Bukak ASB Untuk Baby & Dapat Dana RM200 FREE!
Teruja tak baca? Haaaa….best kan? Pernah tak uols dengar pasal ADAM50 –
Amanah Dana Anak Malaysia?Kalau tak pernah dengar, Meh Kak Nad citer pasal
ADAM50 ni yek.
.
.
Apa tu ADAM50?
.
.
ADAM50 ni adalah satu program baru yang diperkenalkan oleh kerajaan
dengan kerjasama PNB untuk semua baby warganegara Malaysia yang lahir from 1
Januari 2018 sampailah 31 Disember 2022! So all babies yang lahir dalam tempoh
5 tahun ni layak untuk ADAM50 ni tau!
.
.
Objektif ADAM50 ni adalah untuk galakkan budaya simpanan dan pelaburan
rakyat Malaysia seawal usia baru lahir dengan pemberian unit insentif percuma
sebagai modal pelaburan permulaan. Tu yang Kak Nad cakap pasal dapat free dana
RM200 tu! So maknanya baby uols dapat 200 unit insentif percuma!
.
.
Unit insentif percuma ni akan dikreditkan kat akaun ASB (baby
bumiputera) atau Amanah Saham 1 Malaysia 9baby bukan bumiputera) lepas proses
pendaftaran dibuat kat mana-mana cawangan ASNB dan Ejen ASNB.
.
.
Tempoh Sah Layak
.
.
Uols kena daftarkan baby uols dalam tempoh maksimum 1 tahun selepas
tarikh lahir baby. Let say baby uols lahir on 1 Januari 2018 so uols kena
daftarkan selewatnya on 1 Januari 2019! Kalau uols gagal daftar dalam tempoh
tu, tak dapatlah baby uols merasa 200 unit insentif percuma tu! Kan rugi tu! So
jangan Tangguh-tangguh tau. Baby lahir jer terus daftar! Hehehe…
.
.
Camna Cara Nak Bukak Akaun ADAM50 ni?
.
.
1)
Pergi mana-mana branch or agent ASB. Lagi bagus
pergi terus pejabat ASB.
.
2)
Bawak copy sijil kelahiran baby & kad MyKid
(untuk discan), MyKad ibu kalau nak guna
nama ibu or IC ayah kalau nak guna
nama ayah.
.
3) Untuk bukak akaun ni, si pemegang akaun (baby)
tak payah masukkan deposit langsung. Tapi kalau parents bermurah hati (ehem!)
nak masukkan sikit deposit permulaan lagilah bagus! Tak gitu?!
.
.
Camna Cara Nak Semak If Duit RM200 Free Tu Dah Masuk Ke Akaun Baby?
.
.
Kalau akaun ADAM50 dibukak atas nama parents, so parents wajib ada
akaun ASB dulu. Dari akaun parents tadi, uols boleh track duit ADAM50 milik
baby uols dah masuk ke belum. Don’t worry sebab semua maklumat akaun ADAM50
baby uols akan terkandung bersama dalam akaun si ibu atau ayah yang menjadi
pendaftar tadi.
.
.
Kiranya sangat beruntung dapat free 200 unit insentif permulaan tu.
Selebihnya uols kenalah rajin meyimpan untk baby uols. RM50 sebulan pun ok.
Kalau ada duit lebih boleh menyimpan lebihlah kan. Lama-lama membiaklah duit tu
dalam akaun kan. Dah tu mestilah ada dividen every year pulak tu. Bila anak
uols dah cukup umur 18 tahun baru boleh keluarkan duit tu.
.
.
Bayangkan berapa banyak yang dah tersimpan by that time. Boleh guna
untuk anak sambung study. Tak payah nak berhutang pinjam PTPTN bagai kalau duit
cukup untuk study!
.
.
Nak tau lebih lanjut pasal ADAM50 ni? Uols bleh g ikat laman web ASNB
kat sini http://www.asnb.com.my/v3_/adam50.php
.
.
Kat lama web tu ada info yang lebih terperinci pasal ADAM50 ni. So to
those yang ada anak lahir tahun ni dan belum register, Kak Nad rasa better uols
registerkan untuk ADAM50 ni! Sangat bermanfaat untuk masa depan anak uols!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer!
.
.
Senyum Sket
Kak Nad
Comments
Post a Comment