Rentetan Sejarah Hari Malaysia



Hari Ahad ni cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia iaitu bersempena dengan Hari Malaysia. Apa tu hari Malaysia???
.
.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk peringati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
.
.
Asalnya pembentukan Malaysia ni dirancang berlaku pada 1 Jun 1963 tapi ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut sekaligus dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Tapi perancangan tu terbantut sebab beberapa isu berkaitan dengan bantahan daripada Indonesia dan Filipina. Sebab tu tarikh tu dah ditunda ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu jugak dibuat bagi membolehkan PBB memperuntukkan masa untuk membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
.
.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Yay!!!
.
.
Kalau nak baca in detail pasal sejarah pembentukan Malaysia ni memang tak terbaca! So kat sini Kak Nad ringkaskan rentetan peristiwa pembentukan Malaysia ya…
.
.
Rentetan Peristiwa 
.
.
27 Mei 1961
.
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik.
.
.
23 Julai 1961
.
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
.
.
Ogos 1961
.
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah.
.
.
18-20 Disember 1961
.
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching, Sarawak
.
.
6-7 Januari 1962
.
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur
.
.
17 Januari 1962
.
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
.
.
3-4 Februari 1962
.
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
.
.
21 Jun 1962
.
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
.
.
Julai 1962
.
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
.
.
9 Julai 1963
.
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
.
.
16 September 1963
.
.
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia.
.
.
So itulah dia sedikit ringkasan rentetan peristiwa penubuhan Malaysia. Jangan tau nak cuti aje yek. At least kalau anak kita tanya nanti, takdelah tergagap-gagap nak jawab! Hahaha…
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer…
.
.
Xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts