Apa Dah Jadi Dengan.....


Sambil Kak Nad berwasap dengan kawan malam tadi tetiba Kak Nad teringat zaman dulu-dulu masa wasap semua ni takde. Nak communicate pakai landline! Hahaha... In fact handphone pun kira rare species lah masa tu! Mudahnya nak berkomunikasi sekarang ni kan?
.
.
Millennials sekarang tak pernah lalui camna rasa terujanya masa berebut line telefon rumah semata-mata nak chat dengan kawan kat mIRC. Yang paling tak boleh lupa & nostalgic sekali of course bunyi modem yang tengah nak connect tu! Haaa...bukan main kuat lagi hahaha. Bila dah dapat connect tu, boleh layan berjam-jam depan pc. Sanggup tunggu sampai kawan online!
.
.
Lepas mIRC, sampai plak giliran Friendster dan Myspace. Kat sinilah bermulanya era media sosial alaf baru. Boleh ada profile sendiri, cari kawan baru, upload gambar, leave comments. Nak chat kat mIRC pun dah kurang sebab masa nipun dah ada Yahoo Messenger (org panggil ym aje) dan MSN Messenger. Chat kat situ aje lagi senang. Boleh view webcam, send file pun lebih mudah!
.
.
Sekarang plak zaman FB, IG, Twitter, Whatsapp, Wechat, Telegram etc. Kak Nad yakin setiap org yang ada smartphone mesti ada at least 1 of those media social platform. Tapi pernah tak uols terfikir apa yang sebenarnya berlaku kat media sosial yang kita pernah gunakan dulu?
.
.
1) IRC
.
.
mIRC
.
.
Sape yang pernah guna ni kita geng! Memang legend. Those yang tak tau, IRC (Internet Relay Chat) ni adalah satu platform sosial yang terawal melalui komputer. Ia ditubuhkan pada 1995 dan dianggap pioneer dalam dunia komunikasi bagi tujuan chatting dengan kawan atau sesiapa saje dari seluruh dunia! Kat Malaysia ni antara channel yang popular pada masa tu adalah #kampung dan #mamak.
.
.
Tapi sekitar lewat 90an sampailah ke awal tahun 2000, pengguna dah mula kurang gunakan IRC ni sebab pada masa ni dah ada platform yang lebih up to date iaitu SMS, YM dan MSN Messenger. Walaupun  jumlah pengguna dah tak sehebat dulu tapi  jangan tak tau mIRC ni still bertahan sampailah la ni tau! Gamers especially prefer gunakan IRC untuk communicate dengan gamers lain sebab lebihsenang untuk diorang main game kat PC.
.
.
2) FRIENDSTER
.
.
Friendster
.
.
Friendster adalah social media platform yang terawal yang dapat sambutan hangat pada awal tahun 2000. Platform ni antara yang terawal memperkenalkan kemudahan asas laman sosial macam post mesej kat profile kawan, komen, share gambar dan media.
.
.
Tapi kekurangan Friendster ni ialah ia tak fokus pada perkongsian sosial antara pengguna. Kalau sape yang still ingat, Friendster takde news feed macam FB yang muncul a few years after that. So tak banyak menda yang boleh dibuat other than update profile kita sendiri dan tengok profile kawan. Sebab tu FB dapat tarik hati pengguna sebab tarikan pada News Feed yang lebih best dan dinamik.
.
.
Pada 2009, Friendster dibeli oleh MOL Global dan diubahsuai jadi platform gaming tapi still gagal mendapat perhatian seperti yang diharapkan.
.
.
3) Yahoo & MSN Messenger
.
.
Yahoo Messenger
.
.
Yang ni pun boleh dikategorikan sebagai legend jugak! After 20 years berkhidmat, YM baru jer umumkan penutupannya pada pertengahan tahun ni sebab dah tak mampu lagi nak bersaing dengan app chatting lain yang lebih hebat masa kini. YM ni antara laman chat terawal yang perkenalkan  features macam sticker animasi and of course sape boleh lupakan butang BUZZ!!! yang kita always guna untuk ambik perhatian kawan chat kita tuh! Tetiba rinu plak dengan butang BUZZ!!! tu hahaha...
.
.
MSN Messenger
.
.
MSN Messenger plak antara laman chat terawal yang perkenalkan features unik macam emoticon dan kemudahan main minesweeper dengan kawan. Tapi tindakan MSN Messenger (atau Windows Live Messenger) mengalihkan semua penggunanya kepada aplikasi Skype pada tahun 2014 agak kurang menjadi sebab at the same time pesaing lain macam Whatsapp jugak muncul dengan features macam video call dengan lebih mudah dan free!
.
.
4) MYSPACE
.
.
Between 2005 ke 2008, sape yang takde akaun Myspace sure kena booo dengan kawan sebab masa tu Myspoace jadi tumpuan internet user hingga menjadi satu laman web yang paling kerap dilayari pada 2006. Google pun kalah tau masa tu! Pada 2007, nilai Myspace dianngarkan berjumlah USD12 billion.
.
.
Awalnya Myspace ni best sebab ada kemudahan music streaming. Walaupun ramai dah lupa password dan ada yang tak pernah ada akaun Myspacepun tapi jangan tak tau Myspace ni still wujud sampai sekarang tau. Macam Youtube, Myspace ni ibarat radio yang membolehkan uols dengar banyak lagu yang munkin belum lagi popular kat radio-radio or media mainstream.
.
.
Memang nostalgia betul bila diingat balik semua ni. Orang cakap zaman dinosaur tapi jangan tak tau ada yang dapat jodoh melalui platform-platform tu tau! Kesimpulannya, social media platform sekarang bergerak pantas seiring dengan teknologi. Berlambak apps kat luar sana tu. Masing-masing ada target usernya sendiri. Yang penting kita as a user kena tau limit kita dalam bersosial dan hadkan privasi akaun supaya tak disalahguna. Mak ayah makin banyak kena tapis aktiviti anak-anak dah sekarang ni!
.
.
Jangan lupa LIKE & SHARE dengan kengkawan yer...
.
.
xoxo
Kak Nad

Comments

Popular Posts