16 Nama Syaitan Dan Tugas-Tugasnya!



Assalamualaikum Semua. Menarik tak? Kita selalu dengar nama dan tugas-tugas malaikat. Sudah diketahui umum tugas malaikat hanya patuh pada perintah Allah. Tetapi pernah tak kita terfikir tentang tugas-tugasnya syaitan? Yang suka menyesatkan manusia dari nenek moyang kita Adam, sampailah ke hari ini?
.
.
Kat sini Kak Nad sharekan 16 nama syaitan dan peranan mereka dalam menggoda manusia agar berbuat jahat, maksiat dan derhaka serta selalu lupakan Allah SWT. Jom kita baca!
.
.
1)     Zalitun – Tugasnya menyuruh manusia genar boros berbelanja tanpa had dan fikiran hanya ingat kat makanan dan minuman.

2)      Watin – Tugasnya mendekati orang yang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah.

3)     A’awar – Tugasnya Menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tak suka dengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.

4)     Hafaf – Tugasnya mengajak manusia buat maksiat, suka minum khamar dan berpoya-poya.

5)     Murrah – Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir iaitu menggunakan air yang banyak untuk berwuduk.

6)     Masud – Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, memfitnah dan mengadu domba, suka berdendam sesama manusia.

7)     Dasim – Tugasnya memecahbelahkan suami isteri agar suka bergaduh dan akhirnya membuat penyelesaian dengan bercerai. Menyuruh manusia marah tak kena tempat dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.

8)     Walahan – Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang tu mengambil wuduk.

9)      Lakhus – Tugasnya mengajak manusia agak menyembah selain daripada Allah.

10)  Sabrum – Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.

11)  Miswat /  Maswat – Tugasnya mempercepatkan manusia untuk membuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, di samping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gossip liar.

12)  Zaktabur / Zaknabur / Zalanbur – Tugasnya menimbulkan rasa ujub dan taksub dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13)  Khinzab – Tugasnya menggangu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan manusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama islam yang dianutinya.

14)  Laqnis – Tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehinggalah jadi ragu dan tak sempurna.

15)  Abyadh – Syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya kerana tuganya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16)  Khannas – Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingati Allah sepanjang masa.
.
.
Pengkhususan tugas ini menjadikan syaitan tersebut begitu mahir dengan tugas mereka dan faham benar akan kelemahan manusia. Semakin tinggi ilmu agama yang dimiliki oleh seseorang manusia itu, semakin tinggi azam dan usaha syaitan bagi membinasakan manusia dengan menghantar bala tentera dan pengikutnya yang setanding atau yang lebih tinggi dari taraf manusia yang hendak dibinasakan itu.
.
.
Semuanya adalah untuk menyesatkan umat manusia khususnya yang beragama Islam dan beriman kepada Allah SWT. Semoga kita mendapat serba sedikit manfaat daripada secebis pengetahuan yang ada ni.
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer!
.
.
Xoxo
Kak Nad


Comments

Popular Posts