AHA? BHA? RETINOL? NIACINAMIDE? Peningnya Kepala!!!
Banyak betul produk skincare kat pasaran. Kalau uols tengok kat
drugstore tu memang pening kepala jugak nak pilih. Tu belum lagi campur dengan
produk skincare keluaran usahawan tempatan lagi! Memang makin banyaklah produk
skincare kat pasaran kan. Bila makin banyak produk skincare kat pasaran, makin
penting untuk kita sebagai pengguna sentiasa berwaspada dan peka dengan
bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu produk tu.
.
.
Kak Nad sure ramai di antara uols yang still tak berapa fasih pasal
bahan-bahan atau kandungan yang digunakan dalam sesuatu produk skincare tu.
Betul tak? Usually kita hanya baca review produk dan baca testimoni bergambar.
Tu aje. Sebenarnya tak cukup tu sis. Kita kena tahu jugak apa kandungan prdouk
tu dan apa fungsinya untuk kulit muka kita. Kena rajin buat research/baca
online. Sebab tak semua produk sesuai dengan kulit muka kita.
.
.
Meh kita sama-sama tambah ilmu tentang nama-nama bahan produk skincare
yang selalu uols nampak kat label tapi tak tau apa fungsinya!
.
.
NIACINAMIDE / VITAMIN B3 / NICOTINIC ACID
.
Digunakan untuk mencerah dan menyegarkan kulit muka. Bahan ni jugak
membantu kelit untuk serap zat daripada produk lain dengan lebih baik lagi!
.
.
ALPHA-HYDROXY ACID (AHA) / GLYCOLIC ACID / LACTIC ACID / TARTARIC ACID
/ CITRIC ACID
.
Bahan-bahan ni berfungsi untuk merawat muka yang ada garis halus,
kedutan, kesan penuaan, tompok pigmentasi dan boleh megecilkan pori-pori muka.
Tapi uols kena hati-hati sebab kesan iritasi dan sensitivity pada cahaya
matahari boleh berlaku. So pastikan uols pakai krim sunscreen lepas tu ya!
.
.
BETA-HYDROXY ACID (BHA) / SALYCYLIC ACID
.
Sangat bagus dipakai oleh mereka yang ada masalah jerawat sebab ia
mampu singkirkan kulit mati sekaligus memperbaiki tekstur kulit muka. Bahan ni
juga lebih lembut compared to AHA. So to uols yang nak rawat muka berjerawat
boleh pilih produk skincare yang ada bahan-bahan ni ya!
.
.
HYALURONIC ACID
.
Bila cakap pasal hydration, nilah bahan utama yang pengguna cari.
Hyaluronic Acid ni berkesan untuk melembabkan kulit, meremajakan serta
menjauhkan kulit daripada sebarang kerosakan. Sape nak awet muda tu, kena
tambah step dalam rutin kecantikan tu dengan produk yang ada Hyaluronic Acid.
.
.
ASCORBIC ACID / SODIUM ASCORBATE / ASCORBYL GLUCOSIDE
.
Kalau uols nak tau, nilah Vitamin C! Semua tau kan Vitamin C ni mampu
mencerahkan dan memperbaiki tona kulit. Tapi ia juga boleh sebabkan kulit muka
jadi sensitive pada cahaya matahari. So jangan lupa pakai sunscreen ya!
.
.
RETINOL / VITAMIN A
.
Bahan ni digunakan khas dalam produk-produk anti-aging. Bahan ni paling
sesuai untuk memperbaiki kedutan sebab ia mudah meresap ke dalam lapisan kulit
dalam. Bukan aje kedutan, ia jugak mampu atasi pigmentasi dan tona kulit yang
tak sekata.
.
.
ALPHA-LIPOIC ACID / THIOCTIC ACID
.
Fungsinya sama macam Retinol tapi lebih efektif untuk perbaiki masalah
kulit lampau/lama atau degil serta menjaga kulit muka daripada sebarang
kerosakan. Sifat universal bahan-bahan ni ialah mudah menyerap ke dalam kulit.
Kesan paling baik daripa Alpha-lipoic Acid ialah mengurangkan garis halus,
menjadikan kulit muka lebih sihat dan meningkatkan antioksida.
.
.
Nasihat Kak Nad satu jer. Uols kena rajin cari info pasal bahan-bahan
dalam produk skincare ni. Kalau tak dapat tanya pakar kecantikan, google ajelah
sis!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dgn kengkawan yer!
.
.
xoxo
Kak Nad
.
.
xoxo
Kak Nad
Comments
Post a Comment