Duit Gaji Asyik Tak Cukup Aje?!


Belum sampai hujung bulan, poket dah kering. Duit keluar macam air. Stress giler dibuatnya. Sometimes tak tau mana silapnya duit gaji tak pernah cukup. Puas berjimat, belanja ikut bajet tapi ada aje tak kena. Jangan kata nak menabung, nak bayar bil pun sometimes sangkut!
.
.
Ada tu gaji memang besar tapi tak pernah cukup. Nak menyimpan pun tak dapat. Ada jugak yang gaji kecik tapi every month dapat menabung walaupun sikit aje jumlahnya. Kenapa yek? Pernah tak uols tertanya? Hmmm...
.
.
Sebelum kita salahkan sesiapa dan keep on merungut, apakata kita audit balik diri kita ni. Muhasabah diri. Sure ada silap kita sampaikan rezeki tak lekat.
.
.
Jom amalkan 5 perkara ni. Buat dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. InshaAllah rezeki takkan putus malah semakin bertambah.
.
.
1) Bayar Hutang
.
.
Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tanghuh-tangguh especially kalau dah janji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang pinjamkan duit tu tak happy. Sure dia rasa marah dan maybe dok sumpah seranah kita!
.
.
Diorang ni dikira orang ynag teraniaya tau. Doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita dapat masalah macam kereta rosak, tayar pancit, kena saman ke. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita 'diambik' dengan cara paksa. So, bukak mata hati yer. Bayar balik hutang kalau nak hidup senang.
.
.
2) Bagi Duit Pada Mak Ayah
.
.
Jangan lupa bagi duit kat parents. Sikit ke banyak ke tak kisah asalkan yang termampu. Bagi every month. Kak Nad sure diorang akan rasa sangat happy dengan pemberian tu dan akan mendoakan kita dimurahkan rezeki.
.
.
Buat baik dengan mak ayah. Jangan derhaka dan jangan kedekut dengan diorang. Amalkan tips ni mesti rezeki tak putus sebab mendapat keberkatan.
.
.
3) Sedekah
.
.
Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki ialah bila kita bersedekah. Bila kita bersedekah, kita meringankan beban orang yang dalam kesusahan. Maka Allah akan gandakan rezeki kita dan beri kita kesenangan.
.
.
Jangan berkira nak bagi sedekah. Boleh bagi kat sape aje yang kita mahu. Kat tabung masjid, tabung anak yatim, tabung madrasah dan macam-macam lagilah. Beri sekadar termampu. Sedekah RM1 seminggu kat masjid pun ok. Tapi uols kena ingat, bersedekah ni kena ikhlas ya dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
.
.
4) Buat Baik Pada Haiwan
.
.
Haaa.....haiwan pun ada perasaan tau. Jangan dera. Layan diorang dengan kasih sayang. kalau ada kucing lapar, bagilah kucing makan. Kalau ada yang cedera, bawak gi klinik untuk dirawat. Jangan zalim dengan haiwan sebab diorang ni jugak makhluk Allah.
.
.
Jangan tak tau, bila kita buat baik dengan haiwan, diorang akan doakan kesejahteraan kita. Rezeki kita akan bertambah. yakinlah dengan janji Allah.
.
.
5) Solat Dhuha
.
.
Ingat tak 2 minggu lepas Kak Nad ada share pasal kelebihan solat Dhuha? Dalam Islam dah diajar, salah satu amalan untuk murahkan rezeki adalah dengan lakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten, yakin dengan Allah. InshaAllah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada Allah
.
.
Buat 2 rakaat atau 4 rakaat. Ikut kemampuan kita. Tak rugipun spend 10 - 15 minit sehari meminta Allah melimpahkan nikmatnya pada kita.
.
.
Itulah dia 5 amalan punca keberkatan rezeki tak pernah putus. Kita takkan menjadi miskin dengan berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain especially dengan mak ayah kita.
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer...
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts