Anak Asyik Berkepit 24 Jam dengan TV/Gajet? Cuba 5 Cara Ni!
Assalamualaikum Semua, Kak Nad sure ramai kat luar sana pernah/sedang
hadapi masalah dengan anak yang tak boleh bercerai dengan tv or gajet. Berkepit
24 jam! Kalau masa diorang kecik dulu, kalau diorang buat perangai, bukak aje
kartun kat tv or bagi main gajet terus aje diam. Tapi kalau dah besar dah start
sekolah nanti camna? Pening jugak nak control kan. Jom cuba tips ni!
.
.
1)
SEDIAKAN JADUAL TENGOK TV
Eh takkan kat umah pun nak buat camni?! Percayalah cakap
Kak Nad, bila ada timetable anak kita akan rasa diorang ni macam diawasi
sentiasa. Especially bila timetable tu uols tampal kat umah. Yang bagusnya
dengan adanya timetable ni, kita akan dapat didik anak kita supaya berdisiplin
dan bertanggungjawab. Benarkan anak-anak tengok rancangan favorite diorang pada
waktu tu. Kalau main gajet, tetapkan masa berapa lama diorang boleh tengok
Youtube or main game.
.
.
2)
TUTUP TV, SOROK GAJET
Senang jer kan?! Pada hari persekolahan masa diorang buat
homework kat umah tu tak payahlah bukak tv sebab bunyi bising daripada tv tu
akan ganggu tumpuan diorang. Kalau diorang ada adik kecik yang berkeras nak
tengok tv jugak, make sure perlahankan volume. Kalau tak dengan abang akak
sekali join tengok tv nanti! Sorok atau letak gajet kat tempat yang tinggi
sampai anak tak boleh ambik. Biar jer dia nampak tapi tak boleh capai. Macam
zaman-zaman mak bapak buat kat kita dulu? Ingat tak? Hahaha…
.
.
3)
BANYAKKAN AKTIVITI BERSAMA ANAK
Bila last time uols main lego dengan anak? Main play doh?
Or paling senang main kuda-kuda dengan anak? Haaa…nampak tak ramai parents
zaman sekarang secara tak sedar mengabaikan anak mereka. Anak-anak yang sedang
membesar ni amat perlukan perhatian ibubapa. Sebab tu diorang beralih ke TV or gajet
sebab takde orang layan. Cuba luangkan masa hujung minggu dengan buat aktiviti
kat luar rumah dengan anak-anak. Kalau cuaca buruk kat luar, buat aktiviti kat
dalam rumah jer!
.
.
4)
BELIKAN BUKU CERITA
Anak-anak suka pada benda yang visual iaitu gambar. Cuba
pupuk minat membaca kat anak-anak sejak kecik lagi. Belikan diorang buku-buku
yang bergambar. Kalau anak suka dinosaur, belikan buku tentang dinosaur.
Belikan buku yang diorang minat.
.
.
5)
TUNJUKKAN TELADAN YANG BAIK
Kalau nak anak-anak jauhkan diri daripada TV/ main gajet,
parents juga kena tahan sabar dan keinginan untuk menonton TV/main gajet jugak.
Bayangkan apa perasaan anak-anak bila uols tengok tv?main gajet tapi melarang
diorang tengok tv. Sure diorang cakap, “Eleh mama tak bagi kita tengok tv! Tapi
mama tu tengok boleh pulak?!”Sebaiknya tengok tv bersama-sama dengan anak ikut
timetable yang uols buat tu. Kalau tak pun, make sure tempat anak-anak
ulangkaji pelajaran or buat homework tu tak terlalu dekat dengan tempat uols
menonton tv.
.
.
Tak susahpun kan? Simple aje
tips tu. Yang penting uols kena tau bila masa kena strict and bila masa boleh
bertolak ansur dengan anak-anak. Memang kadang-kadang kesian bila tengok
anak-anak muncung aje mulut bila tak bagi tengok tv or main gajet, tapi kalau
tak dipupuk dari sekarang, bila lagi?
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer!
.
.
Xoxo
Kak Nad
Comments
Post a Comment