Nak Pakai Masker Jenis Pes? Elakkan 7 Perkara Ni!


Assalamualaikum Semua...
.
.
Kalau nak cakap pasal pakai masker ni, masker jenis sheet mask adalah yang paling easy to apply kat muka. Tapi ada jugak yang suka pakai masker jenis pes especially those yang suka buat masker DIY. Bestnya pakai masker jenis pes ni bila kita dapat sental sel-sel kulit mati dan tanggalkan kotoran yang tersumbat jauh dalam pori-pori muka kalau digunakan dengan cara yang betul. Rasa puas sangat!
.
.
Kat sini Kak Nad nak share 7 perkara yang perlu dielakkan kalau nak pakai masker jenis pes
.
.
1) Tak Bersihkan Muka Sebersih-bersihnya
.
.
Ramai yang tak cuci mekap sebersihnya sebelum menyapu masker kat muka sebab assumed mekap tu akan tertanggal sekali bila kita bilas masker tu nanti. Salah ni Sis! Sisa mekap akan terus melekat kat kulit sebab masker ni takde ejen pencuci macam facial cleanser tu!
.
.
Macam double cleansing, uols kena bersihkan mekap dulu dengan makeup remover sebelum cuci muka tu. Lepas cuci muka barulah boleh apply masker sebab makser tak perlu dicuci dengan sabun. Cuci pakai air biasa jer.
.
.
2) Sapu Terlalu Banyak
.
.
Less is more! Kalau guna terlalu banyak pun tak boleh jugak sebab kulit tak dapat serap zat produk dengan rapi. Iritasi mungkin boleh berlaku sebab kebanyakan masker ada ramuan aktif. So, cukuplah sekadar sapu lapisan masker yang nipis kat muka aje yer.
.
.
3) Sapu guna jari
.
.
Memang guna jari ni paling senang tapi tangan dan jari ni kan tempat bakteria membiak. Jangan sesekali celup jari kat dalam kosmetik or produk kecantikan yang dibungkus dalam balang sebab bakteria akan berpindah ke dalam produk dan akan jejaskan keberkesanannya. Gunakan berus bersih khas untuk menyapu masker kat muka.
.
.
4) Guna Masker Yang Tak Sesuai Dengan Jenis Kulit
.
.
Sure uols pernah dengar kebaikan charcoal mask jenis peel off kan? Ramai yang assumed masker jenis ni sesuai untuk semua jenis kulit dan bagus untuk menarik kotoran yang tersumbat dalam pori muka macam blackhead dan whitehead. Sebenarnya makser ni tak sesuai untuk semua jenis kulit.
.
.
Kulit kering tak digalakkan guna masker yang mengering tegang kat kulit especially jeeis peel-off atau scrub sebab boleh akibatkan kerengsaan pada kulit. Carilah masker yang berasaskan kandungi melembab macam timun, tomato, avokado. Uols kena tau masker apa yang sesuai dengan jenis kulit uols. Jangan main bantai aje tau. Hahaha..
.
.
5) Biarkan Masker Terlalu Lama Kat Kulit.
.
.
Kita ingat bila kita biarkan masker lelama, muka kita tu dapatlah serap zat-zat sepenuhnya tapi sebenarnya amalan ni salah ya sis! Jangan tunggu sampai masker terlalu kering merekah kat kulit baru nak cuci. Sebaiknya cuci masker selepas 15-20 minit.
.
.
6) Tak Pakai Moisturizer Lepas pakai Masker
.
.
Tak pakai moisturizer lepas pakai masker mungkin boleh buat kulit muka jadi kering. Seperti yang kita tau, masker biasanya akan tarik segala kotoran dan sel kulit mati dari muka dan membuatkan kelembapan asli hilang menjadikan kulit muka kering especially lepas guna masker jenis peeling. So make sure uols pakai moisturizer lps pakai masker ya.
.
.
7) Guna Masyer Yang Dah Expired!
.
.
Hahaha...yang ni uols kena betul-betul take note ya. Masker usually boleh tahan 6-12 bulan aje lepas dibuka sebab kebanyakan masker mengandungi kadar ramuan semulajadi aktif. Sangat penting untuk uols lihat expiry date sesuatu produk sebelum sapu kat muka tu.  Uols kena ingat, bahaya guna produk ynag dah expired ni. Silap hari bulan rosak plak muka tu.
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer...
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts