Jujur Dalam Berniaga


Rasulullah S.A.W bersabda, "Peniaga yang dapat dipercayai dan amanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid"(Riwayat Al-Imam At-Tirmizi). Dalam konteks ni, kejujuran ditekankan sebab kejujuran merupakan elemen terpenting dalam perniagaan!
.
.
Dalam urusan perniagaan, sifat jujur dan amanah amat diperlukan bahkan Islam turut mewajibkan supaya kita bersikap jujur dan jauhi khianat. Bila kita jujur, customer akan percaya dengan mutu barangan yang kita jual dan berasa selamat daripada penipuan. Bayangkan kalau kita menipu, dahlah dapat dosa tipu, kena sumpah lagi dengan customer yang tertipu tu! Nak ke macam tu?!
.
.
Berniaga adalah salah satu usaha kita untuk cari rezeki yang baik tapi kadang-kadang rezeki yang baik dan halal tu boleh tercemar menjadi sebaliknya kalau ada sikap dan perbuatan khianat dilakukan macam kurangkan timbangan/sukatan, memuji-muji barangan yang dijual sendiri sedangkan kualiti barang yang kita jual tu tak seperti yang kita cakap, burukkan barang jualan orang lain dan banyak lagi!
.
.
Sebenarnya belaku jujur dalam berniaga ni sangat menguntungkan. Orang yang tamak aje anggap sikap jujur ni merugikan. Walaupun untung sikit tapi keuntungan tu kita dapat dengan sikap jujur, ia akan dapat memberikan ketenteraman jiwa, keluarga dan harta benda. Inilah sebenarnya yang dikatakan kekayaan yang membawa berkat.
.
.
Jom kita dengar tazkirah daripada Ustaz Mohd jaafarudin Md Ali pasal jujur dalam berniaga ni. Banyak perkara yang bersangkutan dengan jujur ni. Bukan pasal timbang sukat aje tau. So uols kena tengok.
.
.
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts