9 Perkara Menarik Tentang Perayaan Deepavali




Assalamualaikum Semua,
.
.
Hari ni merupakan sambutan Hari Deepavali bagi mereka yang beragama Hindu. Jadi sebagai rakyat yang hidup dalam negara yang berbilang kaum ni, of courselah kita pun turut sama meraikannya. Kat sini Kak Nad nak share 9 fakta menarik tentang Hari Deepavali :-
.
.
1.       Deepavali Cuti Umum Di Semua Negeri Kecuali Sarawak!
.
.
Ramai yang tak tau, especially yang tinggal kat semenanjung ni, walaupun peayaan Dee[avail sama penting dengan perayaan-perayaan lain, tapi negeri Sarawak diculaikan dari cuti umum.

2.       Lampu Adalah Simbol Ilmu Atau “Cahaya Dari Dalam”
.
.
Diwali adalah perayaan cahaya yang dianggap dapat menghalau kejahilan dan menghapuskan dosa yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian. Ia adalah pesta cahaya yang bakal memberi sihar baru kepada hidup mereka.

3.       Kolam Atau Rangoli Adalah Ucapan Selamat Datang
.
.
Tepung beras yang digunakan untuk buat Kolam bukan aje merupakan ucapan selamat datang kat tetamu tapi untuk menarik burung-burung dan binatang-binatang kecil lain untuk makan. Ia adalah symbol keharmonian dan kemakmuran.

4.       Bermain kad Dan Menari Adalah Aktiviti Wajib
.
.
Bermain kad juga antara yang selalu dilakukan pada hari Deepavali. Ada yang kata dengan bermain kad, dewi kekayaan akan beikan senuman pada pemainnya dan memastikan kebahagiaan mereka.

5.       Beli Pakaian Baru, Bersihkan Rumah Dan Pasang Lampu
.
.
Sama macam perayaan lain, tak sah kalau tak beli baju baru kan?! Mereka memakai baju baru yang menandakan satu permulaan baru untuk tahun baru. Mereka jugak akan pastikan rumah dibersihkan dan dihias cantik dengan lampu.

6.       Sambutan Deepavali Bukan Sehari Tapi 5 Hari!
.
.
Diwali berlangsung selama 5 hari. Sambutan 5 hari tu berlaku pada hari yang ke 15 bulan Hindu Kartika (pada bulan Oktober/November calendar Gregorian)

7.       Deepavali Disambut Oleh Penganut Hindu, Sikh, Jain Dan Buddha
.
.
Ia adalah satu perayaan penting dalam agama Hindu, Jainisme, Buddhism dan Sikh yang disambut atas sebab-sebab yang berbeza, yang berlaku antara pertengahan Oktober dan pertengahan November.

8.       Nama Lain Deepavali
.
.
Nama lain bagi perayaan Deepavali adalah Diwali, Divali atau Festival of Lights

9.       Makanan Istimewa
.
.
Bila sebut pasal makanan ni mesti ramai ingat Chapati, Kari dan kuah Dhal kan? Sebenarnya menu istimewa masa Deepavali ni adalah Mithai, Vada dan Puri.
.
.
Selamat Hari Deepavali!!!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer…
.
.
Xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts