10 Fakta Menarik Tentang Kentut!
Adam : Mama tadi Adam kentut
tapi takde bau lah! Hehehe
Me : So?
Adam : Peliklah Mama.
Kadang-kadang kentut ada bau, kadang-kadang takde bau.
Me : Bagus la kan takde
bau.
Adam : Tapi Adam suka yang ada
bau!
Me : Errrr….nape plak?
Adam : Sebab bau dia bleh
tukar-tukar hehehe
Me : Ok dah. Tak mo cakap
pasal ni.
Adam : Nape pulak?
Me : Kentut kan dirty.
Adam : Kentut kan bunyi aje!
Mana ada dirty?!
Me : ***terdiam kejap***
Adam : Mama, nape kadang-kadang
kita bleh tahan kentut, kadang-kadang tak bleh eh?
Me : Ler….tak abes lagi
ke?!
Adam : Adam cuma terfikir jer.
Mama tau tak nape?
Me : Manalah Mama tau…Gi
tanya Papa
Adam : Hahaha…..ok. Sebab papa
selalu kentut!
Me : Hahaha
Adam : Tapi kan Mama, nape
kadang-kadang kita kentut bunyi macam machine gun?
Me : Adoyai, tak habis
lagi ke? Dah gi siap. Jap lagi nak jalan-jalan cari durian kan?
Adam : Yay, lepas tun nanti
mesti kentut Adam bau durian!
Me : ***sabo ajelah***
.
.
A few hours lepas tu, hati Kak Nad still tak tenang dengan
soalan-soalan pelik Adam tadi. Yes pasal kentutlah. Apa lagi? Tetiba Kak Nad
terfikir, apakata Kak Nad do some readings on that. Manalah tau kot kot boleh
jumpa jawapan to soalan Adam tu tadi and get some new knowledge too kan? So Kak
Nad Googlelah everything about kentut. Memang berlambaklah keluar kan. After
some readings, Kak Nad terjumpa some mind-blowing facts pasal kentut ni! Terus
Kak Nad excited nak share dengan uols semua! Jom baca! Hehehe
.
.
10 FAKTA KENTUT
.
.
1)
Hanya 1% jer daripada gas kentut yang
dikeluarkan tu mempunyai bau busuk. Yang 99% lagi tu takde bau. Yang 1% tadi tu
sulphurous!
2)
Secara purata, manusia normal akan kentut 14
kali sehari, samada dia sedar atau tak!
3)
Pengambilan makanan yang berangin macam bunga
kobis, kobis, kekacang, brokoli dan gandum akan buat badan kita hasilkan lebih
banyak gas/kentut. Makanan yang mengandungi Fructose (sejenis gula dalam
buah/susu) jugak akan sebabkan kita hasilkan more gas! Itu yang asyik kentut
tak bleh berenti tuh!
4)
Daging, telur dan bawang mempunyai kandungan
sulfur yang tinggi, menyebabkan kentut tu berbau LEBIH ‘damaging’ dari biasa!
Hahaha
5)
Kentut adalah bahan FLAMMABLE atau mudah
terbakar! So jangan kentut tepi dapur gas ke, unggun api ke yer! Manalah tau
kena sambar api plak punggung tu nanti!
6)
Eat smaller meals, stay calm dan selalu bersenam
akan bantu badan dan minda untuk kawal pengeluaran kentut dengan lebih baik.
7)
Kepelbagaian bunyi kentut disebabkan oleh the
amount of gas, the force at which it is expelled and the tightness of the
sphincter muscles (otot kat saluran tersebut).
8)
Tahan kentut tak bahayakan kesihatan tapi boleh
sebabkan kekejangan dan tak selesa pada perut. So better kentut ajelah yek!
9)
Kaum wanita lebih sensitif tentang kentut kat
tempat awam sebab kentut wanita sebenarnya mengandungi hydrogen sulphide yang
lebih tinggi berbanding lelaki. Means LEBIH BERBAU!
10)
Banyak research dijalankan untuk hasilkan pil
yang boleh convert bau kentut kepada bau coklat, rose dan berries! Whoa…..!!!
.
.
Kelakar kan bila soalan-soalan pelik yang anak-anak tanya kat kita boleh
bukak mata dan minda kita. Selama hidup ni, nilah first time Kak Nad google dan
baca pasal kentut ni. Sorrylah kalau topik kali macam agak gross sket tapi Kak
Nad rasa uols enjoy baca kan? Hehehe…
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer…
.
.
Xoxo
Kak Nad
Comments
Post a Comment