Kenapa Natural Beauty Jadi Pilihan Lelaki




Assalamualaikum Semua...
.
.
Sebelum uols teruskan membaca apakata uols tengok dulu video ni.
.
.

.
.
Haaaa....dah tengok tak video ni? Mesti ternganga mulut uols tengok transformasi epik tu kan? Actually Kak Nad pernah tengok video transformasi ni sebelum ni tapi masa Kak Nad tengok tu just video ajelah, takde real time comments macam yang mamat berdua ni bagi kat video ni. Memang best dengar pendapat diorang pasal transformasi yang diorang tengok depan mata tu!
.
.
Anyway Kak Nad ada baca, menurut kajian yang dibuat di Wales baru-baru ni, ramai lelaki lebih tertarik dengan wanita yang pakai solekan 40% kurang daripada solekan biasa mereka. Tapi tak bermakna wanita tak perlu bersolek atau berdandan. Sebaiknya just keep it sederhana dan jadi diri sendiri. Ramai lelaki yang sukakan wanita yang berwajah segar dan yakin tau!
.
.
Ok kat sini Kak Nad nak kongsikan nape natural beauty jadi pilihan lelaki :-
.
.
1) Suka Wanita Yang Yakin - Kalau uols nak tau, keyakinan sorang wanita ni adalah sesuatu yang seksi di mata lelaki sebab bukan senang untuk sesorang wanita tu nak tinggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan diri yang tinggi. Kalau uols berani keluar dengannya tanpa secalit mekap pun kat muka tu, jelas kelihatan keseksian uols kerana keyakinan uols tu!
.
.
2) Tak Suka Wanita Obses - Memang tak boleh nak nafikan lelaki suka wanita yang cantik tapi lelaki tak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan! Yalah takkanlah nak pi pekena teh tarik kat kedai mamak pun bersolek bagai nak rak macam nak pi dinner function kan? Hahaha.. lelaki tak mahu pasangannya terlalu bergantung kepada solekan sampai macam tak boleh hidup tanpa solekan!
.
.
3) Lelaki Tak Suka Menunggu - Everytime ada date, sure kena tunggu lama sebab uols ambik masa yang lama nak bersiap. Lelaki sememangnya tak suka menunggu. Jadi diorang lebih suka uols keluar dengan dia tanpa sebarang mekap untuk jimatkan masa. paling tak pun, mekap simple sudahlah!
.
.
4) Cantik Luaran Tak Penting - Memang masa mula2 kenal tu, cantik luaran sememangnya jadi perhatian lelaki. Tapi lama-kelamaan, kalau uols cantik tapi tak reti ambik hati, kuat merajuk, suka membebel atau suka sangat susahkan dia pun akhirnya dia akan jadi bosan dan tawar hati. Jadi, cantik luaran dan dalaman tu sama-sama penting untuk pikat hati lelaki.
.
.
Pernah jugak jadi kes yang mana lelaki terasa tertipu dengan solekan. Yalah masa berdating pakai mekap gempak ala-ala MUA. Yang si lelaki pulak tak pernah tengok muka girlfriend dia tu without mekap. Bila dah kahwin baru tau camna rupa isteri dia tu without mekap. Kalau dia tak ambik kisah sangat, alhamdulillah. Tapi kalau dia berubah hati, camna? Tak ke naya dibuatnya?!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts