Eh, Jangan Cuci Camtu!!!



“Apasal la rambut aku ni still rasa kasar dan rasa gatal. Padahal baru jer basuh rambut malam tadi. Masuk ni dah banyak kali tukar syampu tapi still tak jumpa yang sesuai. Tak taulah masalah syampu ke masalah rambut. Camna cara cuci rambut yang BETUL sebenarnya yek??? Hmmm…”
.
.
Kak Nad sure masih ramai antara kita yang tak tau cara cuci rambut yang betul. Main bantai syampu rambut dan bilas. Sebab tu tanpa kita sedar, teknik basuhan yang sering kita buat menyebabkan rambut kita jadi kurang bermaya dan berseri.
.
.
Kat sini Kak Nad share 7 kesalahan yang biasa kita buat bila basuh rambut, menurut pakar rambut terkenal New York dari Nunzio Saviano Salon, Nunzio Saviano dan pewarna rambut popular dari OIscar Blanc salon, Kyle White. Jom kita baca!
.
.
1)   RAMBUT BELUM CUKUP BASAH SEBELUM DISYAMPU

Uols kena basahkan rambut betul-betul before letak syampu kat rambut. Sebaiknya guna air suam sebab ia akan bukak kutikel yang membolehkan semua kotoran yang melekat kat rambut tu tertanggal. Ia juga akan tanggalkan minyak kat kulit kepala serta buka kutikel agar zat dalam perapi boleh meresap ke dalam kulit.

2)   TAK PAKAI HAIR CONDITIONER

Sape cakap conditioner tak penting?! Ia sangat membantu untuk lembutkan rambut especially rambut yang panjang. Kalau rambut uols panjang lepas bahu, sapu conditioner kat hujung rambut dan biarkan seketika sebelum bilas. Zat dalam perapi akan lindugi hujung rambut daripada cepat kering dan rosak.

3)   SYAMPU TAK SAMPAI KAT KULIT KEPALA
                                                                     
Rambut kat sekeliling kulit kepala adalah yang paling berminyak dan rambut bahagian hujung adalah yang paling fragile. Jadi sebaiknya syampu kat bahagian kulit kepala aje.

4)   GUNA TERLALU BANYAK SYAMPU

Disarankan agar guna syampu sebesar duit syiling kat tapak tangan untuk cuci rambut. Kalau rambut uols panjang or tebal, boleh guna 2x ganda daripada jumlah tu.

5)   SYAMPU DENGAN KASAR

Haaaa…yang ni Kak Nad rasa ramai yang buat especially bila tengah rushing. Ada yang gosok kepala dengan kasar dan gunakan kuku yang tajam dengan harapan dapat tanggalkan semua kotoran atau kelemumur. Tapi car ani sebenarnya boleh kusutkan rambut uols. Bila rambut jadi kusut, ia susah nak dileraikan. Akibatnya rambut mudah gugur.

Cara yang yang betul, urut kulit kepala dari atas ke bawah slowly dengan hujung jari. Ini dapat tingkatkan aliran darah ke kulit kepala dan secara tak langsung akan galakkan pertumbuhan rambut.

6)   SYAMPU LEBIH DARIPADA SEKALI

Mitos yang selalu kita dengar – Nak hilangkan minyak kena syampu dua kali! Actually syampu sekali aje dah cukup untuk buang segala kekotoran dan minyak yang terkumpul pada rambut unless kalau uols baru aje lepas sertai aktiviti ekstrim atau lasak.

7)   BILAS SYAMPU DENGAN AIR PANAS

Kalau tadi uols guna air suam untuk basahkan rambut, nak bilas rambut kena pakai air sejuk. Air sejuk akan tutup kutikel dan lapisan luar kulit menjadikan rambut nampak segar dan berseri.
.
.
Kesimpulannya, uols kena amalkan cara cuci rambut yang betul. Kak Nad sure uols akan dapat rasa perubahan yang ketara terhadap kualiti rambut uols lepas gunakan Teknik yang betul.  Selain tu penggunaan syampu yang sesuai jugak akan pastikan rambut uols akan cantik berseri dan kekal lembut!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer..
.
.
Xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts