Kelebihan & Panduan Menunaikan Solat Sunat Dhuha


Assalamualaikum semua…hari ni Kak Nad nak share sikit info pasal kelebihan melakukan solat sunat dhuha.
.
.
Kak Nad sure ramai kat luar sana especially yang berniaga rajin buat solat sunat dhuha ni untuk dimurahkan rezeki. Even Kak Nad galakkan staff Kak Nad tunaikan solat sunat dhuha ni everyday kat office. Bukan aje sebab untuk dimurahkan rezeki tapi ada beberapa kelebihan lain yang kita boleh dapat.
.
.
Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, “Demi waktu dhuha”, Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya. Ini bermaksud dhuha adalah waktu yang sangat penting.
.
.
Maka dengan itu, Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan solat sunat dhuha. Waktunya adalah dari naik matahari dan berakhir ketika matahari tergelincir, tetapi sunat diakhirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik atau boleh disimpulkan dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi adalah waktu yg sangat tepat untuk mengerjakan solat sunat dhuha.
.
.
Abu Hurairah RA berkata:

“Kekasihku – Rasulullah SAW – mewasiatkan tiga hal padaku : berpuasa tiga hari setiap bulannya, melaksanakan solat dhuha dua raka’at dan solat witir sebelum tidur.”

(Muttafaq ‘alaih)
.
.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah tersebut jelas, solat sunat dhuha ni adalah antara amalan sunnah yang tak boleh diambil mudah akan kebesaran fadhilatnya.
.
.
Malangnya, ramai yang still anggap solat dhuha ni hanya terhad kepada ‘pembuka rezeki’. Sebenarnya banyak lagi manfaat & kelebihan solat dhuha ni tau.
.
.
Meh Kak Nad share kelebihan dan keutamaan solat dhuha berpandukan kepada hadis-hadis Nabi Muhammad SAW.
.
.
#1 Diberi Pahala Sedekah
.
.
Solat dhuha adalah cara paling ‘murah’ untuk dapatkan pahala bersedekah. Begitu indahnya ajaran Islam, sampai hampir takde alasan untuk seseorang itu untuk tak melalukan amal soleh. Semuanya ditunjukkan cara.
.
.
“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat munkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.”

(Hadis Riwayat Muslim)
.
.
#2 Tergolong Dalam Kalangan Orang Yang Bertaubat
.
.
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha dia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah SWT
.
.
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

(Hadis Riwayat Hakim)
.
.
Bahkan dosa-dosa yang terdahulu turut terampun dengan melakukan solat dhuha!
.
.
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
.
.
#3 Pintu Rezeki Dibuka Seluas-Luasnya
.
.
Kebiasaannya fadhilat inilah yang sering jadi tumpuan mereka yang selalu buat solat dhuha. Sekalipun tidak salah, seharusnya bukan hanya semata-mata fadhilat ini yang kita kejar.
.
.
“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”

(Sahih al-Targhib: 666)
.
.
#4 Berpahala Seperti Mengerjakan Umrah
.
.
“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”

(Sahih Al-Targhib: 673)
.
.
#5 Disediakan Sebuah Rumah Di Syurga
.
.
“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”

(Sahih al-Jami’: 634)
.
.
Oleh itu, jelas sekali kelebihan-kelebihan solat sunat dhuha ni dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang tunaikan solat sunat ini. Lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.
.
.
.
.
Panduan Menunaikan Solat Sunat Dhuha
.
.
Panduan Menunaikan Solat Sunat Dhuha

.

.
Semoga solat sunat dhuha ini bukan aje menjadi pembuka rezeki kita semua tetapi menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT. Aamin…
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer…
.
.
Kak Nad

Comments

Popular Posts