasak.
.
8. Makan kulit pisang – memberikan sumber nutrisi yang baik seperti fiber dan anti-oksida. Didihkan kulit pisang selama 10 minit, masukkan ke dalam pengisar atau campurkan bersama buah-buahan yang lain.
.
9. Menarik perhatian burung dan rama-rama – letakkan kulit pisang yang terlebih masak di taman dan perhatikan sekumpulan burung atau rama-rama tertarik pada kemanisan kulit pisang tersebut.
.
10. Melicinkan bahan kulit dan perak – sapukan kulit pisang pada kasut kulit, jaket ataupun perabot dan lapkan dengan kain lembut. Kisarkan kulit pisang bersama air dan gunakan untuk mengilatkan barangan perak.
.
.
Haaa…..nampak tu? Banyak kan kegunaan kulit pisang ni? So lepas ni janganler terus campak jer kulit pisang tu kat dalam tong sampah yer….
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dgn kengkawan yer!
.
.
p/s - LIKE page kami untuk kisah2 benar yang dapat memberi inspirasi untuk kita agar tidak mudah PUTUS ASA. REZEKI Allah Maha Luas dan yang pasti Tak pernah SALAH Alamat…
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts