Kenapa Rasulullah SAW Larang Kita Keluar Pada Waktu Maghrib?



Ingat tak masa kecik-kecik dulu, mak bapak kita selalu cakap jangan kuar waktu maghrib, setan banyak berkeliaran kat luar tu! Kalau tengah main waktu petang, terus berenti main and berlari balik umah bila dengar mak jerit nama kita suruh balik hahaha.
.
.
Sebenarnya larangan tu memang berasas sebab Rasulullah SAW menjelaskan agar kita duduk di dalam rumah waktu hari mulai gelap (maghrib) sampailah waktu isyak tiba.
.
.
" Jika malam datang menjelang, atau anda berada di petang hari, maka tahanlah anak-anak anda, kerana sesungguhnya letika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka lepaskan mereka. Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula makanan dan minuman anda dan berzikirlah kepada Allah, walaupun dengan sekadar meletakkan sesuatu di atasnya, matikanlah lampu-lampu kalian" - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
.
.
Bila hari mula gelap, mulalah syaitan datang dan mencari tempat tinggal. Antara port-port yang syaitan suka ialah :- rumah yang kosong, juadah yang kosong dan terbuka, sebahagian syaitan suka berlindung di antara group-group manusia yang tengah duduk-duduk, tempat sampah dan tempat-tempat yang kotor.
.
.
Selain tu jugak, syaitan tak terlepas menjadikan budak-budak kecik sebagai tempat berlindung dan menggangunya. Sebab tu kadang-kadang budak-budak kecik menangis tanpa sebab!
.
.
So apa yang patut kita lakukan?
.
.
1) tutup pintu dan tingkap rapat-rapat pada waktu maghrib.
2) tutup tempat makanan
3) jangan keluar rumah pada waktu maghrib.
4) kalau tengah drive balik kerja, perlahankan speed.
5) bentengi diri dan keluarga dengan doa dan berzikir
6) ganti lampin bayi sebab syaitan suka tempat yang kotor dan najis
.
.
Semoga perkongsian kali ni dapat menambah ilmu pengetahuan kita semua.
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer...
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts