Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Berhijab



Sebenarnya tak kiralah pakai tudung ke tak, penjagaan rambut ni sangatlah penting. Rambut kan mahkota wanita! Kalau wanita free hair sibuk dok jaga rambut inikan pulak kita yang pakai tudung ni kan?
.
.
Penjagaan rambut yang rapi sangatlah penting sebab aliran udara yang tak menyelutuh boleh sebabkan rambut rosak. Sebab tu, walaupun berhijab, takde alasan untuk tidak jaga kesihatan rambut. Kuar gi ofis dok ayu bertudung litup, balik rumah bukak aje tudung....gugur jantung suami tengok rambut kusut masai macam pontianak! hahaha...
.
.
Kat sini Kak Nad nak share tips penjagaan rambut bagi wanita berhijab yang boleh dipraktikkan :-
.
.
1) PILIH FABRIK TUDUNG YANG SESUAI - Pilih jenis kain yang selesa dan boleh memudahkan aliran udara ke kepala. Nowadays banyak trend hijab yang dipakai berlapis-lapis! Bukan tak boleh, tapi janganlah tebal sangat sebab semakin tebal hijab, semkin susah rambut nak bernafas!
.
.
2) PILIH ANAK TUDUNG YANG SESUAI - Elakkan pakai anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala. Seeloknya pilih anak tudung yang diperbuat daripada kain cotton.
.
.
3) ELAK PAKAI BERULANG - Tak kiralah hijab atau anak tudung, elakkan pakai secara berulang tanpa bercuci. Bila hijab dan anak tudung yang dipakai tu bersih, kebersihan rambut kita jugak terjamin.
.
.
4) CUCI RAMBUT SECARA BERKALA -  Tak payah cuci everydaypun takpe. Cuci selang sehari dah memadai atau sebaiknya cuci bila kulit kepala uols terasa gatal atau berminyak. Sambil cuci tu godok dan urut kulit kepala dengan lembut dan perlahan.
.
.
5) KERINGKAN RAMBUT SECARA SEMULAJADI - Pastikan rambut uols betul-betul kering before pakai hijab. Keringkan secara semulajadi. Jangan balut dengan tuala. Kalau nak cepat kering, gunakan hair dryer tapi pada suhu yang paling perlahan. Kalau tak pun keringkan aje rambut tu depan kipas!
.
.
6) CUCI DENGAN AIR SEJUK - Elakkan cuci dengan air suam sebab ia akan jadikan rambut kasar, kering dan susah diurus. Bilas rambut dengan air sejuk adalah lebih baik untuk lembutkan kutikel rambut.
.
.
7) REHAT SEBENTAR - Bila balik umah, lepas bukak hujab tu jangan terus mandi. Biarkan dulu kulit kepala bernafas dan peluh kering.
.
.
8) SIKAT RAMBUT - Lepas bukak hijab, sikat rambut dulu dengan sikat yang bergigi lebar untuk elakkan rambut gugur dengan banyak semasa mandi.
.
.
9) PILIH SYAMPU YANG SESUAI - Guna syampu yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala uols. Kalau uols ada buat treatment rambut kat salun, jangan lupa mintak nasihat pakar untuk cari syampu yang baik bagi penjagaan rambut.
.
.
10) GUNAKAN HAIR CONDITIONER - Jangan sesekali malas nak pakai hair conditioner lepas syampu rambut yer! Sapukan hanya pada bahagian rambut dan jangan terkena kulit kepala untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.
.
.
11) JANGAN IKAT RAMBUT TERLALU KETAT - Sesaper yang berambut panjang tu sure akan ikat rambut dulu kan before pakai hijab. Longgarkan sikit ikatan tu ya supaya rambut boleh bernafas.
.
.
12) TRIM HUJUNG RAMBUT - Once a month, trim hujung rambut untuk buang bahagian yang bercabang.
.
.
13) PEWANGI RAMBUT - Untuk extra care, gunakan pewangi rambut yang disembur sebelum dan selepas pakai hijab bagi mengelakkan bau yang kurang enak.
.
.
14) GUNAKAN SERUM RAMBUT - Ini jugak salah satu extra care yang boleh uols amalkan. Pakai serum rambut beberapa jam sebelum pakai hijab atau pada waktu malam sebelum tidur.
.
.
15) ATASI MASALAH RAMBUT (JIKA ADA) - Last sekali, kalau ada masalah rambut, dapatkan rawatan segera. Kalau takde bajet nak dapatkan rawatan kat salun, dapatkan nasihat ahli farmasi untuk atasi masalah rambut yang uols alami tu.
.
.
Senang jer kan tips ni?!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer...
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

  1. Info menarik sebab saya ada masalah rambut yg gatal. Sress sgt

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts