Tips Pilih Susu Segar _ Especially Untuk Bayi!



Susu yang TERBAIK untuk baby?
.
.
Of courselah susu ibu! Itu memang tak boleh disangkal lagi oleh mana-mana kajian kat dunia. Tapi kita tak tau bila kita diuji dengan kekurangan susu ibu ni. Macam kawan Kak Nad dulu yang pernah diuji dengan situasi ni.
.
.
Pernah try bagi susu segar kat baby sebelum berikan susu formula... sebab nak yang terbaik kan.. lagi pulak time tu anak kurang 1 tahun. Tapi masa tu kurang ilmu... main bagi je susu fresh milk kat baby... terus lah alergik... badan dia refused...
.
.
Jadi, Kak Nad nak share sikit kat parent yang pilih nak bagi susu segar atau freshmilk kat anak supaya tak jadi macam kawan Kak Nad tadi tu.
.
.
Kalau ibu pilih nak bagi bayi susu fresh milk, mana satu nak pilih?
.
.
Pertama sekali, susu fresh milk HANYA untuk bayi umur 1 TAHUN KE ATAS aje!.
.
.
KENAPA?

.
.
Sebab, antara susu ibu, susu lembu formula dan susu lembu fresh milk, susu lembu fresh milk ni mempunyai kandungan zat besi yang paling rendah!

.
.
Baby bawah 1 tahun perlukan zat besi yang tinggi untuk perkembangan otak dan pembesaran. So pengambilan harian susu fresh milk sebelum umur 1 tahun akan sebabkan 'iron deficiency anemia' (anemia disebabkan kurang zat besi).

.
.
Ok, so RULE NO 1 - bayi mestilah berumur 1 TAHUN KE ATAS aje!

.
.
Basically, setiap susu yang dikotakkan dah melalui 3 proses : pasteurisation, homogenization, dan fortification.
.
.
Pasteurisation bermaksud susu tu dipanaskan dengan suhu yang tinggi untuk bunuh bakteria dan panjangkan jangka hayat simpanan susu. Susu UHT pula adalah susu yang dipanaskan dengan suhu yang lebih tinggi, 'ultra high temperature'. Sure uolls pernah perasan kan ade tulisan UHT tu?

.
.
Selepas tu proses 'homogenization' adalah untuk membentuk tekstur susu yang smooth dan sekata.
.
.
Akhir sekali susu di'fortified' untuk tinggikan nutrisi dalam susu dan ganti nutrisi yang hilang masa melalui proses pemanasan tadi.

.
.
Usually kat kota tu ada mentioned samada susu tu pasteurised ke, homogenised ke. Uolls kena biasakan baca kotak susu.

.
.
So nak pilih FULLCREAM ke FRESH MILK?

.
.
Perasan tak susu Dutch Lady misalnya ada 2 jenis iaitu 'full cream' dan 'fresh milk'. Boleh tengok kat poster tu.

.
.
Susu FULL CREAM ni whole milk - Susu lembu yang telah diproses dan dicukupkan nutrisi. Tinggi lemak, tinggi protein, tinggi karbohidrat, lengkap semua vitamin yang diperlukan. Susu ni sesuai untuk bayi.
.
.
Susu FRESH MILK pulaK adalah susu segar yang disterilkan aje dan tak melalui proses-proses lain. Kandungan lemak, protein, karbohidrat sama seperti fullcream. CUMA -  kurang atau tiada vitamin A dan D3. Jadi, tak sesuailer for baby untuk jangka masa yang lama.

.
.
So, RULE NO 2 - PILIH susu WHOLE MILK/FULLCREAM aje untuk baby!
.
.
Ada banyak lagi jenis susu sebenarnya.

.
.
Beza antara jenis susu lembu ini mainly dari kandungan lemak dan vitamin aje. Kandungan protein, karbohidrat dan zat besi semua sama.

.
.
1. WHOLE CREAM/PURE MILK

- Ini susu lembu yang diproses dan ditambah nutrisi. Seperti fullcream tadi lah 
- Kandungan lemak 3.4%
- Mengandungi vitamin A, D3, B2, dan B12 yang mencukupi
.
.
2. SKIMMED MILK

- Susu lembu yang telah dikeluarkan 'cream' ataupun 'milkfat' supaya buang lemak dan rendah kalori.
- Kandungan lemak susu ini sangat rendah hanya 0.1-0.2%.
- Sumber vitamin A juga rendah
- Sesuai untuk orang yang jaga berat badan dan tak nak tinggi kalori
- TAK SESUAI untuk bayi
.
.
3. LOW FAT

- Susu ini hanya sebahagian aje 'milkfat' di keluarkan 
- Kandungan lemak 1-2%, lebih rendah dari whole milk
- juga TAK SESUAI untuk bayi
.
.
4. UNPASTEURISED MILK / RAW MILK

- Susu lembu asli yang tak melalui proses pensterilan. Terus dari perahan.
- biasa jumpa kat ladang
- TAK BOLEH untuk bayi kerana risiko jangkitan kuman!
.
.
So before bagi susu kat baby tu ingat 2 rules tu tadi tadi – baby mesti berumur 1 tahun ke atas & pilih susu WHOLE MILK / FULLCREAM aje!
.
.
Semoga sharing kali ni bermanfaat untuk ibu-ibu kat luar sana. Nasihat Kak Nad, before bagi baby consume apa-apa, buat bacaan dulu or paling bagus mintak nasihat doctor terus.
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer!
.
.
Xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts