Movies Of The Week!!!


Assalamualaikum semua.....wah nampaknya bercuti panjang lagi kita hujung minggu ni yek!  Apa plan uols kali ni? 
.
.
Those yang takde nak gi memaner and lepak umah jer tak tau nak buat apa, meh Kak Nak rekomenkan 2 movie yang best untuk uols tonton!
.
.
Maybe some of you tak pernah tengok lagi movie ni. As usual, sinopsis ada kat movie tu yer...
.
.

Walk Of Shame (2014)
.
.
Walk Of Shame (2014)
Genre : Comedy
.
.
Meghan (Elizabeth Bank) seorang pembaca berita yang bercita-cita tinggi di Los Angeles. Selepas gagal satu ujibakat untuk jawatan pembaca berita di sebuah broadcasting company yang besar, Meghan pun pergi berparti dengan best friends dia untuk ubati kekecewaannya tu. Kat situ dia yang dalam keadaan mabuk telah berkenalan dengan seorang bartender, Gordon (James Marsden) yang handsome.
.
.
Esoknya dia terjaga dari tidur kat rumah Gordon and terus check mesej kat phone dia. Ejen dia bagitau yang Meghan still berpeluang untuk dapatkan jawatan pembaca berita tu tapi dia kena datang ke audition tu sekali lagi sebelum pukul 5pm. Apalagi Meghan pun terus bergegas blah daripada rumah tu.
.
.
Malangnya kereta yg dia park kat situ dah kena tarik sebab parking kat temnpat yang tak dibenarkan. Dahlah handbag dia ada dalam kereta tu, handphone dia plak tertinggal kat rumah Gordon. Lagi malang bila dia tak ingat nombor rumah Gordon tu dan tak tahu sekarang dia berada kat area mana sebab tak familiar dengan area tu!
.
.
Haaaa....kat sini bermulanya walk of shame Meghan yang terpaksa cari jalan untuk pergi ke audition tu on time! Uols kena tengok sebab citer ni memang kelakar gila! Macam-macam perkara yang Meghan terpaksa tempuhi!
.
.
What Happened To Monday (2017)
.
.
What Happened To Monday (2017)
Genre : Action, Adventure, Crime, Drama, Mystery, Sci-Fi, Thriller
.
.
Set up filem ni berlaku kat masa depan yang mana overpopulation & kekurangan makanan berlaku. Disebabkan tu kerajaan mengenakan One-Child Policy untuk membendung masalah tu. Tapi ada adik-beradik kembar 7 – Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday & Sunday (semunya dilakonkan oleh Noomi Rapace) terlepas daripada dihidu pihak Child Allocation Bureau. Caranya dengan menggunakan identity yang sama sebagai Karen Settman.
.
.
So setiap hari hanya sorang aje yang boleh keluar rumah dengan gunakan identiti tu tapi bebas jadi diri sendiri di dalam rumah yang dikawal ketat oleh datuknya. Sehinggalah pada satu hari, Monday tak balik ke rumah selepas habis kerja. Haaa….nak tau apa terjadi kat Monday? Uols kena tengok movie yang best ni! 
.
.
Happy long weekend & selamat menonton! 

.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer 
.
.
xoxo
Kak Nad
.
.
#walkofshame
#whathappenedonmonday

Comments

Popular Posts