Susahnya Nak Bangun Pagi! Nape Yek???



Cuba uols kira sepanjang tahun ni, berapa kali uols bangun awal pagi seiring dengan kicauan burung-burung kat luar tuh? Ada? Hehehe….Weekendlah sbb Weekdays tak kiralah yek sebab konfem uols bangun awal sebab nak gi kerja kan? Ke weekdays pun selalu terlajak? Hehehe
.
.
Rasa liat nak bangun pagi tu Kak Nad faham sangat, especially on weekend. Kalau ada apa-apa aktiviti waktu pagi yang tak penting on weekend sure uols akan elak or cancel terus kan? Celik mata aje matahari dah mencanak terang benderang kat langit tuh!
.
.
Actually still belum terlambat lagi for uols nak ubah tabiat susah bangun lambat & praktikkan cara hidup yang sihat. Jom kita tengok apa yang menyebabkan kita susah bebenor nak bangun pagi ni :-
.
.
1)   Kualiti Tido Yang Tak Baik

Suka sangat berjaga sampai lewat malam? Minum minuman berkafein sebelum tido? Waktu tido tak teratur? Sila salahkan diri sendiri yek! Badan dan otak kita ni perlukan waktu tido yang ideal 7-8 jam sehari (Ada jugak yang dapat cukup tido & rasa segar bila bangun walaupun tido kurang 7 jam). Tido yang cukup ni amat penting sebab bila badan kita cukup rest, bangun pagi pun rasa cergas dan otak pun rasa cerdas! Betul tak?

2)   Stress & Banyak Masalah

Inipun salah satu sebab kenapa kita susah nak bangun pagi. Terlalu banyak sangat berfikir tentang sesuatu hal sampai ganggu tido uols tu. Ada tu terbawak-bawak sampai termimpi. So tido uols akan terganggu sebab tak dapat tido nyenyak. Walaupun badan kita berehat masa tido tapi dalam keadaan ni otak kita tetap penat sebab bekerja sepanjang malam. Sebab tulah kekadang bila bangun badan rasa segar tapi otak tetap cakap tak mau bangun pagi!

3)   Ikut Sangat Kehendak

Dari beberapa kajian, terdapat satu situasi yang dinamakan phase delay – iaitu kita sengaja lewatkan masa bangun tido tu bagi mengikut kehendak kita. Kak Nad bagi contohlah ya, uols dah rasa segar nak bangun pagi tapi uols still nak sambung tido sebab uols rasa still awal lagi nak pi kerja. Haaaa….pernah buat tak? Hehehe…. Kalau uols biasa sangat buat camni, lama-kelamaan badan uols jadi lemah dan malas nak bangun awal!

4)   Makan Makanan Kurang Nutrisi

Tanpa kita sedar, makanan yang kita ambik sebenarnya boleh pengaruhi cara tido kita. Usually orang kata kafein sangat menggangu waktu tidur. Tapi ada jugak makanan lain seperti fast food dan makanan yang kurang berkhasiat pun menjadi faktor. Selain tu, makan lewat malampun boleh sebabkan stress kat sistem penghadaman dan akibatnya uols rasa letih bila bangun pagi.
.
.
So to all anak dara & bujang yang suka bangun lewat tu, cecepatlah adjust yer. Turun saham uols nanti! Hehehe…
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yek!
.
.
Xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts