Fadhilat Maulidur Rasul



Maulidur Rasul (bermaksud kelahiran Rasul) ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada 12 Rabiul Awal sempena keputeraan Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT
.
.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan  yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
.
.
1) Berniat nak mengadakan majlis Maulidur Rasul sudahpun dikira dapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
.
.
2) Keberkatan mengadakan majlis Maulidur Rasul akan diperolehi orang yang mengadakan majlis dan seluruh ahli rumah dan orang yang tinggal di tempat itu.
.
.
3) Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah SWT akan :-
.
- Menghindarkan kekeringan dan kemarau.
- Menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan.
- Menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian.
- Memudahkan menjawab soalan-soalan daripada Malaikat Mungkar dan Nangkir apabila mati kelak.
- Ditempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah SWT.
.
.
4) Rumah/Surau/Masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan :-
.
- Allah SWT akan melimpahkan rahmatNya kepada mereka.
- Malaikat-malaikat akan melindungi ahli-ahli tempat itu.
- Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulidur Rasul.
.
.
5) Kelebihan orang yang memuliakan majlis Maulidur Rasul :-
.
.
- Rasulullah SAW bersabda, " Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."
.
- Saiyyidina Abu Bakar As-Siddiq RA berkata, " Sesiapa membesarkan Maulud Nabi SAW maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga."
.
- Begitu juga As-Sirri As-Saqati berkata, " Sesiapa pergi ke tempat yanag ada dibaca di situ Maulud Nabi SAW sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah SAW."
.
.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW kenana bila kita berniat aje nak mengadakan majlis Maulidur Rasul, sudahpun dikira dapat pahala dan dimuliakan. jadi ambiklah sedikit masa untuk merenungi dan menghayati sambutan Maulidur Rasul. Pohonlah agar selalu diberi hidayah selain mencari hidayah melalui majlis-majlis agama dan agama.
.
.
Salam Maulidur Rasul
Kak Nad

Comments

Popular Posts